Exco Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.Tu dia tiba-tiba sahaja nama Ronnie tidak di calonkan emm tak perform ke brader ? Kalau ikut dari kerja buat uih dasat juga kepala mafia ni.
MMI pun tak taulah apa alasan tak di calonkan mungkin kerja buat selama ini asyik jaga politik DAP sangat kot sampaikan servis untuk rakyat pun di abaikan.Apa pun puak DAP sajalah yang tau alasannya.
Selain dari itu Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.
Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.
DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.
Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan Exco Selangor itu sendiri.
"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.
Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.
Sementara itu bagi Melaka, penyandang kerusi DUN Kota Laksamana Betty Chew yang mengumumkan untuk tidak bertanding, akan digantikan dengan ADUN veteran tahun 90an, Lai Keun Ban.Baca Seterusnya
Kalau ikutkan dari kenyataan Guan Eng tu tak perform la beb...Habis Guan Eng buat apa ??
MMI.
No comments:
Post a Comment