Followers

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, 25 May 2013

Pembaharuan Di Kelantan ???


Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.

Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas,besi dan sebagainya.Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. 

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata.Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob,apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi.Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula,jelas seakan ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob,barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.Bukan satu rahsia pun,banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.Bukan saja tender,malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati. 

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan,namun sebagai MB Kelantan yang baru,Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit,mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.sumber 

Pembaharuan di Kelantan ?? Boleh percaya ka ??

MMI.

Monday, 20 May 2013

HOT Ahmad Orang Pertama Kena LUDAH Di Kelantan ??!!!!


Ampa masih ingat isu sorang pemimpin di Kelantan yang nak ludah orang ? Hah daya memori ampa memang terbaik kihkih maklumlah macam-macam isu sekarang ni..Ada yang dah sombong sampaikan bangsa sendiri pun dia meluat , ada yang gila meroyan sebab tak boleh nak jadi perdana menteri dan macam-macam lagilah.Rasanya lepas pilihanraya suasana politik lebih menarik dengan pelbagai cerita dan insiden.

Terkini gerakan sedang disusun oleh juak-juak macai pembangkang yang mahu menganjurkan perhimpunan di ibu kota Kuala Lumpur minggu depan bagi membantah keputusan PRU13 seterusnya menjadikan platform untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional yang di tuduh melakukan penipuan bersama-sama SPR.

Hebat sungguh dakyah puak-puak bangsat ni mungkin sebab tulah kot Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor masih di tangan pembangkang.Maklumlah ada penipuan dari Barisan Nasional dan SPR !!!

Namun ada berita agak menarik khususnya tentang perhimpunan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur nanti apabila Kelantan secara terang-terangan menolak perancangan tersebut.Waduh !! Apa yang dah berlaku ni ?? Kelantan selama ini yang MMI kenal adalah sebuah negeri yang kerajaannya sentiasa akur dan amat patuh kepada apa saja arahan khususnya dari PKR mahupun DAP sampaikan kalimah Allah pun nak di jualnya.

Apa yang berlaku sebenarnya ??

Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan melalui cara kekerasan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

“Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Khalid berkata, polis telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan mendakwa, pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).sumber 

Kalau diikutkan dari corak dan cara kepimpinan Kelantan yang lalu , tindakan Ahmad Yakob untuk tidak menyokong usaha serta gerakan secara kekerasan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada oleh rakan Pakatan Haprak sendiri adalah sesuatu yang amat mengejutkan.


Kalau ikut Nik Ajiz rasanya Ahmad Yakob boleh dapat ludah lepas ni....Maklumlah tak sokong perhimpunan jalanan kira sokong UMNOlah..Hahaha bila nak ludah ????

MMI.

Saturday, 18 May 2013

TERKINI Guan Eng HALAU Macai PAS & PKR Keluar Dari Pulau Pinang ??!!!


Hah macam mana puak-puak macai PAS dan PKR di Pulau Pinang ? Ampa dah bersiap ka nak keluar dari Pulau Pinang ?? Guan Eng dah bersuara tu !!

Baru ja kena provoke sikit dah nak meroyan!!! Memang sah Ketua Menteri Cina DAP ni tak boleh ditegur. Cuit skit pun dah marah... Kalau nak diikutkan amarah BN boleh buat macam-macam pada LGE nie. Tapi kita nak tengok juga apa yang musibat ni nak buat lepas ni. 

LGE dalam satu twitnya, bertanya sekiranya penyokong Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) , adakah penyokong BN akan meninggalkan negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh BN.


Alo brader orang Melayu bukan perangai macam ampa..Kita akur kepada keputusan kalau nak ikutkan rasa tak puas hati tu lebih dari halau kita buat.

Lagi satu nak bagitau Guan Eng , hang sedaq dak hang tu orang mana ? Kalau bukan orang Pulau Pinang rasanya lebih baik hormat sikit orang di Pulau Pinang.Jangan sampai kerana mulut badan binasa.

MMI cuma nak minta kalau boleh Guan Eng mai Tasek Gelugor , Kepala Batas dan Balik Pulau lepas tu buat satu program ceramah besar-besaran dan masa tu sebut minta semua orang BN supaya keluar dari Pulau Pinang...Tak apa puak-puak macai PAS atau PKR tolong atur sat..Ada brani ker ??

Ampa rasa apa berlaku ??? Baca juga di blog matkilaupenang 

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

Biaq Betoi Husam Istihar Masuk BN ?!!!


Terkejut juga MMI bila dengar cita ni , tapi betol ker ? Atau orang cakap-cakap ja ? Untuk dapatkan jawapan MMI pun belek-beleklah sikit hampeh tak ada pun ni semua cakap-cakap kosong ja , sembang-sembang petang sambil pekena cucuq udang !

Husam Musa masih lagi bersama PAS tak lari kemana pun cumanya dia saja yang tak terpilih untuk berada dalam kerajaan negeri Kelantan.Huh habis dia meroyan sana sini , maklumlah bila tak terpilih ni hati sapa pun terasa ye tak !!

Tapi sejak pandai meroyan ni , dia balun semua orang sampaikan Najib pun kena !!

Apa hal Husam ? Apa benda yang hang mengarut tak tentu arah ni? Cuba cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya? Dah sakit otak dah ka?

Ada ka patut tiba-tiba Si Husam ni dok sibuk mempersoalkan kenapa Datuk Seri Najib tak 'ditendang' dari jawatan Perdana Menteri seperti Pak Lah.

Alo brader! Yang hang sibuk sangat dengan BN ni pasal apa? Kalau nak tendang, pi tendang pemimpin  sendiri dulu noo!!! Jangan sibuk dengan parti orang lain.

Kalau nak ditendang, tendang dulu Si Ketua Penipu bernama Anwar Bin Ibrahim tu. Dia punya pasal la PKR hilang satu kerusi dalam Parlimen.

Tak pun, tendang dulu Hadi Awang kerana menyebabkan PAS hilang dua kerusi Parlimen. Atau pun, dia tendang semua pemimpin PAS Kedah sebab hilang kuasa kat sana.

Yang nak sibuk - sibuk pasal parti orang lain ni kenapa? Nampak sangat la yang Si Husam ni sebenarnya dah terdesak. Nama dia semakin hari semakin hilang.

Malah, pengaruh dia di Kelantan pun telah berjaya dihapuskan oleh puak - puak Rejim PAS Kelantan. Kiranya, dia angin la sebab dia sendiri yang kena 'TENDANG'!!! Kihkihkih

Di Putrajaya lagi teruk , ampa nak tau pasai dia ni kalah ? Ada ka pi kempen benda yang tak masuk akai ni !! Rakyat pun boleh pikiaq cik ooi ....


Disebabkan dia kena TENDANG dengan Rejim PAS jugak la yang membuatkan dia cuba nak melaga - lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin.

Tak dinafikan beb. Dua orang teraju utama dalam Barisan Nasional ni sudah mula menjadi halangan kepada Pakatan Pembangkang.

Jadi, tak heran la kalau orang macam Si Husam ni boleh panas punggung dan terasa diri dia seperti diancam. Maklum la, orang yang kena TENDANG parti sendiri la katakan. Itu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!! sumber 

Kalau macam ni punya kelaku tok wan rakan karib MMI pun kata BUANG MASA masuk BN !! Hihihi..Husam marah laa dia nak jadi menteri besar Kelantan yang ampa dok gelak pasai apa ???

MMI.

Thursday, 9 May 2013

TERKINI Pembangkang TOLAK Keputusan Pilihanraya ~ PULAU PINANG & SELANGOR Kini Tiada Kerajaan ?!!!


Nampaknya pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim secara jelas sudah pun membuat pengakuan secara terbuka iaitu semua keputusan pilihanraya bagi semua kawasan tidak di terima.Perhimpunan haram yang diadakan malam tadi di stadium Kelanajaya merupakan bukti bahawa pembangkang tidak mahu mengakui keputusan yang dikeluarkan oleh SPR.

Serentak dengan itu semua keputusan di seluruh negara tidak diterima.Maka dengan rasminya pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor tidak akan menubuhkan kerajaan.

Macam mana pandangan ampa semua ? Betul ke apa yang MMI catatkan tu ?

Nak gelak sikit kihkihkih hanya mereka yang buta hati sahaja sanggup meredah hujan dan berhimpun semalam.Amat malang kerana mereka yang hadir itu telah di tipu hidup-hidup oleh Anwar dan juak-juak macainya.

Macam mana dengan Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan ??
Perhimpunan bantah apa sebenarnya ? Jika dilihat dari apa yang berlaku jelas sekali ianya hanyalah satu lagi sandiwara Anwar bagi menutup sumpah dan janjinya untuk berundur dari arena politik sekiranya GAGAL menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 ini.

Malah pernahkah mereka yang berhimpun itu sedar Guan Eng di Pulau Pinang sudah pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sedangkan apa yang berlaku semalam adalah satu bantahan terhadap keputusan PRU13 ??

Apa yang bangsat ini mahukan sebenarnya ??
Guna otaklah sikit semua proses pengundian menggunakan sistem yang sama dan semua saluran peti undi sama ada DUN mahupun Parlimen juga menggunakan proses pengundian yang sama.Jadi amat aneh sekali apabila keputusan di peringkat persekutuan cuba dipertikaikan oleh Anwar sedangkan keputusan di peringkat negeri di terima.

Nampak sangat bangsatnya puak-puak ni cuba melakukan huru hara demi kepentingan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Tak ada fatwa apa-apa ka dari Nik Ajiz ? Bercampur aduk ni !!
MMI cabar puak-puak macai pembangkang jika benar keputusan PRU13 ini tidak di terima maka minta dengan segera Guan Eng untuk menarik balik angkat sumpahnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan di Selangor juga harus melakukan perkara yang sama.Jangan lupa Kelantan juga harus bersama-sama dengan boikot ini.

Ada brani ?? Kalau setakat berhimpun tetapi dalam masa yang sama 3 negeri tersebut kelam-kelibut pakat angkat sumpah nak tubuh kerajaan jangan sembanglah bro !!

MMI.

Labels