Followers

Showing posts with label DUN Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label DUN Pulau Pinang. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Guan Eng Buat-Buat BODOH ?!!


Semuanya berkenaan sidang DUN Negeri Pulau Pinang yang makin panas dek penangan ketua pembangkang BN yang baru iaitu YB Datuk Jahara Hamid apabila membantah keputusan speaker untuk tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan.

Kenyataan YB Datuk Jahara ada benarnya kerana sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu malah ia tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN negeri dan menganggapnya sebagai ‘hukuman maut’ terhadap sistem demokrasi.

Serentak dengan itu wakil-wakil dari DAP bangun mencelah malah meminta ketua pembangkang untuk menarik balik kenyataan yang menyatakan sistem demokrasi sudah maut dalam dewan.

Namun pengalaman dan sikap profesional yang di tunjukkan oleh ketua pembangkang YB Datuk Jahara sudah cukup untuk mengunci mulut-mulut celupar macai-macai DAPigs dari terus melalak.Baca Selanjutnya 

Namun dalam semua keadaan yang paling memeranjatkan MMI adalah kenyataan daripada ketua menteri Pulau Pinang , siapa lagi kalau bukan Guan Eng apabila mengakui hairan dengan keputusan itu malah berkata , ia tidak wajar berlaku dan sesi soal jawab sepatutnya dibenarkan.

“Saya jangka ia berlaku kerana faktor masa, bagaimanapun ia perlu disemak semula oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas sidang berhenti rehat.Baca Sini 

Alo brader , ketua menteri boleh kata macam tu ka ?? Ish ish nampak sangat , berdasarkan pemerhatian MMI apa yang berlaku sebenarnya di sengajakan dan menjadi hasrat semua wakil kerajaan negeri Pulau Pinang (DAP,PKR,PAS) untuk mempercepatkan sidang DUN kerana di luar sana lebih banyak misi politik mereka daripada melayan malah menghormati dewan.

Guan Eng buat-buat bodoh !! Boleh percaya ka ????

Baca juga di SINI 

MMI

Sidang DUN Pulau Pinang JAHARA STRIKE OUT ADUN DAP !!


Benarlah kata orang jangan sesekali kita menilai seseorang itu berdasarkan luarannya atau jantinanya.Seperti semua sedia maklum politik di Pulau Pinang bagi penggal ke13 ini telah menyaksikan satu kejutan buat delegasi wakil rakyat BN apabila jawatan ketua pembangkang telah di pertanggungjawabkan kepada wakil wanita YB Datuk Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar.

Pada mulanya nama beliau di umumkan sebagai ketua pembangkang , banyak pihak melahirkan keraguan apakah beliau mampu memikul tanggungjawab itu malah memimpin 9 lagi ADUN BN dalam sidang DUN yang menyaksikan mereka perlu berdepan dengan 30 orang wakil DUN pembangkang.

Namun segalanya terjawab apabila ketua pembangkang itu memulakan tugasnya.

Yang pasti wakil-wakil DAP sudah pasti panas telinga dan lebih menarik apabila Datuk Jahara telah membuatkan segelintir daripada wakil-wakil DAP tersebut bangun untuk mencelah seolah-olah seperti ada semut yang sedang menggigit punggung-punggung mereka .. Haha jangan main-main beb..

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini panas apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mempersoalkan satu persatu kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketegangan mula timbul apabila Jahara mempertikaikan tindakan Speaker, Law Choo Kiang tidak membenarkan sesi soal jawab kali ini dengan alasan kekangan masa.

Jahara berkata, perkara itu mencatat sejarah baharu dalam DUN kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ini sesuatu yang mendukacitakan kerana sesi soal jawab adalah penting dalam demokrasi dan saya melihat keputusan ini sebagai hukuman mati ke atas sistem demokrasi dalam dewan akibat keangkuhan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan negeri," katanya semasa sidang DUN Pulau Pinang Ke-13 di sini hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Jahara menimbulkan rasa tidak senang Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) dan meminta Jahara menarik balik kenyataannya.

Jahara bagaimanapun enggan berbuat demikian dan mempertahankan hujah beliau dan memberi amaran kepada Jagdeep supaya tidak mengherdiknya.

Pertikaman lidah itu akhirnya dileraikan dengan campur tangan Speaker yang meminta semua wakil rakyat menghormati keputusan yang telah dibuat.

Jahara kemudian meneruskan perbahasannya dengan membangkitkan pelbagai isu seperti Akaun Perumahan Bumiputera, sistem penyampaian maklumat, projek mega dan pelancongan yang sekali lagi tidak disenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri DAP.

Beliau memberitahu, dalam aspek pendapatan isi rumah dan pemilikan hartanah, golongan bumiputera di negeri itu terus ketinggalan berbanding kaum Cina dan India.

"Perkara ini menjadi semakin kronik apabila harga rumah khususnya di bahagian pulau melonjak sehingga 137 peratus dan tidak mampu dibeli oleh rakyat di daerah Timur Laut terutama bumiputera.

"Unit Komersial Bumiputera pula hanya sebanyak dua peratus dan hampir kosong jika tidak dimiliki oleh Mara dan UDA," katanya.

R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian bangun mencelah dan mengatakan keadaan itu berpunca daripada salah UMNO.

Bagaimanapun, Jahara menempelak Rayer dengan mengatakan beliau tidak menyebut soal parti sebaliknya bercakap untuk kepentingan rakyat.

Wow terbaiklah .. nampak sangat gopoh dan angkuhnya wakil-wakil DAP ni , apa pun tahniah Datuk Jahara permulaan yang baik teruskan momentum.

Psst Walaupun dia wanita tapi pengalaman banyak beb !!

MMI

Wednesday, 3 July 2013

Sidang DUN ~ Pembohongan & Putar Belit Rejim DAPigs Di Pulau Pinang


Semalam merupakan hari pertama sidang DUN Pulau Pinang di buka dengan rasminya dan telah di sempurnakan oleh T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.Majlis berjalan dengan sempurna dan semua ADUN yang telah mengangkat sumpah sebelum ini hadir masing-masing 10 daripada UMNO/BN manakala 30 daripada gabungan DAP,PKR dan PAS.  

Tahniah MMI ucapkan kepada semua ADUN yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU13 baru-baru ini dan menjadi harapan MMI serta rakyat Pulau Pinang untuk melihat sidang dewan kali ini benar-benar membariskan wakil-wakil rakyat yang memikirkan tentang nasib rakyat seterusnya untuk kemajuan negeri Pulau Pinang.

BN menyandarkan tanggungjawab itu kepada 10 orang wakilnya daripada UMNO dengan di pimpin oleh Ketua Pembangkang yang baru YB Dato' Jahara Hamid manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sudah semestinya Lim Guan Eng selaku ketua menteri.

Namun di sebalik keceriaan pembukaan sidang dewan itu sebenarnya lahir satu lagi penipuan yang di buat oleh kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs dan konco-konconya.

MMI agak terkejut apabila perkara yang sebenarnya telah disuarakan oleh kerajaan negeri semenjak 2011 yang lalu masih lagi di bawa ke penggal kali ini.Pada mulanya MMI beranggapan ianya merupakan usaha berterusan dan terancang oleh kerajaan negeri selama ini kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat khususnya dalam soal kebajikan.

Namun setelah di teliti rupa-rupanya perkara tersebut hanyalah satu omongan kosong yang di bawa sekali lagi oleh kerajaan negeri mungkin untuk menggaburi mata rakyat di Pulau Pinang.

Untuk makluman kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAPigs sejak 2011 yang lalu telah merancang dan akan mewujudkan pusat dialisis CAT buat rakyat yang memerlukan bagi menampung jumlah sedia ada yang terdapat di pusat-pusat dialisis dan Hospital Pulau Pinang.

MMI pernah mengulas tentang isu ini pada 25 November 2011 yang lalu Baca Sini 

Kerajaan Negeri

Sejak 2011 yang lalu kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi  untuk memulakan projek perintis Pusat Dialysis CAT di Pejabat Pasar Awam Balik Pulau. Ia berhampiran perhentian bas (Rapid Penang) dan bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). 

Kononnya MPPP telah memberi persetujuan bagi meggunapakai ruang di belakang Pejabat Kutipan Hasil, Pejabat Pasar Awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialysis CAT Negeri Pulau Pinang.

Kawasan tersebut telah dipilih sebagai lokasi projek perintis kerana kedudukan yang  strategik, kepadatan penduduk luar bandar yang tinggi dan pengangkutan awam yang baik. Pada masa yang sama ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri PR kepada penduduk luar Bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik.

Apa yang perlu kita semua tahu adalah semenjak 2011 yang lalu sehingga hari ini pusat dialisis CAT yang di maksudkan itu tidak pernah wujud malah di lokasi yang di maksudkan itu pun tidak ada sebarang pusat dialisis CAT seperti mana yang di war-warkan.Ini di sahkan sendiri oleh sumber MMI di Balik Pulau.

Persoalan yang semua perlu tahu adalah , berapakah tempoh masa yang di perlukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina serta mewujudkan pusat dialisis CAT seperti yang di nyatakan oleh Guan Eng sendiri dalam kenyataan medianya bertarikh 8 Jun 2011 ????


Apakah kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAPigs memerlukan tempoh masa selama 3 tahun untuk mewujudkan sebuah pusat dialisis perintis yang kononnya berjiwa rakyat itu ???

Ternyata Guan Eng dan rejim DAPigsnya hanya pandai bercakap , janji untuk menyediakan pusat dialisis CAT yang akan beroperasi selama 10 tahun dengan perbelanjaan yang mencecah RM1 juta lebih hanyalah gula-gula penyedap supaya rakyat sujud kepada mereka.

Kini sidang dewan kembali bersidang dan bererti Guan Eng serta rejim DAPigsnya sudah mengambil masa selama 2 penggal membuat janji dan berbohong kepada rakyat.

Jika selama ini mereka asyik menyindir slogan kerajaan "Janji Di Tepati" sebagai "Janji Di CAPATI" maka isu pusat dialisis CAT ini jelas membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang dan rejim DAPigsnya jauh lebih teruk dari itu.

Lebih memalukan lagi apabila kerajaan negeri di bawah Guan Eng bukan sahaja menipu rakyat tetapi turut menipu T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas apabila dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian sidang dewan turut menyentuh tentang pusat dialisis CAT yang sudah berubah status kepada cadangan bagi menutup kegagalan JANJI yang tidak di tunaikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat sejak 2011 yang lalu.


Nampak sangat maklumat yang di salurkan kepada T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas itu adalah maklumat yang sudah di saring terlebih dahulu dengan tujuan untuk menunjukkan kerajaan negeri selama ini merupakan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.

Betul ka berjiwa rakyat ?? ampa nilai sendiri....

Psstt ada kawan tanya teks ucapan tu sapa sedia ??? 

MMI

Friday, 28 June 2013

PANAZZ Piket Pertama Di Pulau Pinang Selepas PRU13 !!!


Hari ini semua ADUN di Pulau Pinang telah selesai mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri yang bermula sejak pagi tadi.Walaubagaimanapun berlaku satu insiden di perkarangan pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri apabila seorang wartawan telah di halang masuk untuk membuat liputan.

Siapa dan dari manakah wartawan yang di maksudkan tu ? 

Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata, pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis "Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baru dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baru, Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. 
Sebelum itu 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baru persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diikuti Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Mohd Rashid Hasnon dan TKM II P.
Ramasamy, 10 anggota exco dan Adun yang lain.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Abdul Hamid bersama sembilan lagi anggota Dun BN turut mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baru dilantik, Law Choo Kiang.
Law yang juga Adun Bukit Tambun dalam ucapannya menasihati kesemua Adun  agar membuat kerja rumah sebelum menghadiri persidangan minggu depan.
"Saya berharap Adun-adun kali ini akan kurangkan perbahasan politik.
Terdapat banyak undang-undang dan enakmen yang boleh mereka bahaskan selain politik," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Speaker Dun dan Adun di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, pakatan pembangkang memenangi 30 daripada 40 kerusi Dun.
DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi Dun yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 manakala PKR memenangi 10 kerusi dengan pertambahan satu kerusi iaitu Dun Seberang Jaya dan Pas kekal dengan kerusi tunggalnya di Dun Permatang Pasir manakala BN yang diwakili Umno pula memenangi 10 kerusi.Bernama
Huhuhu dengar kata wartawan The Star senang saja dapat pas masuk !!!

MMI.

Tuesday, 18 June 2013

Ketua Pembangkang TAHNIAH Dato Jahara Lakukan Yang Terbaik !!!


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

“Kita amat gembira dengan pelantikan itu kerana ia menjadi sejarah di Malaysia apabila wanita dilantik sebagai ketua pembangkang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan Jahara juga membuktikan UMNO mengiktiraf pemimpin wanita. Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang juga memberi kepercayaan penuh kepada Jahara melakukan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Kita yakin dan percaya Jahara akan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya, serta menjadi wakil untuk semua kaum di negeri ini dalam apa jua isu untuk disuarakan di dalam DUN, dan pemilihan beliau dibuat berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik,” katanya.

Jahara, yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sukan kerajaan negeri semasa BN memerintah Pulau Pinang, merupakan wakil rakyat bagi Teluk Air Tawar sejak lima penggal lepas.sumber 

MMI.

Sunday, 5 May 2013

HOT Lagi Keputusan Tak Rasmi GUAN ENG TEWAS Di Pulau Pinang !!!!


Berikut merupakan maklumat terkini yang MMI terima menyatakan Guan Eng kalah di DUN Air Puteh Pulau Pinang.Kekalahan kerusi ini sudah semestinya memberikan impak besar kepada pembangkang khususnya DAP kerana Guan Eng merupakan penyandang kerusi tersebut dan beliau juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak DAP mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional pada 2008 yang lalu.

Lim Kit Siang juga di beritakan turut mengalami kekalahan di Gelang Patah namun ianya masih belum di sahkan oleh SPR.Macam biasa MMI masih menantikan keputusan rasmi daripada SPR.

Hot memang Hot ! walaupun keadaaan disini hujan lebat rasanya ada pihak trtentu tengah PANAZZZ sekarang...nantikan update seterusnya dari MMI..

MMI.

TERKINI BN RAMPAS Kembali Pulau Pinang ?!!


Pusat pengundian telah pun di tutup tepat jam 5 petang tadi , dan rata-rata rakyat Pulau Pinang kini berdebar-debar menantikan keputusan pilihanraya bagi mengetahui sama ada BN berjaya menawan kembali dari tangan Pakatan Haprak.

KOMTAR kini kembali ke tangan Barisan Nasional ?....

Apa pun satu keputusan tak rasmi yang di keluarkan oleh sahabat blog Empayar Pemuda menyatakan bahawa Barisan Nasional telah menguasai 24 kerusi DUN dari 40 kerusi yang di pertandingkan.Sejauh mana  kebenaran berita ini ? Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi dari SPR.

sumber empayarpemuda 

Thursday, 11 April 2013

Pertandingan 3 Penjuru Di Sungai Acheh ?? SERABUT LAGI PAKATAN HAPRAK !! #PG13 #PRU13


Antara perkara yang menjadi perbualan sejak semalam adalah pengumuman calon-calon PAS yang akan bertanding di Pulau Pinang.Riuh rendah sekitar markas PAS Pongsu Seribu malam tadi apabila nama-nama calon diumumkan satu persatu oleh Salleh Man.

Namun di sebalik keriangan calon-calon dan juak-juak macai PAS yang hadir mereka barangkali terlupa satu perkara ada diantara calon yang diumumkan itu bertindih dengan calon dari sahabat sesyurga mereka sendiri.

DUN Sungai Acheh atau N21 , PAS mengumumkan untuk meletakkan Yusni Mat Piah sebagai calon PAS manakala di tempat yang sama PKR pula meletakkan Chegu Bard.Ish ish gelojoh sungguh puak-puak ni sampaikan bab kawasan nak bertanding pun lintang pukang.

Sekiranya mengambil kira keputusan tersebut maka sudah tentu N21 Sungai Acheh bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru melibatkan PAS,PKR dan BN.

Persoalannya sekarang dimana kesepakatan yang diwar-warkan berlaku dalam Pakatan Haprak ? Apa yang berlaku cukup memalukan apatah lagi ianya berlaku dalam Pakatan Haprak yang pimpinannya mengaku sebagai yang terbaik dalam Malaysia.

Kalau bab calon DUN pun jadi lintang pukang sesama sendiri cuba bayangkan sekiranya mereka menguasai Putrajaya ? 

Berikut merupakan keputusan senarai calon-calon PAS bagi negeri Pulau Pinang:

1) P041 Kepala Batas - Ust Afnan Hamimi bin Dato Taib Azzamudin
2) P042 Tasek Gelugor - Dato Sri Rahman Maidin
3) N01 Penaga - Ust Roshidi Hussain
4) N04 Permatang Berangan - Tn Hj Arsyad bin Salleh
5) N05 Sungai Dua - Cikgu Zahadi Mohamad
6) N11 Permatang Pasir - Dato Hj Mohamad Salleh Man
7) N21 Sungai Acheh - Ust Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang)
8) N38 Bayan Lepas - Cikgu Asnah bin Hashim

MMI.

Wednesday, 3 April 2013

DUN Pulau Pinang BUBAR Petang Ini ??


Serentak dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari tadi , di beritakan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sudah pun mengadap TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas di kediaman rasminya sebentar tadi.

Seterusnya memungkinkan DUN Pulau Pinang bakal dibubarkan petang ini atau paling lewat pada besok hari.

Seperkara yang rakyat harus tahu pembubaran DUN Pulau Pinang bakal menyaksikan Guan Eng GAGAL mengotakan janjinya sejak 2008 yang lalu antaranya janji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior,pemberian bantuan RM6 ribu kepada keluarga yang berpendapatan RM6 ribu ke bawah,pemberian WIFI percuma di seluruh negeri dan banyak lagi termasuklah pembohongan terhadap pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat.

Lapangan sudah pasti akan di buka , maka kuasa mutlak terletak di tangan kita pastikan BN kembali berkuasa untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Tolak Guan Eng ! Tolak Pakatan Haprak !

MMI.

Tuesday, 13 November 2012

Guan Eng Sedang Bercinta ??


Pasangan ini mungkin sedang di lamun cinta , kata orang percintaan ni kadang-kadang membutakan mata malah hati juga.Namun bagi kebanyakkan rakyat Pulau Pinang pasangan ini bukan lagi buta kerana di lamun cinta tapi buta hati kerana kemaruk kuasa.

Tindakan Betty Chew yang turut hadir ke sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan sikap bercakap tak serupa bikin oleh Guan Eng dan juak-juaknya.Jika sebelum ini Datin Seri Rosmah sering dikritik oleh juak-juak Pakatan Haprak dalam setiap usaha murni beliau sekarang segalanya tertuding kembali kearah mereka khususnya Guan Eng apabila isterinya di lihat berada di tempat khas dalam dewan.

Apa yang istimewanya Betty sehingga boleh berada di tempat khas tersebut ?

Malah tindakan Betty menyebabkan speaker dewan turut di tempelak oleh ahli-ahli dewan yang lain khususnya daripada Barisan Nasional.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain dianggap bersikap dwistandard kerana tindakan berdiam dirinya apabila isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam dewan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau percaya sekiranya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pihak lain melanggar peraturan DUN, sudah pasti tindakan tegas akan diambil olehnya.

Menurutnya, sikap Abdul Halim itu seolah-olah menunjukkan tindakan serta keputusannya berpandukan atas arahan orang atau pihak tertentu.

"Dia (Abdul Halim) tidak ubah seperti robot yang pergerakannya dikawal oleh orang lain.

"Adakah ini standard Speaker DUN yang ada di Pulau Pinang sekarang ini?"

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow semalam yang menyifatkan tindakan isteri Guan Eng, Betty Chew duduk di kawasan dikhaskan dalam DUN sebagai 'mencabuli' kemuliaan dewan berkenaan.

Chang Yeow jelas terkejut dengan kejadian tersebut kerana Betty Chew sepatutnya duduk di tempat yang dikhaskan untuk orang awam.

Mengulas lanjut, Musa menambah, sebagai Speaker DUN, Abdul Halim bertanggungjawab memastikan segala peraturan dalam dewan itu dipatuhi setiap orang.

Sehubungan itu, tegasnya, Abdul Halim perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Dia kena jawab supaya rakyat tidak menganggapnya bersikap dwistandard dalam menjalankan tugas, " katanya.

Hebat sungguh depa noo , MMI rasa mungkin sebab nak jimat masa jadi Guan Eng bawa siap-siap lepas sidang DUN dia nak bawa Betty pi set rambut !

Agak-agak la nak bercinta pun !!

MMI.

Saturday, 10 November 2012

PANAS Di Sidang DUN Pulau Pinang !!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng, digesa menjelaskan dakwaan tanah Taman Manggis telah diberi hakmilik kepada sebuah syarikat yang memajaknya kepada bank , sekaligus membelakangi janji kerajaan negeri untuk menjualnya kepada Pemuda Barisan Nasional bagi pembangunan projek rumah kos rendah.

Isu tanah Taman Manggis ditimbulkan ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed ketika ucapan penggulungan Ketua Menteri, di Dewan Undangan Negeri pagi tadi.


Beliau merujuk pendedahan Pemuda BN negeri semalam, yang mendakwa dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM menunjukkan Kuala Lumpur International Dental Centre Sendirian Berhad, KLIDC, telah memajak tanah seluas 0.46 ekar itu kepada bank untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 11.5 juta ringgit.

Ia sekaligus membuktikan tanah berkenaan sudah diberi hak milik kepada KLIDC kerana bank tidak akan meluluskan pajakan itu tanpa hak milik.

Status itu bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri sebelum ini, bahawa hak milik tanah itu belum dikeluarkan kepada KLIDC dan ia masih boleh menjualnya kepada Pemuda BN negeri.


Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang pula bingkas menjawab "Saya tanya Dato SUK, pegawai kewangan, sama ada hak milik dah keluar, kalau ia keluar memang ia serius, saya akan ambil tindakan tegas, tapi mereka kata tak keluar, jadi hak milik tak dikeluarkan dan masih di tangan kerajaan".

Sebaliknya, menurut Lim, KLIDC hanya mendapatkan pinjaman tanpa jaminan dan ia boleh dilakukan tanpa mendapat hak milik tanah berkenaan.

Beliau menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah, dan menggesa Pemuda BN segera melunaskan bayaran penuh 22 juta ringgit untuk membeli tanah terbabit.

Bagi MMI mudah saja persoalan yang harus di jawab oleh Guan Eng adalah bagaimana sebuah syarikat seperti KLIDC boleh pula berusaha untuk mendapatkan pinjaman bank sekiranya tidak ada berlaku sebarang rundingan mahupun apa-apa perbincangan sebelum ini bagi menjual tanah tersebut ?

Malah secara logik akal takkanlah satu-satu syarikat itu dengan sengaja tanpa merujuk kepada siapa pemilik sesuatu tanah itu boleh pula melakukan tindakan seperti memohon pinjaman dari pihak bank ? 

Untuk lebih lanjut rujuk kenyataan daripada H'ng Khoon Leng Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Klik Sini

Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang ternyata cuba mencari jalan untuk menepis segala tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka hari ini dengan memberikan pelbagai alasan.

Hanya juak Pakatan Haprak dan mereka yang dungu dan bangang saja percaya dengan kata-kata Guan Eng selebihnya ampa pikiaq sendirilah..

MMI.

Wednesday, 7 November 2012

PANAS Amuk Di DUN Pulau Pinang !!!


Guan Eng sekali lagi dimalukan hari ini apabila sekumpulan rakyat Pulau Pinang sendiri mengecam beliau kerana sering berbohong dan menipu rakyat.

Enam individu hari ini berhimpun secara aman di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng mendedahkan lokasi rumah berkembar berharga RM415,000.

Salah seorang daripada mereka, Kenneth Quah, 35 berkata beliau berbuat demikian susulan kenyataan akhbar ketua menteri dalam akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang mengatakan harga rumah berkembar di sebelah pulau diturunkan sehingga RM415,000.

Quah yang bekerja sebagai pengurus jualan berkata beliau sudah lama teringin memiliki kediaman sendiri.

"Kami sudah puas cari tapi tak jumpa dan sebagai rakyat Pulau Pinang kami rasa tertipu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Sejak hari pertama dewan bersidang dua orang wakil rakyat yang bertanggungjawab iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Adun Padang Kota Lama Chow Kon Yeow langsung tak buat apa-apa.

"Sekarang ini, kami nak beri surat celaan kepada Datuk Speaker sendiri kerana kedua perkara melibatkan kepentingan rakyat ini tidak dibincangkan dalam dewan," katanya.

Dalam perhimpunan yang berlangsung lebih sejam yang bermula pukul 12.20 tengah hari itu berlaku sedikit kekecohan apabila Speaker Dewan enggan bersemuka dengan kumpulan berkenaan.

Guan Eng dan barisan konco celakanya dah lama menipu rakyat Pulau Pinang malah tindakannya yang sering berbohong dan cakap tak serupa bikin akhirnya memakan diri.

Rakyat Pulau Pinang dah semakin celik dengan corak pimpinan Guan Eng , rasanya dah sampai masa Guan Eng perlu dinyahkan dari bumi Pulau Pinang.

MMI.

Labels