Followers

Thursday, 11 April 2013

PRIBUMI Tunjukkan Keyakinan Dengan Manifesto BN #ManifestoBN #BetterNation #PRU13


Manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum ke13 mula mendapat perhatian banyak pihak malah semakin ramai pakar-pakar ekonomi memuji dan yakin dengan Manifesto BN yang baru dilancarkan 6 April lepas.

Presiden Persatuan Remiser Bumiputera atau PRIBUMI Saudara Md Hasrin Mad Hassim yakin #ManifestoBN yang dilancarkan akan memberi impak positif kepada rakyat dan negara malah turut menepati kehendak rakyat.

Rata-rata masyarakat juga mengakui aku janji BN kali ini lebih realistik sekiranya dibandingkan dengan manifesto atau janji-janji kosong pembangkang.


MMI melihat aku janji BN kali ini sampai kepada rakyat kerana rekod gerak kerja yang ditunjukkan oleh kerajaan selama hampir 5 tahun sebelum ini melalui GTP menjadi kayu ukur dan rakyat mampu menilai.Dalam masa yang sama para pelabur juga kini sudah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk terus melabur di Malaysia dan sudah pasti mereka hanya menantikan keputusan pilihanraya tidak lama lagi.


Selain dari itu keyakinan yang ditunjukkan oleh Presiden PRIBUMI membuktikan bahawa pakar-pakar ekonomi mempunyai keyakinan dengan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional dan pasti program GTP yang dilaksanakan selama ini sebenarnya merupakan platform bagi pengukuhan sektor ekonomi negara untuk terus kukuh dan dinamik.



Pembangkang saban hari menjaja bahawa manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sebagai manifesto ciplak.Seperkara yang harus rakyat tahu adalah sejauh mana pun tuduhan juak-juak pembangkang , Barisan Nasional mempunyai rekod yang cukup cemerlang khususnya apabila membuat sebarang janji kerana setiap janji tersebut sudah pasti akan di tepati jauh berbeza jika dibandingkan dengan janji pembangkang.





Malaysia kini berada di landasan yang terbaik hasil daripada pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan MMI ingin berpesan kepada rakyat jangan butakan hati serta pekakkan telinga malah paling pasti jangan biarkan Anwar dan juak Pakatan Hapraknya menipu anda semua sekali lagi.

Tolak Pakatan Haprak !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels