Followers

Tuesday, 9 April 2013

HOT GOMO Kini Di Permatang Pauh ?!!! #PRU13


Berita yang mengatakan blogger PapaGomo akan bertanding menentang Anwar Ibrahim merupakan satu sejarah bila mana bekas banduan bakal bertarung dengan bekas banduan.Hahaha Gomo jangan marah MMI aa ini hakikatnya dan apa yang perlu ampa semua faham inilah bukti bahawa Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional telus dan terbuka waima dalam soal pilihanraya sekalipun.

Walaupun kedua-duanya adalah bekas banduan tetapi apabila syarat dan undang-undang SPR menyatakan seseorang itu layak maka bertandinglah.Serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mahu mereka pilih kerana itulah yang dimahukan oleh semua pihak khususnya pembangkang yang saban hari melalak menuntut demokrasi sedangkan hakikat sebenar mereka sendiri pun tidak demokrasi.

Jangan lupa bagaimana mesyuarat ranting dan cabang PKR sebelum ini sampaikan bangku meja semua boleh terbang.Anwar Ibrahim pun sebagai ketua pembangkang langsung tidak menghormati demokrasi apabila sering melalak kononnya beliau membawa suara rakyat sedangkan jutaan rakyat diluar sana tidak pun bersetuju dengan setiap tindakan beliau.

Malah dalam soal kebebasan media sekalipun Anwar lebih suka menyalahkan kerajaan dan UMNO walaupun pada realitinya beliau sendiri pernah menghalang tugasan para media dengan langsung tidak memberi kerjasama mahupun menjawab soalan yang diajukan.


Pilihanraya kali ini pasti lebih menarik khususnya di Pulau Pinang kerana kehadiran Gomo sudah pasti akan membawa sejuta pendedahan tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

MMI amat bersetuju sekiranya segala pendedahan Anwar sama ada rakaman video dan sebagainya didedahkan di kawasan atau kubu beliau sendiri.

Biar rakyat khususnya di Permatang Pauh tahu bahawa manusia yang selama ini mereka agung-agungkan itu adalah penipu dan tidak layak menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.

Seperkara yang mungkin lebih menarik rakyat Malaysia juga ingin melihat dan tahu siapa sebenarnya PapaGomo , jadi sama-sama kita nantikan tarikh keramat hari penamaan calon yang sudah pasti menyesakkan nafas Anwar serta juak-juaknya.



Kepada Gomo , selamat datang ke Permatang Pauh dan kepada seluruh pasukan Anwar Ibrahim nantikan bala tentera ini tiba bersama seluruh kekuatannya.

Anwar Perlu Di Tolak !!

Psst dengar-dengar cite si Nuar tu nak pi tang lain pula ?? betul ker ??

Baca juga di SINI 

MMI.

1 comment:

  1. boleh ke poster pilihan raya calon pakai topeng? kalau boleh eloklah gomo pakai je topeng.

    ReplyDelete

Labels