Gambar Hiasan |
Banyak pihak yang mungkin barangkali tidak tahu betapa pengorbanan anggota keselamatan kita yang kini berada di perbatasan mempertahankan tanahair cukup mulia.Dalam suasana penuh getir mereka tetap melaksanakan tugas yang di amanahkan walaupun tahu bila-bila masa sahaja mereka boleh gugur di tangan pihak musuh.
Sesungguhnya pengorbanan ini tidak mampu dilakukan oleh kebanyakkan kita dan itulah yang membezakan kita dengan anggota keselamatan yang kini bertugas dengan penuh setia mempertahankan negara.
Tak dinafikan ada pihak diluar sana yang menghina dan mengkeji anggota keselamatan kita namun MMI dengan jutaan rakyat Malaysia sentiasa menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan para wira sekelian.
MMI cukup berbangga dengan semangat wira yang tersemat dihati para anggota keselamatan kita dan ini dibuktikan dengan kandungan sms di bawah.
"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..
Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..
Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..
Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..
Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."
Betapa hebatnya perjuangan mereka , kepada semua rakyat Malaysia marilah kita sama-sama doakan kepada Allah swt supaya memelihara keselamatan para anggota keselamatan negara yang kini sedang bertugas memelihara keselamatan kita dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah gugur mempertahankan negara.Al-Fatihah.
MMI.
No comments:
Post a Comment