Followers

Wednesday 1 May 2013

The Rise Of The Red Bean Army ~ BEWARE !!!

Gambar Hiasan

Sebelum kita melangkah lebih jauh MMI nak berpesan kepada semua tentang jentera dan peperangan dunia baru.Jangan salah faham dunia ini bukannya planet atau mana-mana dunia lain selain bumi tetapi satu medan baru yang terbuka luas malah tidak ada sempadan dan siapa sahaja mampu terlibat.

Namun begitu dalam dunia ini ada perbezaannya dan perbezaan itu hanya dipisahkan dengan satu perkara sahaja iaitu sama ada seseorang itu tegar atau tidak.Rasanya pasti pembaca semua faham apa yang MMI maksudkan.

Dunia yang MMI maksudkan ini adalah dunia siber atau dunia maya atau apa saja yang ampa semua labelkan asalkan ianya merujuk kepada peperangan dalam media baru.Maka semenjak 2008 yang lalu peperangan dalam dunia maya sebenarnya sudah pun bermula dan permulaan ini menyebabkan Barisan Nasional lumpuh di beberapa negeri dan hilang 2/3 kuasa majoriti di peringkat persekutuan.

Begitulah hebatnya dunia maya ini dan ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh sesiapa saja khususnya parti-parti politik.Maka sedar dari kelemahan itu Barisan Nasional melalui UMNO bingkas bangun mempersiapkan jentera media barunya dengan tujuan menangkis serangan-serangan yang dilakukan oleh cybertroopers pembangkang yang pada ketika itu berleluasa di medan perang tanpa menghadapi tentangan dari pihak yang di serang.

Bertitik tolak dari situlah jentera media baru UMNO seterusnya Barisan Nasionak di persiapkan bagi menghadapi serangan , tohmahan serta fitnah dari pihak pembangkang dalam pelbagai keadaan.

Namun MMI bukan mahu menceritakan tentang jentera media baru UMNO mahupun Barisan Nasional tetapi entri ini berkaitan tentang cybertroopers pembangkang yang diwujudkan oleh DAP dan mereka di labelkan sebagai The Red Bean Army.

Red Bean Army iaitu sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas.   Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000.   Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur.Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

1.Menyerang laman web pro-kerajaan,

2.Menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,

3.Menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,

4.Mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,

5.Menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,

6.Mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,

7.Menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.

Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar.  Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat.

Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa.  Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu.   Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato’ Michelle Yeoh.  Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini.  Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara ‘maya’ tetapi secara langsung juga.  Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan ‘dipanjangkan’ kepada keluarga dan periuk nasi mangsa.  Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan ‘tiada pilihan’.

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan.   Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi ‘milik’ Anwar Ibrahim.  Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam ‘perang menentang kerajaan’.   Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi.

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini.  Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam.

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu.  Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti.  Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya.  Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya.  Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk ‘membunuh orang’.

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP.

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet.  Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan ‘spam’ supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber.

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya.  Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah ‘dibeli’ kerajaan.

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka.  Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah baru-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak.

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini?

Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini.  Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat?  Wang pembayar cukai?   Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti?  Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP?   Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK)?sumber



Barangkali inilah antara puncanya mengapa Guan Eng di Pulau Pinang tidak mampu membina rumah mampu milik bagi penduduk dan rakyat Pulau Pinang ? Kepada semua warga Pulau Pinang beringatlah kerana setiap undi anda nanti bakal menentukan sejauh mana nasib kita seterusnya.

Kepada semua suka MMI nyatakan kita sedang berjuang dan perjuangan ini penuh dengan ranjau dan durinya.Medan yang terbuka luas tanpa sempadan ini perlu dipertahankan dan semuanya di lakukan demi sebuah legasi perjuangan yang diamanahkan kepada kita oleh mereka yang terdahulu.

Mungkin dulunya pahlawan-pahlawan kita menggunakan keris dan tombak untuk berperang tetapi ingatlah zaman sekarang segalanya berubah keris dan tombak sahaja tidak cukup kerana jari-jemari dan akal anugerah tuhan perlu di gembleng bersama untuk mempertahankan perjuangan anak Bangsa,Agama dan Negara.

MMI.

2 comments:

  1. Mereka akan tumbang juga...hehehehe nama samaran mereka diketahui.

    hehehehe hello Alfonso, hello Maximus, hello jeneral droid, anakin...eh king of saxon pun ada! lu orang tak mau tukar password ka???

    ReplyDelete
  2. hELLO mR. Bean... Jahanam lu

    ReplyDelete

Labels