Followers

Tuesday, 5 March 2013

Lokman Dalang Serangan Di Lahad Datu ???


Angin satu badan bila mendapat perkhabaran yang mengatakan Lokman Nor Adam Exco Pemuda UMNO Malaysia adalah dalang dalam serangan tentera Sulu terhadap Sabah.MMI baru saja bersama Lokman dalam satu program ceramah beliau yang berapi-api tu , alih-alih siap bagi nasihat kepada Sultan Sulu untuk melakukan serangan terhadap Sabah.

Memang jenis tak sedar dirilah mamat ni sampaikan kedaulatan negara pun nak di gadaikannya.Kalau dibiarkan macam mana lah agaknya nanti.

Berikut adalah kenyataan daripada Lokman 

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam hari ini menafikan penglibatannya sebagai Penasihat ‘Sultan Palsu’ yang menyerang negara hari ini.

“Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

“Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Palsu terbongkar. 

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.Baca Selanjutnya 

Maaflah sedara-sedara , Lokman bukan dalang naa yang dalang tu katanya bekas bos dia !! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels