Followers

Saturday 27 April 2013

Mengapa Pengundi Tasek Gelugor Perlu Tolak Calon BEBAS !!! #PRU13 #PG13 #BetterNation


Penduduk P042 Tasek Gelugor sudah semestinya tahu bahawa PRU13 kali ini bukan sahaja Barisan Nasional perlu bertanding dengan pembangkang tetapi turut berdepan dengan seorang calon bebas yang mengkianati partinya sendiri.

Walaupun beliau sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat tetapi keputusan membelakangkan presiden dan parti merupakan tindakan kurang bijak.Beliau yang dimaksudkan adalah Dato Sharif Omar bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Pertanian sebelum 2008 yang lalu.

Entri ini akan menceritakan kepada semua khususnya pengundi di Tasek Gelugor bahawa calon bebas perlu di tolak dan mengapa beliau perlu di tolak.

Logo kunci yang digunakan oleh beliau bukan logo parti yang mempunyai struktur organisasi rasmi yang boleh membantu calon untuk menang malah Dato Sharif Omar sebagai calon bebas tidak bergabung dengan mana-mana parti atau calon lain.Jika ada sekalipun ianya merupakan jentera serpihan yang mempunyai kepentingan tertentu dan juga juak-juak PAS yang mungkin di bayar oleh beliau.

Sharif lupa agaknya PAS juga meletakkan calon mereka dan sudah tentu mereka juga mencari kemenangan bukannya kekalahan.

Sebagai calon bebas , beliau sudah semestinya tidak mampu untuk melaksanakan pembangunan untuk rakyat kerana tiada badan yang memberikan peruntukan , berlainan dengan BN yang menyediakan peruntukan untuk wakil-wakil rakyatnya bagi melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.

Sekiranya calon bebas menang maka rakyat di Tasek Gelugor sudah pun menafikan pembangunan yang mampu dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

Seterusnya apakah misi dan visi calon bebas ? Beliau tiada hala tuju dan sekiranya ada janji mahupun manifesto sekalipun apakah ianya relevan jika dibandingkan dengan sebuah badan seperti BN yang telah mempunyai rekod pentadbiran sejak Malaysia Merdeka ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah pun menyatakan tidak akan menerima kembali calon bebas yang mengkianati parti walaupun calon tersebut dipilih menjadi wakil rakyat.Jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah mahupun angan-angan calon bebas ini mahu menjadi menteri.

BN sudah semestinya menolak beliau dan MMI yakin begitu juga dengan Pakatan Haprak kerana mereka juga meletakkan calon dari parti masing-masing.

Dalam masa yang sama sehingga entri ini di tulis Dato Sharif Omar sebagai calon bebas terlalu banyak mengungkit tentang perkhidmatannya di masa lalu sedangkan perkhidmatan yang di berikan beliau dulunya adalah atas tiket Barisan Nasional.Tanpa BN mustahil Dato Sharif boleh memberikan perkhidmatan yang sedemikian.

Rakyat dan pengundi Tasek Gelugor perlu ingat bahawa faktor umur juga memainkan peranan.Dato Sharif Omar kini sudah pun menghampiri usia 70 tahun dan sejauh mana kemampuan beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat ? Tun Mahathir yang jauh lebih hebat dari Dato Sharif pun sedia mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah 22 tahun berkhidmat.

Dah 6 penggal Dato Sharif diangkat sebagai pemimpin oleh penduduk Tasek Gelugor selama ini , Apakah beliau buta dan langsung tidak nampak jentera UMNO dan BN yang selama itu bertungkus-lumus bekerja bagi memenangkan beliau sebagai wakil BN harus diambil kira ?

Cukup-cukuplah rakyat mahukan tranformasi dan tranformasi ini memerlukan mereka-mereka yang benar-benar ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

Psst ada lagi kalau nak cerita tapi cukuplah takat tu kot...

MMI.

1 comment:

  1. kemaruk kuasa membuak2.. bila kita dah berumur perangai2 mcm ni boleh terjadi..tujuan bukan nak menang..dapat lepas geram pun jadilah.. vote BN!

    ReplyDelete

Labels