Followers

Wednesday 1 May 2013

PANAZZ Isyarat Awal BN Permatang Pauh Menang ~ Anwar Terkedu ?!!! #PRU13 #PG13 #TolakPR #BetterNation


Meletakkan Dr Mazlan Ismail sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi P044 Permatang Pauh jelas merupakan perhitungan terbaik yang pernah di lakukan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional.Semenjak PR menang di Permatang Pauh menewaskan UMNO agak sukar bagi Barisan Nasional untuk memecahkan apa yang dipanggil sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim ini.

Namun kini segalanya bakal berakhir dalam masa tak sampai 4 hari saja lagi , rata-rata pengundi dan penduduk di Permatang Pauh sudah pun bersedia untuk melakukan satu perubahan yang bakal menjamin masa depan rakyatnya.Malah dalam kem pembangkang sekalipun nama Dr Mazlan cukup popular dan mereka yang sememangnya mengenali Dr Mazlan sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk mengundi Dr Mazlan.

Dari pengamatan MMI sendiri setakat entri ini di tulis peluang untuk Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi beliau di Permatang Pauh amat tipis , beliau tahu keadaan sebenar dan kini sedang berdepan dengan satu jentera yang cukup baik dari Barisan Nasional yang di ketuai oleh Dr mazlan sendiri.

Jika di tinjau dari gerak kerja Anwar sendiri sebagai calon P044 Permatang Pauh , jelas ianya bukan lagi gerak kerja untuk mencipta kemenangan tetapi gerak kerja menutup kelemahan yang selama ini langsung tidak pernah di ambil peduli.

Kini rata-rata rakyat Permatang Pauh bangun bersuara melahirkan rasa kurang senang mereka khususnya tentang untung nasib rakyat Permatang Pauh selama ini .

Melihat kepada kehadiran Anwar baru-baru ini dalam satu program ceramah di Ampang Jajar jelas sekali memperlihatkan betapa terdesaknya beliau untuk mempertahankan Permatang Pauh.


Untuk makluman dalam ucapannya Anwar turut menyentuh tentang beliau perlu berada di kawasan-kawasan lain kerana diperlukan bagi kempen pilihanraya maka sudah tentu masa beliau di Permatang Pauh amat terhad.

Alo brader , kalau betullah kena jaga satu Malaysia jalan sajalah kenapa nak kena main sandiwara minta izin semua ? Sebelum ni bukan selalu ada Permatang Pauh pun tak pula minta izin ? Lagi sekali Anwar main politik longkang.

MMI nak kongsi dengan ampa semua , cita dia sudah ada berita dan permintaan dari jentera parti PKR sendiri yang minta supaya Anwar segera turun berkempen di Permatang Pauh.Kerana kehadiran calon Barisan Nasional kali ini bukan calang-calang orang dan beliau di terima oleh kebanyakkan rakyat dan pengundi di sana.

Anwar yang kononnya bijak politik ni pun main wayang dan turunlah berceramah di Ampang Jajar kemudiannya main sentimen kononnya rakan-rakan di kawasan lain perlukan beliau.Kihkihkih setakat hari ini tak dengaq la pula DAP perlukan Anwar untuk kempen mereka ?

Apa yang pasti Anwar GAGAL dalam ceramah di Ampang Jajar baru-baru ini..Jika dibandingkan dengan sebelumnya hampir pasti puluhan ribu bakal membanjiri ceramah beliau maklumlah pemimpin anugerah tuhan yang jarang-jarang ada kawasan tapi di Ampang Jajar keadaannya amat berbeza tak sampai 5 ribu yang hadir.

Kena ingat dalam 5 ribu tu juga ada segala-galanya termasuklah mereka-mereka yang mungkin anda tak kenali.Hihihi ampa pandai-pandai agaklah noo..jangan lupa tolak pengundi dari luar kawasan Permatang Pauh sama..Jadi nak sembunyi apa lagi ?

Anwar sendiri sebenarnya dah tahu bahawa PKR akan kalah dalam pilihanraya ke13 ini khususnya beliau sendiri di Permatang Pauh.Cuma satu pesan MMI hati-hati dengan gerakan pembohong dan fitnah yang sudah pasti akan dilakukan oleh juak-juak macai pembangkang demi menyelamatkan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Buat rakyat dan pengundi Permatang Pauh bulatkan tekad , sematkan azam di hati tempoh berbaki 4 hari lagi kita pastikan calon P044 Permatang Pauh Dr Mazlan Ismain dari Barisan Nasional menang supaya nasib anak bangsa dan penduduk Permatang Pauh dapat menerima perubahan yang jauh lebih baik dari hari ini.

Apa yang pasti BN sudah menang di Permatang Pauh !!

Hidup BN !!

MMI.

3 comments:

  1. Selepas pru12 bn terpaksa berubah mengikut kehendak akar umbi. selepas pru13 semua kepimpinan pas pkr dap terpaksa kita ubah. UBAH pamimpin kita dulu. pru13 mari kita undi BN supaya pas pkr dap berubah.

    ReplyDelete
  2. pengundi sg. bakap2 May 2013 at 16:32

    orang kalau dah dicalonkan tang mana dia kena calon, patut kena tunjuk muka la tang tempat tu, bukan kena calon di PEnang tapi dok selalu tunjuk muka di Sabah & Sarawak. Psikologi pengundi kat mana-mana pon akan undi calon yg selalu turun padang, bukan calon hat yang pong pang pong pang ceramah dalam youtube atau internet saja. Kepada Dr. Mazlan saya doakan anda dan BN menang pada kali ini.

    ReplyDelete
  3. Eh.... siapa lak yg terkedu la ni... camna hampa buat keje ni. DSAI masih menang.. hampa malas, cakap je pandai... tengok. malu aku jadi org BN.

    ReplyDelete

Labels