Sejak 15 tahun lalu, apa yang mereka buat???
Itulah antara persoalan yang harus rakyat dan pengundi di Permatang Pauh ajukan kepada Anwar , Wan Azizah dan seluruh macai Pakatan Haprak.
MMI yakin rata-rata pengundi dan penduduk di parlimen Permatang Pauh tahu dan sedar akan permasalahan ini cumanya selama ini mereka masih tercari-cari siapakah calon yang selayaknya menggantikan Anwar Ibrahim.
Apa pun yang berlaku kini peluang sudah terhidang di depan mata dan rakyat serta pengundi Permatang Pauh perlu bingkas bangun gunakan peluang terbaik ini bagi merubah nasib rakyat Permatang Pauh.
Dengan pengesahan calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah Dr Mazlan Ismail, ramai yang kata, kali ini 'buku bertemu ruas'.
Dr Mazlan, 53, adalah anak tempatan, kelahiran Kubang Ulu, Penanti, dia memang terkenal di kalangan penyokong pembangkang di kawasan itu selama ini, berikutan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang untuk PRU ke 10 dan 11.
Dia tahu Permatang Pauh, demografi, mood, pemikiran penduduk di situ sama macam "back of his hand'.
Sebab itu ramai yang teruja apabila Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd (TM) ini sanggup melepaskan jawatan dengan gaji lumayan hanya untuk 'melayani' penduduk Permatang Pauh.
Orang yang jadi saingan bukan sebarangan, tapi Dr Mazlan sudah bersedia mental dan fizikal untuk mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Meskipun sedar bukan mudah meruntuhkan kubu pembangkang yang dibina sejak bertahun-tahun lalu dan lawannya bukan calang-calang orang, ia bukan penghalang kerana matlamatnya mahu menjadi pemimpin mensejahterakan rakyat.
Bekas ahli PAS yang menekankan keseimbangan antara dunia dan akhirat itu, memilih perjuangan bersama BN bagi melihat kawasan kelahirannya membangun seperti kawasan lain, sekali gus menjadi bekalan di akhirat kelak.
Beliau melihat Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pemimpin ‘touch n go,’ iaitu sekadar bertanding untuk menang dan selepas itu balik ke Kuala Lumpur dengan hanya sekali sekala pulang ke kawasan.
“Sejak 15 tahun lalu, apa yang mereka buat? Mereka tak berkhidmat kepada rakyat, bahkan tiada satu pun pembangunan dilaksanakan.
“Jika sekali lagi orang Permatang Pauh bagi undi kepada beliau, tak mustahil beliau akan jadi pemimpin ‘smart tag’ pula, lalu (bertanding) saja, tak payah buka tingkap pun (khidmat kepada rakyat) sebab tahu buat apa nak bagi kerana akhirnya rakyat sokong juga,” katanya.
Berbanding dirinya, Mazlan berkata, beliau adalah anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan itu serta pernah merasai kesusahan kerana berasal daripada keluarga kurang berada.
Bapanya seorang pemandu bas, manakala ibunya penoreh getah dengan adik-beradik lapan orang.
“Saya ada di sini (Permatang Pauh), tinggal dan akan mati juga di sini. Saya tak ada pilihan, melainkan berkhidmat kepada rakyat yang semua mereka terdiri daripada ahli keluarga, adik-beradik dan rakan,” katanya.agendadaily
MMI.
INI KALILAH Anwar akan diam dan berundur selamanya. Syabas Dr Mazlan.
ReplyDelete