Followers

Wednesday 17 April 2013

Pengacau BERSIH Kena Halau Di Tasek Gelugor !!!!


Pembangkang semakin kalut nampaknya selain dari gerakan menyempitkan fikiran rakyat mereka kini menggunakan anak-anak muda berbangsa Cina dengan berpakaian baju BERSIH untuk masuk ke kawasan-kawasan majoriti orang-orang Melayu menyebarkan risalah haprak mereka.

Gambar diatas merupakan sekumpulan anak muda berbangsa Cina yang dikesan sedang mengedarkan risalah di pasar tani di Tasek Gelugor Pulau Pinang baru-baru ini.Tindakan mereka yang turut berpakaian baju kuning mendapat perhatian para peniaga dan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

MMI tabik spring kepada peniaga-peniaga dan orang ramai yang berada di kawasan terbabit kerana bukan sahaja berjaya menghentikan tindakan puak-puak sasau ini tetapi turut menghalau mereka supaya balik ke kawasan masing-masing.

Apa yang pasti penduduk Tasek Gelugor majoritinya tidak bersetuju dan marah dengan tindakan puak-puak ini.

Psst MMI tabik pada bekas tentera yang halau puak-puak ni..ampa memang terbaiklah!!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels