Followers

Wednesday 15 May 2013

Zul Nordin CABAR MELAYU BANGSAT !!


Nampaknya isu Melayu bangsat yang dah lupa asal usul dan adab budaya orang Melayu masih belum selesai.Orang besar Air Asia ini rasanya dah melampau kerana tindakannya bukan sahaja mengguris hati ramai orang Melayu di luar sana tetapi membuktikan beliau adalah produk yang tersilap acuan.Kesilapan itu kerana acuan yang sedia ada di tinggalkan demi sebuah perjuangan yang kononnya lebih sofistikated maka lahirlah Azran , Melayu yang kononnya berjaya dan maju tetapi jauh tertinggal dan lupa sejarah asal usul sendiri.Baca Sini 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di akhbar tersebut melalui akaun Twitternya.

Sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘

Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta lain,’’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.

Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut mempertahankan laporan tersebut.

Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis.  

‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.

Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.

‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan fitnah,’’ katanya.sumber 

Psst semalam sahaja sudah semakin ramai mereka-mereka diluar sana yang sudah pun mengaku untuk memboikot Air Asia selagi mana manusia bernama Azran masih lagi terlibat dengan mereka.Kepada Tony dan sesiapa saja dalam Air Asia sendiri mau ingat !!

MMI.

12 comments:

  1. Tak susah kita kan ada MALINDO...kita seru semua guna perkhidmatan MALINDO...Saya pun akan guna MALINDO...biar pandan muka AIR ASIA.

    ReplyDelete
  2. air asia boleh bongkak sebab tak ada competitor, tunggu lah bila malindo air dah mula, tahu lah ko,...kepada Azran tu ko sedarlah ko sapa kalau tak da org melayu menyokong kerajaan dan utusan yang menjadi lidah kerajaan, kau tak kan dapat belajar, kerja macam tu,ingat lah wahai azran,hati orang melayu akan terluka dengan cara ko tu,. kita guna malindo air baru dia tau... sombong sangat.

    ReplyDelete
  3. orang melayu akan mula guna malindo air sebab tak suka dengan sikap sombong si Azran,.. melayu tak sedar diri, lu mana kampong mali,,balu mau senang hilup sudah lupa lu punya loot ke,,, lu melayu looo...

    ReplyDelete
  4. P.H.D perangai hasad dengki !tu sbb org2 melayu x bole maju dn berjaya.mana melayu yg berjaya lagaknye paling terok dp negro..kene kritik x bole tp hnya pandai mengkritik..kita org2 melayu muslim dn kene dn harus bersatu dn buangkn sikap2 negatif yg ujud dp zaman sultan melaka dulu.!

    ReplyDelete
  5. tak pa air asia..... banyak paper lain lagi bole amik iklan ko..... dont worry.... bila sale kurang nanti.. buat promosi gila2.. nak takut apa... mcdonald yang bayar kat yahudi pun ramai org melayu islam makan... nak risau apa.. rezeki kat tangan tuhan, bukan kat tangan manusia....

    ReplyDelete
  6. bukan utusan yang kata tapi si sombong tu yang nak tarik iklan dari utusan, ajiero 21.15 salah baca tu.. itu nama nya sombong si Azran
    malindo dah mula operasi, kita naik malindo...
    bye bye air asia,
    kita pun patut sokong lain lain punca untuk kayakan orang melayu...kerana sikap sombong orang lain dah melampau sangat...

    ReplyDelete
  7. Jika macam ini pemikiran CEO Air Asia X, mungkinkah pemikiran pengurusan atasan Air Asia juga sama? Ibarat melepaskan anjing tersepit. Jika pengurusan atasan AirAsia tidak mengambil sebarang tindakan pembetulan, maka lebih baik semua orang boikot AirAsia. Kepada semua pembaca Utusan Malaysia, eloklah pilih syarikat penerbangan Malindo atau lain-lain. Kita ada kuasa beli yang besar jika bersatu. Perlu ajar orang yang sombong dan bongkak yang menyalahgunakan kuasa korporat sebagai CEO untuk mengugut pihak lain supaya tunduk dengan doktrin kolonial.

    ReplyDelete
  8. aku pernah nak kapal terbang air asia, gegarnya kalau tak biasa travel dengan kapalterbang membimbangkan...kecut perut, tapi dah sebab murah..terima saja le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai alternatif, saya syorkan guna Firefly & Malindo Air utk penerbangan dalam negeri dan MAS utk international. Semenjak tersiarnya twitter malaun azran tu, saya telah batalkan tempahan dgn air asia. Saya kerap berulangalik ke Sabah & Sarawak atas urus business. Jadi saya gunakan Malindo Air.

      Delete
  9. Engkau orang jangan terasa hati dengan bliau seorang saja, kes-kes macam ni dah ada banyak dalam setiap agensi kerajaan di mana setiap insan yang menyokong krajaan dianggap tidak maju, ortodoks dan pak turut sedangkan yang menentang kerajaan adalah educated, up to date, rasional dan tidak perkauman dan boleh beri kesamarataan dalam segala bidang kepada kaum lain. Inilah pemikiran insan yang hanya penting diri sendiri dan tidak perhatikan sejarah bangsa dan survival bangsa mereka. Mereka nampaknya suka dengan cara meritokrasi ala jiran seberang. tetapi lihatlah meritokerasi mereka cenderung membantu species mana?? Tidakkah rasional itu mengundang kezaliman yang tidak terampun?? Inikah yang dihajati oleh cendekiawan prtengahan kita yang menolak kerajaan walaupun dah berjasa banyak kepada mereka.???

    ReplyDelete
  10. Ini negara demokrasi kan? kenapa bila Azran hanya mengeluarkan pandangan peribadi dia, semua nak meroyan? nak tarik balik keistimewaan? comeon lah... itu hanya personal view masing2.. jangan lupa lebih dari separuh.majoriti rakyat malaysia menyokong PR, tak mustahil ramai lagi berpendapat yang sama, Cuma disebabkan Azran ni CEO airasia X.. semua nak butthurt.. pui..

    ReplyDelete
  11. sokong PR ke atau di kencing PR,..cuba buat analisa sebenar, siapa sokong siapa...kaji data, bukan demo kat jalan, itu tak da makna, what is 100k versus 28000k..(susah sangat 28 juta la)...nothing, not even a dust in the air..

    ReplyDelete

Labels