Pertamanya jangan ada mana-mana pihak dari UMNO mahupun BN yang salah tanggapan dengan entri MMI kali ini.Memang pilihanraya baru sahaja selesai dan keputusan sudah pun di ketahui oleh semua pihak.Maka sudah semestinya keputusan di Pulau Pinang masih seperti mana 2008 yang lalu.
Walaupun BN tidak dapat menubuhkan kerajaan sekurang-kurangnya pilihanraya kali ini Pulau Pinang telah menyumbang kepada YAB Datuk Seri Najib 3 kerusi parlimen.
Bukan sesuatu yang mudah apabila kita berdepan dengan majoriti pengundinya adalah kaum Cina yang dari awal lagi kita tahu sering berubah-rubah pendiriannya.Oleh yang demikian Pulau Pinang sebenarnya sudah pun memberikan gambaran secara menyeluruh bahawa kaum Cina sebenarnya menolak Barisan Nasional.
Penolakan ini dapat di lihat apabila tidak ada satu pun kerusi dari rakan komponen BN menang melainkan kerusi yang ditandingi UMNO.Itu pun bagi sesetengah kawasan yang telah pun kita kenal pasti sebagai kawasan majoriti Melayu.
Isu penolakan pengundi kaum Cina ini sudah menjadi topik paling panas sejak beberapa hari ini dan bagi MMI biarlah mereka dengan keputusan mereka kerana kita sebagai kerajaan harus bijak menanganinya.Malah tidak salah rasanya kalau hari ini kerajaan memberikan penumpuan kepada mereka dan kawasan yang memberikan sokongan kepada kerajaan.
Jangan pula kerana pengundi kaum Cina tidak menyokong kerajaan maka segala tumpuan selepas ini di arahkan kepada mereka dengan tujuan untuk mendapatkan kembali sokongan tersebut.Untuk makluman jangan lagi kita di tipu oleh mereka kerana MMI faham benar sikap puak-puak ini khususnya di Pulau Pinang.
Pesanan MMI jangan sesekali mengabaikan pengundi yang telah pun menunjukkan taat setianya kepada parti kerana mereka bukan sahaja ahli parti tetapi merupakan pejuang yang harus kita bela dan pelihara.
Seperti yang semua tahu hanya UMNO yang memenangi 10 kerusi DUN di Pulau Pinang.Malah kawasan-kawasan lain juga sebenarnya berpotensi untuk menang seperti Seberang Jaya , Jawi dan Sungai Bakap.Namun ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan tersebut mungkin pada pandangan MMI sendiri kerana faktor calon dan juga isu-isu kawasan khususnya tindakan swing pengundi kaum Cina maka kawasan tersebut kalah.
Apa pun rakyat Pulau Pinang sudah bersuara melalui kotak undi dan mereka secara totalnya menolak Barisan Nasional.
Maka dengan keputusan itu Pulau Pinang kini kekal di bawah Pakatan Haprak melalui DAP sebagai parti teras mengemudi kerajaan negeri bagi penggal kedua.
Sebagai rakyat , MMI menghormati keputusan yang telah dibuat kerana inilah sebenarnya sistem demokrasi yang seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka.Apa pun kaitannya keputusan tersebut adalah keputusan rakyat dan telah pun di sahkan oleh SPR.
Pada pandangan MMI sebagai blogger yang mengikuti arus politik Pulau Pinang , keputusan PRU13 ini merupakan keputusan yang seharusnya dijadikan sebagai pemangkin kepada parti UMNO untuk melakukan satu perubahan secara drastik supaya ianya terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan nasib Bangsa , Agama dan Negara tanpa menidakkan bangsa-bangsa lain.
UMNO kini perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi boleh mendabik dada untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di peringkat negeri sekiranya kawasan yang ditandingi tidak mampu menyumbang sebarang kerusi kepada parti mahupun Barisan Nasional.
Dalam keadaan sekarang yang paling penting adalah memperkuatkan parti dan memberikan harapan kepada mereka-mereka yang tetap setia bersama parti walau dalam keadaan apa sekalipun.
Maka kerana itu MMI merasakan UMNO perlu memilih kepimpinan utama bagi menerajui negeri dari kawasan yang menyumbang kerusi kepada parti.Kita mempunyai 3 kawasan yang telah membuktikan taat setia mereka kepada parti iaitu Kepala Batas , Tasek Gelugor , Balik Pulau dan satu di Nibong Tebal.
Jika di hitung jumlahnya UMNO mempunyai 13 kepimpinan yang mempunyai status menang atau di pilih rakyat.Maka di kalangan mereka-mereka inilah yang seharusnya di berikan amanah dan tanggungjawab bagi menerajui UMNO negeri.
Selain dari itu Barisan Nasional juga perlu di rombak , malah seharusnya kali ini Barisan Nasional Pulau Pinang harus di pimpin oleh pemimpin dari kalangan UMNO kerana rakan komponen lainnya tidak mampu menyumbang sebarang kerusi dalam PRU13 yang lalu.
Menang pahit untuk di terima tetapi inilah sahaja caranya untuk kita memperkemaskan kembali jentera UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang.Bukan alasan mahu merampas mana-mana jawatan tetapi ianya harus selari dengan apa yang bakal kita tempuh dalam masa 5 tahun yang akan datang.
Biar seluruh negeri bergema dengan fitnah kononnya UMNO mahu merampas Pulau Pinang kerana yang penting kita mahu kembalikan kekuatan.Jangan takut untuk lalukan perubahan ini kerana tanpa perubahan pun Pulau Pinang tetap milik pembangkang.
Seperkara yang harus pihak-pihak tertentu faham adalah MMI bukan menidakkan keupayaan mereka-mereka yang lain tetapi sesuatu harus di lakukan supaya UMNO bukan sahaja dapat memperkuatkan jenteranya tetapi juga mengembalikan maruah parti yang selama ini tercalar.
Percayalah MMI bukan menidakkan kepimpinan yang lain tetapi ini adalah suara akar umbi yang telah berkumandang sejak 2008 yang lalu.
Untuk kembali berjaya sesuatu harus dilakukan...
Keputusan PRU13 Pulau Pinang Klik Sini
MMI.
Saya tertarik dgn entri ini.
ReplyDeleteSaya tinggal di kws Tg Tokong (dekat masjid karwa). Sebelum ni suami sy terfikir nak join Gerakan sbb dia India Muslim. Tp sy ni org Melayu jd sy kata klu nak pejuangkan Islam, baik join UMNO. So tahun lepas dia pun pergi ke mesyuarat agong UMNO cwg kami dan isi borang. Sebagai seorang professional, dia amat kecewa dgn cara mesyuarat tu dijalankan. Dah la pengerusinya tak hadir, lapuran kewangan takde details. Mesyuarat sekadar gelak2 je. Masa musim PRU13, dia tak dapat sebarang surat pengumuman utk sebarang aktiviti.
Saya jd turut kecewa. Kws petempatan orang Melayu di sekitar masjid karwa dan masjid Tuan Guru tu banyak potensi utk penambahbaikan samada dr segi taraf hidup mahupun pembangunan ekonomi (contohnya tapak pasar malam kat situ).
Kalaulah pemimpin UMNO kat situ benar2 jalankan peranan, pasti boleh kurangkan undi kpd PKR.
Saya juga harap UMNO Penang bekerjasama eratlah dgn KIMMA.
Sy sgt tertarik dgn entri ini. Sudah lama difikirkan. PRU13 adalah ms yg sesuai utk UMNO buat rombakan menyeluruh. Pemimpin2 tegar dlm UMNO bhgn perlu berundur. Sudahlah tidak dilatih atau digilap pemimpin2 pelapis, sekiranya ada yg berkebolehan, dicantas dgn segera. Apa pny perangai. Sudah2 la tu. Undur dan jd penasihat. Jgn undur dan jd pembangkang plak. Di tmpt sy ada 1 cth yg sgt baik. Suami pesara kerajaan. Wife ngo. X dpt jwtn kt tmpt tu,dia msuk UMNO bhgn lain. Lps laki dia bersara, dia hrp laki dia diberi peranan dlm umno cwngan setempat. Tp xdak. Ank plak keja MPPP. Katanya bgus keja skarg. Telus. Skali the whole family kalih. X kenang budi. FYI, umno cwngan tu buat pemilihan pn x sah. Ketua cwngan situ pnh ada kes raba ank dara org. Mcm mn org nk respek?? Keja xdak. Bnda mcm ni pn perlu dilihat.. buat pemutihan dan pembersihan. Cwngan kalau bnyk sgt pn tp x kualiti nk buat apa. Remain yg betul2 berkualiti. Sy kurg setuju dgn admin yg nk propose seat pengerusi BN dr UMNO. Pengerusi perhubungan UMNO pn x main peranan sgt. Performance x outstanding. Tp xnak letak jwtn pulak. Inilah mslh UMNO. Semua nk dok tongkat langit. Dh la tu, idea org2 muda xmau dengaq. Dok kata depa ja bijak. Sbb terlebih mkn garam smp kena drh tggi. Sedarlah wahai pemimpin UMNO yg x brapa berjasa pn..
ReplyDelete