Followers

Tuesday, 9 April 2013

Rakyat Sambut Baik Aku Janji BN #PRU13 #ManifestoBN #PG13


Manifesto BN baru saja di lancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam hari Sabtu lepas.Manifesto @ Aku Janji BN itu telah mendapat reaksi yang cukup positif dari majoriti rakyat Malaysia.Rata-rata melihatnya sebagai satu janji yang diyakini dapat dilaksanakan oleh Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk 5 tahun yang akan datang.Manifesto BN 

Dalam masa yang sama pelbagai pihak khususnya dari pasukan pembangkang saban hari menyerang manifesto yang diancarkan dengan menuduh BN menciplak manifesto Pakatan Haprak.Persoalannya disini sejauh mana relevannya tuduhan tersebut ? Apakah rakyat sekali lagi mahu diperbodohkan oleh puak-puak macai ini hanya dengan mendengar cakap pemimpin mereka di pentas-pentas plolitik ?

Nurul Izzah juga tidak ketinggalan terus-terusan cuba mengaburi mata rakyat dengan menuduh BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.Apa itu plagiarisme ? Dan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut ?

Apa yang rakyat perlu tahu adalah...

1) Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat. Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat.

Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

2) Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama. Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan.

Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

3) Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

‘Status quo’, kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

4) Awal-awal lagi YAB Pengerusi BN sudah memaklumkan bahawa BN hanya akan memaklumkan tawaran janji PRU-13 BN selepas Dewan Rakyat dibubar. Logiknya, apakah asasnya apabila ada pihak lebih awal mengumumkan janji mereka kepada khalayak boleh menuduh satu pihak yang memilih masa sesuai dan tepat untuk mengutarakan janji mereka sebagai telah menciplak, meniru dan memplagiat mereka? Baca Selanjutnya 




Sesuatu yang harus rakyat ingat adalah soal pelaksanaan ! Mulut dan janji sememangnya mudah untuk dilakukan malah sesiapa saja mampu melakukannya.Namun dalam soal pentadbiran sebuah negara apatah lagi seperti Malaysia keupayaan dan kemampuan menguruskan pentadbiran tanpa membelakangkan rakyat merupakan satu tugas yang cukup berat.

Semenjak MERDEKA sehingga ke hari ini jangan ada sesiapa pun menafikan bahawa Malaysia sentiasa melonjak ke depan dan sebagai bukti rakyat boleh saja melihat kebelakang bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia bersama barisan jemaah menterinya telah pun memikul satu tanggungjawab yang cukup berat namun pasukan ini berjaya melakukannya dengan program-program yang cukup baik seperti GTP.

Malah rakyat boleh saja menilai dengan setiap tindakan dan track rekod kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib sejak 4 tahun lepas.BN punya track rekod itu berbanding pembangkang yang banyak berpolitik sehinggakan ada Ahli Parlimen mereka yang langsung tidak menjenguk kawasan.

Sekarang bukan zaman bercakap dan menyedapkan hati pendengar tetapi zaman perubahan dan ianya memerlukan tindakan serta pelaksanaan yang rapi seperti mana yang telah dibuktikan oleh pasukan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.Baca juga di SINI


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels