Followers

Monday, 20 May 2013

HOT Ahmad Orang Pertama Kena LUDAH Di Kelantan ??!!!!


Ampa masih ingat isu sorang pemimpin di Kelantan yang nak ludah orang ? Hah daya memori ampa memang terbaik kihkih maklumlah macam-macam isu sekarang ni..Ada yang dah sombong sampaikan bangsa sendiri pun dia meluat , ada yang gila meroyan sebab tak boleh nak jadi perdana menteri dan macam-macam lagilah.Rasanya lepas pilihanraya suasana politik lebih menarik dengan pelbagai cerita dan insiden.

Terkini gerakan sedang disusun oleh juak-juak macai pembangkang yang mahu menganjurkan perhimpunan di ibu kota Kuala Lumpur minggu depan bagi membantah keputusan PRU13 seterusnya menjadikan platform untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional yang di tuduh melakukan penipuan bersama-sama SPR.

Hebat sungguh dakyah puak-puak bangsat ni mungkin sebab tulah kot Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor masih di tangan pembangkang.Maklumlah ada penipuan dari Barisan Nasional dan SPR !!!

Namun ada berita agak menarik khususnya tentang perhimpunan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti apabila Kelantan secara terang-terangan menolak perancangan tersebut.Waduh !! Apa yang dah berlaku ni ?? Kelantan selama ini yang MMI kenal adalah sebuah negeri yang kerajaannya sentiasa akur dan amat patuh kepada apa saja arahan khususnya dari PKR mahupun DAP sampaikan kalimah Allah pun nak di jualnya.

Apa yang berlaku sebenarnya ??

Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan melalui cara kekerasan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

“Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Khalid berkata, polis telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan mendakwa, pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).sumber 

Kalau diikutkan dari corak dan cara kepimpinan Kelantan yang lalu , tindakan Ahmad Yakob untuk tidak menyokong usaha serta gerakan secara kekerasan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada oleh rakan Pakatan Haprak sendiri adalah sesuatu yang amat mengejutkan.


Kalau ikut Nik Ajiz rasanya Ahmad Yakob boleh dapat ludah lepas ni....Maklumlah tak sokong perhimpunan jalanan kira sokong UMNOlah..Hahaha bila nak ludah ????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels