Followers

Tuesday, 16 April 2013

BN Pulau Pinang Tampilkan Barisan Transformasi #PG13 #PRU13 #BetterNation


Saat yang ditunggu-tunggu kini sudah pun berlalu seluruh rakyat Pulau Pinang kini sudah pun mengetahui senarai nama calon-calon yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional di setiap kerusi DUN dan Parlimen.Baca Sini 

Malah semenjak pagi tadi ribuan penyokong-penyokong BN yang berkumpul di Eastin Hotel Bayan Bay Pulau Pinang berpuas hati dengan nama-nama yang dicalonkan.Apa yang boleh MMI simpulkan adalah barisan kali ini merupakan barisan transformasi sejajar dengan proses transformasi daripada kerajaan yang mahu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Percaya bahawa bagi merealisasikan proses tranformasi daripada kerajaan satu pasukan terbaik di perlukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segala perancangan kerajaan bagi memakmurkan negara dapat di capai.

Kini pasukan tersebut sudah pun disiapkan dan bersedia untuk turun ke gelanggang bagi mendapatkan kemenangan 2/3 pada 5 Mei 2013 nanti.

Rungutan

Walaupun terdapat sedikit bunyi-bunyi di beberapa tempat berkenaan soal calon yang dipilih namun BN Pulau Pinang yakin ianya dapat diselesaikan dalam tempoh waktu bertenang ini sebelum hari penamaan calon pada 20 April 2013 nanti.

Dalam seluruh jentera BN kini bersiap sedia bagi menghadapi PRU13 yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara , di sinilah segala aku janji ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN membuktikan taat setia serta sokongan mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun razak.

Apa yang MMI boleh katakan disaat inilah UMNO perlu bersedia kerana mereka-mereka yang dulunya mengaku menyokong UMNO tetapi berubah fikiran membelakangi amanat Presiden parti dengan menentang calon-calon yang diketengahkan harus di PECAT dari parti.

Bagi MMI mudah , mereka yang menentang bukanlah pejuang parti tetapi pengkianat kepada perjuangan ahli di akar umbi selama ini.

Maka dengan itu UMNO perlu berani untuk memecat sahaja mereka-mereka ini sejajar dengan proses tranformasi yang bakal diteruskan selepas pilihanraya nanti.

Seperkara yang harus pengundi tahu , BN kini mendengar suara rakyat di akar umbi !!

Percayalah RAKYAT setuju dengan tranformasi ini...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels