Followers

Saturday 13 April 2013

PAS Bubar Kerana Calon Bukan Islam ?!!! #PRU13


Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS  tetapi di bawah tiket PKR.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu  untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.Baca Seterusnya 

Huhu Parti Islam Semalaysia ?? terbaiklah bawa banyak lagi calon-calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS.Jangan lupa parti DAPigs pun mungkin perlukan PAS lepas ni jadi bagi saja puak-puak tu bertanding atas tiket PAS.Barulah namanya demokrasi ye tak ??

Cuma satu sajalah berapa ramai pemimpin di peringkat akar umbi PAS yang selama ni berjuang mempertahankan PAS bakal tetap menjadi akar umbi kerana pemimpin perlu dibahagikan kepada yang bukan Islam.

Jadi jangan ada bunyi pula kenapa kami tak dipilih !! Kat Kedah pun sekarang ni bukan main lagi Azizan teruk kena belasah jadi juak-juak PAS jangan risau bagi saja kepada calon bukan Islam bertanding tutup cerita.

Psst kalau Chegu Bard tu bukan Melayu mesti dah kekal kat Sungai Acheh kan ? kan ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels