Followers

Sunday 26 May 2013

DAYUS ~ ANWAR Tidak Akan Bersara , Malapetaka Akan Terus Berlaku !!!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau akan terus memimpin Pakatan Rakyat sungguhpun berjanji sebelum ini untuk berundur daripada politik.

Anwar berkata beliau tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.

"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?. Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini.

Anwar yang memperhebatkan kecaman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum PRU13 dan semakin lantang selepas pilihanraya diadakan berulang kali mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

PKR mengugut untuk menfailkan 27 petisyen pilihanraya untuk keputusan pemilihan disemak semula.

Bagaimanapun tuduhan-tuduhan kononnya berpuluh ribu rakyat Sabah dan warga asing di bawa masuk ke Semenanjung setakat ini untuk mengundi secara haram, tidak disokong dengan bukti nyata.

Begitu juga dengan tuduhan bekalan letrik di beberapa kawasan di potong bagi membolehkan kotak undi tambahan di bawa masuk untuk memenangkan calon BN.

Sebelum ini, Anwar pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.

Kelmarin Anwar dibidas oleh bekas Naib Presiden Indonesia Yusuf Kalla kerana memungkiri janji untuk menerima keputusan PRU13.

Arah buat laporan polis

Dalam pada itu Anwar mengarahkan penyokong pembangkang supaya membuat laporan polis mulai Isnin berhubung dakwaan 'penipuan' dakwat kekal pada pilihan raya umum, 5 Mei lepas.

Beliau berkata PKR akan menggerakkan ahli-ahlinya termasuk aktivis untuk mengemukakan seberapa banyak laporan polis sebelum pembangkang mengemukakan petisyen kepada mahkamah bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.

Malah Anwar berkata mana-mana ADUN PKR yang tidak menuruti arahannya akan dipanggil menghadap ke lembaga disiplin parti.

"Saya sendiri pada Isnin akan membuat laporan polis kerana saya mengundi di permatang pauh kerana dakwat kekal hilang pada malamnya. Kalau ada mana-mana ADUN yang tak buat laporan, saya akan panggil ke jawatankuasa disiplin. Tapi mesti ada asas."

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, pembangkang mencetuskan kekecohan di sebahagian besar kawasan mengundi apabila mendakwa dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mudah ditanggalkan menggunakan air.

SPR sebelum itu memberi jaminan dakwat berkenaan yang dicalit pada jari pemilih akan bertahan sekurang-kurangnya lima hari.

Anwar kemudian menyifatkan pakatan pembangkang sebagai bersedia untuk bertanding semula sekiranya pilihan raya umum dipanggil semula.antarapos 

Nampak sangat Anwar sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan karier politiknya daripada terus di lupakan.Cukupkah sekadar menyatakan terdapat penipuan di sana sini sedangkan buktinya langsung tidak di kemukakan ?

Laporan polis yang akan di buat hanyalah satu lagi helah Anwar untuk mengaitkan institusi polis dengan UMNO seterusnya cubaan membangkitkan rasa marah rakyat akan terus di lakukan selewat-lewatnya besok.

MMI yakin inilah sebahagian daripada perancangan Anwar dan juak-juak pembangkang untuk memusnahkan apa telah kita bina selama ini.Rampasan kuasa masih dan sedang diusahakan oleh mereka yang pastinya sejauh mana rakyat Malaysia mampu bertahan dengan politik kotor lagi jijik ini ?

Kepada pihak berkuasa tolong lakukan sesuatu kerana rakyat yang menyokong kerajaan sudah lama menanti jangan sampai apa yang pembangkang mahukan benar-benar terjadi.

MMI.

12 comments:

  1. tolonglah, hentikan gay tua ini. dia sudah gila. ramai orang muda tak kenal siapa sebenarnya yang lebih layak jadi pemimpin kerana mereka tak terfikir masa depan negara. mereka tak rasa peritnya huru hara dan perang. mereka konon bijak kerana banyak baca internet yang ditulis oleh orang gila. orang melayu tak pernah merempat dan mengganggu bangsa dan negara orang malah bangsa ini dihormati dikebanyakan negara luar yang mereka tinggal

    ReplyDelete
  2. Dah lama sangat dahh... zahid hamidi cakap "mereka akan bayar dgn harga yg mahal"...

    sampai sekarang 'mereka' tetap 'membeli dan membeli...tapi tidak langsung membayar!

    -majistret lepaskan mereka

    -polis tak buat siasatan

    -SKMM hanya 'pantau'...macam JAKIM dok pantau kumpulan ajaran sesat, sampai sekarang Pusat Pemulihan Akidah tetap kosong dan pengikut yg sesat terus bertambah... dan mereka terus 'memantau'...

    -dan Najib tetap dengan laungan '1 Malaysia'

    nothing happens EXCEPT:

    -perajurit kita syahid di Lahad Datu
    -kebencian antara kaum semakin menebal
    -Islam semakin dipersendakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beetuul sngt tu.

      Delete
    2. Pakar strategik UMNO kena buat kajian 'mengapa penyokong PKR dikalangan org Melayu tetap tegar walau pun pelbagai tuduhan dan perlakuan negatif Anuar disebarkan begitu luas sekali....'.
      Takkan pakar2 UMNO tak berupaya menangani isu 'Anuar' ni.... dah lama dah perkara ni berlalu...sejak era 'reformasi' hingga hingga era 'bersih' ... masih kental lagi dia....

      Delete
  3. Dakwat kekal tanggal, habis tu apa masalahnya? Orang mahu bukti yang ada terdapat pengundian berkali-kali oleh satu orang, itu baru boleh dijadikan kes untuk kiraan/undian semula , ada ke buktinya?

    Anuwar ni asyik-asyik dok cerita dakwat tanggal. Ada ke akta yg mengatakan dakwat tu tak dibenarkan tanggal dalam tempoh tertentu, jika tidak kena penjara atau denda, ada ke? yg beria-ia nak saman SPR tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.kalau dakwat kekal padam pada malam hari apa mslhnya. Mengundi hanya 1 hari jee. Esok boleh mengundi lagi ke?????? MengArut la anuar ni. Org mcm ni elok tanam hidup2 jer. Merosakkan bangsa dan negara jee. Peegi mampus la anuar jahanam. Dajal di alam nyata

      Delete
  4. Rakyat dah penat dan letih dengan gelagat Gay Tua ni. Sudah-sudahlah, harapo pihak kerajaan dapat menamatkan fenomena ini dari terus bermaharaja lela. Tolonglah, kami rakyat mahu keluar dari kemelut yang meresahkan ini. Sudah letih dengan penghinaan kaum, sudah mual dengan Agama ISlam dipersendakan, sudah jelak dengan tindak tanduk yang memprovokasi emosi. Sabar kami juga ada batasannya. Janganlah bila dah parah baru nak mengubati. Mohon sangat-sangat agar wabak ini dapat dibendung dan dipeti sejukan kemas-kemas tanpa dibuka lagi.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan seolah-olah tak tahu nak buat apa dengan Gay Tua ini.Agaknya berdoa sahaja supaya dia mati cepat.

    ReplyDelete
  6. PIMPINAN UMNO DAN JUAK2NYA SEAKAN SASAU DAN MERACAU.. MALANG BG PECACAI UMNO KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN SEPERTI SI JALAK LENTENG,KOKOK BERDERAI2 DI LAMAN SENDIRI, TP TAK BERANI BERSABUNG DI GELANGGANG YG TERBUKA,PUNGGUNG PENUH TAIK... NAJIB TAK BERANI BERHUJAH DGN DSAI SECARA LIVE KERANA TAKUT TEMBELANG UMNO YG DI UNDER CARPET DARI PENGETAHUAN ORANG MELAYU AKAN TERBONGKAR..MEDIA ARUS PERDANA MEREKA KAWAL SUPAYA PIMPINAN PR DAN NGO TAK BOLEH MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEBENAR PADA RAKYAT..INIKAH DEMOKRASI ALA UMNO...UMNO BLH MENIPU KEBANYAKAN ORANG MELAYU DI KAMPUNG,TP UMNO TAK BOLEH MENIPU KEBANYAKAN MELAYU DI BANDAR/PINGGIR BANDAR YG CELIK MINDA DAN CELIK AGAMA..(SBB MAJLIS ILMU LEBIH IMMARAH DI SURAU/MASJID DI BANDAR,BERBANDING DI KMPUNG YG DI URUS TADBIR OLEH UMNO)..KAMI MAHU FAKTA BUKAN AUTA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bezanya antara orang kampong dengan orang bandar. orang kampong lebih beradab dan tau membalas jasa walau tinggal di kawasan yang tak seindah bandar. orang kampong pun dah kenal internet dan baca semua laporan pembangkang yang penipu. orang kampong lah yang ramai jadi penghuni bandar kerana menjawat jawatan yang duwujudkan oleh kerajaan, lupa diri kerana terlebih perasaan. kelantan dan kedah tu yang majoriti sokong pembangkang, bandarla sangat.

      Delete
  7. agaknya anon yang meracau di atas terlupa kut yang orang bandar yang bijak yang sokong pembangkang tu kebanyakannya China? orang melayu jika nampak orang kulit putih saja, orang tu mesti bijak, walau hakikat yang sangat disedari oleh orang melayu, china tu dari zaman tok nenek dia lagi jadikan melayu sebagai pencacai. tindas melayu dari segi ekonomi, perbodo dan tekan melayu kerana anggap melayu bodoh

    ReplyDelete
  8. TIADA SIAPA YG BOLIH MELAWAN KETENTUAN ALLAH. ORANG ISLAM WAJIB PERCAYA KETENTUAN INI. PADA ANWAR MENGAKU KALAH DAN TERIMA KETENTUAN ALLAH INI. JANGAN MEMALUKAN KETERUNAN KAU SENDIRI.

    ReplyDelete

Labels