Followers

Tuesday, 9 April 2013

PAS + Tabung + Derma = PRU13 ?!!! #GE13 #TolakPR


Banyak pihak sudah pasti faham benar istilah tabung ini cukup sinonim dengan parti PAS.Sebut saja dalam mana-mana pentas ceramah sudah pasti pelancaran demi pelancaran akan diumumkan kononnya bagi tujuan sebuah perjuangan.

Maka tak hairanlah dalam beberapa isu besar juga pihak yang sama turut berlumba-lumba menubuhkan tabung masing-masing.

Dalam insiden Lahad Datu misalnya Dewan Pemuda PAS dikatakan mengadakan kutipan derma, kononnya untuk mangsa pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Sejauh mana ampa yakin kutipan derma ini tidak diselewengkan untuk kempen PRU13?


Melihat kepada gambar diatas sudah pasti ianya merupakan satu usaha untuk sama-sama membantu mereka-mereka di Lahad Datu dengan pelancaran Tabung Rakyat Prihatin.Mendermalah seluruh rakyat Malaysia dengan niat yang suci untuk membantu rakan-rakan kita di Lahad Datu.Tahniah PAS kerana sama-sama memikul tanggungjawab ini.

Namun seperkara yang harus ampa semua tahu adalah sejauh mana KEWUJUDAN TABUNG RAKYAT PRIHATIN itu benar-benar WUJUD ? 


Apakah PAS sedang bersandiwara dengan rakyat ? Kepada penderma sejauh mana keyakinan ampa yang sumbangan itu bakal di terima oleh mereka-mereka yang sememangnya memerlukan sekiranya setiap penderma memasukkan derma mereka ke dalam akaun yang jelas tertera kepunyaan PARTI ISLAM SEMALAYSIA dan bukannya TABUNG RAKYAT PRIHATIN?

Ada beza akaun TABUNG RAKYAT PRIHATIN dan juga PARTI ISLAM SEMALAYSIA !!!

Dalam hal ini wujud satu persoalan mudah , Bagaimana PAS boleh menentukan jumlah sebenar kemasukan wang derma dan wang parti sekiranya semuanya berada dalam satu akaun ?

Paling penting sejauh mana para penderma yakin setiap derma yang telah diberikan untuk mangsa Lahad Datu tidak digunakan oleh PAS untuk membantu kempen pilihanraya mereka ?

Mau seleweng ke bro ??? Baca juga di SINI

Psst teringat isu Memali !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels