Dato Jasmin Mohamed bekas ADUN Sungai Dua Tasek Gelugor yang baru-baru ini turut terlibat dalam isu panas rentetan kenyataan Dato Seri Sharif Omar bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang tetap mahu bertanding dan mengugut BN supaya mencalonkan beliau kini mengeluarkan kenyataan di akaun facebook miliknya menjelaskan keadaan sebenar.
Kenyataan Dato Jasmin dilihat dapat menjernihkan keadaan seterusnya membuktikan pemimpin tempatan yang disayangi rakyat Tasek Gelugor itu tetap setia bersama Barisan Nasional walaupun tidak di calonkan semula.
MMI secara peribadi mengucapkan syabas kepada Dato Jasmin kerana pendirian beliau cukup bermakna disaat Barisan Nasional bakal berdepan dengan PRU13 yang semua pihak tahu PRU paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara.
Malah segala jasa beliau selama ini menabur bakti di Tasek Gelugor khususnya di DUN Sungai Dua akan terus di kenang malah akan sentiasa terpahat di hati rakyat.
Dato Jasmin yang sebelum ini terlibat dalam insiden di perkarangan rumah Dato Seri Sharif Omar dalam kempen menentang keputusan pucuk pimpinan parti jelas sebenarnya di heret kedalam kemelut tersebut.Baca Sini
Untuk makluman semua Dato Jasmin sebenarnya merupakan anak didik kepada Dato Seri Sharif Omar sejak terlibat dalam dunia politik dan kerana beliau sentiasa menghormati jasa Dato Seri Sharif Omar maka beliau hadir ke dalam program yang diadakan.
Namun kini semuanya terjawab , Dato Jasmin sudah pun memberikan kenyataannya dan itu sudah cukup untuk membuktikan pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Tasek Gelugor ini tahu serta faham bahawa UMNO dan Barisan Nasional mempunyai misi lebih penting bagi meneruskan perancangan yang terbaik untuk rakyat bukan saja di Tasek Gelugor malah diseluruh negara.
Kepada semua jentera BN khususnya di Tasek Gelugor teruskan perjuangan kerana misi kita kali ini bukan saja untuk mempertahankan Tasek Gelugor tetapi juga mahu merampas kembali Pulau Pinang dari tangan Pakatan Haprak.
Hidup BN !!
MMI.
No comments:
Post a Comment