Sepasang wanita lesbian yang berasal dari Pakistan, Rehana Kausar, 34, dan Sobia Komar, 29, yang berkahwin di United Kingdom (UK), Mac lalu telah meminta suaka politik dari kerajaan UK selepas tindakan mereka itu menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.
Pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Catatan Sivil Leeds, Yorkshire Barat.
Menurut sumber terdekat, sebelum proses pernikahan mereka, pasangan itu telah ditanya sama ada mereka mahu teruskan dengan perkahwinan kontroversi tersebut dan dengan tegasnya, Kausar berkata, “negara ini memberikan kami hak dan ini adalah keputusan yang sangat peribadi dan berani yang pernah kami ambil.
Ini bukan urusan sesiapa kerana kami melakukan ini untuk kehidupan peribadi kami”.
“Masalah yang kami temui di Pakistan adalah bahawa setiap orang percaya, satu orang bertanggungjawab atas kehidupan orang lain dan hal ini lebih kepada moral terhadap orang lain dan bukannya hak seseorang individu itu,” ulas Kausar.
Seperti yang kita ketahui, Pakistan merupakan sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang mengharamkan perkahwinan sesama jantina.mynewshub
Komen MMI , negara seperti Pakistan pun tidak dapat lari dari masalah sebegini apatah lagi Malaysia negara yang sebahagian rakyatnya sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan apa yang mereka labelkan sebagai HAK.
Paling menyedihkan kumpulan ini (di Malaysia) mendapat pula sokongan sebahagian besar daripada mereka yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utama mereka.
Hati-hati dalam membuat pilihan jangan sampai Islam di Malaysia hanya tinggal nama.
MMI.
Selamatkan dan lindungilah Malaysia dari pemimpin songsang, amin.
ReplyDelete