Followers

Showing posts with label Zulkifli Nordin. Show all posts
Showing posts with label Zulkifli Nordin. Show all posts

Friday, 19 July 2013

BREAKING NEWS NGO Islam Serah Memorandum Di Keduataan Vatican City !!


Selepas selesai menunaikan solat Jumaat tengahari tadi beberapa kumpulan NGO Islam yang di ketuai oleh JATI dan PERKASA telah berkumpul dan berarak ke Kedutaan Vatican City di Jalan U Thant, Ampang Hilir.

Antara yang bersama-sama kumpulan NGO Islam ini adalah Datuk Hassan Ali , Ibrahim Ali , Zulkifli Nordin , Hafiz Nordin dan mereka yang bersama-sama dengan PERKASA dan JATI. 

Mereka di jangka akan menghantar memorandum bantahan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino berkenaan sokongan beliau terhadap Gereja Katholik mengenai penggunaan kalimah Allah di dalam bible dan keceluparan Bishop Joseph mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Malaysia.





Sekalung penghargaan buat mereka yang turun menyatakan bantahan dan mengemukakan memorandum tersebut.Sekurang-kurangnya NGO Islam ini bersuara , yang lain pi mana habih ???

MMI

Tuesday, 28 May 2013

Rakyat Perlu BACA Hujah Bekas Orang Anwar Ni !!!


Beliau dulunya antara orang kepercayaan Anwar dan orang yang mempercayai Anwar.Dua perkara yang berbeza disini antara mempercayai dan dipercayai.Zulkifli Nordin yang baru-baru ini kalah dalam pilihanraya di Shah Alam bertanding dengan Khalid Samad merupakan seorang pemimpin yang jika di kira gerak kerjanya sebelum sedar atau tersedar dari perjuangan bersama pembangkang adalah seorang ekstremis yang bukan sahaja mampu menggugat negara tetapi mampu meragut nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Mungkin bagi sesetengahnya terkejut dengan kenyataan MMI tersebut namun itulah hakikatnya kerana Zulkifli Nordin pernah di tugaskan oleh Anwar untuk mengetuai satu kumpulan dengan matlamat dan misinya mencetuskan huru-hara dengan mengebom salah satu stadium di ibu negara.

Paling menarik pada ketika itu Zulkifli Nordin yang kita ketahui seorang peguam dan mempunyai daya kecerdikan yang berada di kedudukannya yang tersendiri boleh sanggup menggadaikan diri dan juga nyawa rakyat lainnya demi sebuah perjuangan politik dan dakyah manusia bernama Anwar Ibrahim.

Hairan bukan ? Namun rakyat Malaysia beruntung kerana pada ketika beliau sedang bergerak untuk menyempurnakan misinya pihak keselamatan telah menahan beliau dan tindakan itulah yang memisahkan diantara kekacauan dan keamanan yang kita nikmati hari ini.

Malah disinilah Zulkifli Nordin benar-benar tersedar yang akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan sebuah perjuangan songsang lagi jijik pembangkang.

Begitulah serba sedikit apa yang MMI boleh ceritakan namun entri ini bukan soal siapa Zulkifli Nordin tetapi hujah beliau yang MMI rasa rakyat perlu baca dan fahami.

Salam 2 all.

Tawaddhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan!

Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.

Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah didalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13), telah mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula!

Malah rakan karibnya Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Anwar mengkhianati perjanjian yang dimeterai bahawa Anwar bersedia menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU-13.

Anwar sekarang bertindak seperti seorang yang sudah meroyan - menang jadi abu, kalah jadi arang. Tidak kira apa akan jadi kepada negara, diheretnya segelintir rakyat dan cauvinis yang terpedaya dengan janji dan temberangnya ke jalanraya. Malah ada parasit dan cauvinis yang kini bercita-cita mau menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib yang sah dipilih rakyat melalui politik jalanraya.

Dan asas pengisytiharan kemenangan Anwar itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS) melebehi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional!

Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk dibanyak negara maju lain saperti Britain) ialah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.

Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan!

Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan Kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalanraya; setelah mereka ditolak didalam pilihanraya!

Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia dimana Najib menentang Anwar, keputusannya saperti berikut:

Set 1 – Najib 21 Anwar 19;
Set 2 – Anwar 21 Najib 03;
Set 3 – Najib 21 Anwar 19.

Apabila referee mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan poin pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 poin atau 43% daripada keseluruhan poin pertandingan!

Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton samada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung!

Kerana apa?

Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah poin yang dikutip!

Begitu jugalah dengan Pilihanraya Umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip!

Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia!

Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat.

Isunya, benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-PAS memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos bayang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya?

Mari kita lihat analisa berikut:

1. UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK

Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Partai Islam SeMalaysia (PAS).

BN menggunakan lambing Dacing, DAP lambing Roket, PKR lambing Mata-satu, dan PAS lambing Bulan.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.

Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding.

Kita tengok carta keputusan PRU-13 saperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%):

Parti bertanding
BN
(Dacing)
PAS
(Bulan)
PKR
(Mata-satu)
DAP
(Roket)
LAIN-LAIN
(Pelbagai)

Jumlah undi
5,237,699
46.53%
1,633,389
14.51%
2,254,328
20.03%
1,736,267
15.42%
192,904
1.71%
Jumlah kerusi
133
21
30
38
0


Jelas daripada carta diatas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah saperti berikut:

BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699;
PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;
DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;
PAS tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;
Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;
Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560.

Jadi dimana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-PAS sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan putar-belit kerana:

DAP-PKR-PAS bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera diatas kertas undi ialah lambang Roket (DAP)-Bulan(PAS)-Mata Satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang;

Ada konstituensi dimana berlaku pertandingan sesama sendiri diantara DAP-PKR-PAS; saperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain;

Gabungan DAP-PKR-PAS sebagai Pakatan Rakyat tidak wujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun!

Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun PAS!

Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan!

2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI?

Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya seperti berikut:

BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);
PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);
DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);
PAS dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);
Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);
Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.

Persoalannya ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42% sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah perkiraaan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua terbanyak?

Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!

Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?

Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!

3. UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT

Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihanraya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!

Kerusi Parlimen P.044 Permatang Pauh

PRU
JAWATAN
PARTI
LAWAN
MAJORITI

1990
PRU-08
Menteri
BN
Mahfuz Omar
PAS
16,150
1995
PRU-09
Timb Perdana Menteri
BN
Abd. Rahman
(DAP)
23,515
2008
PRK-12
Penasihat PKR
PKR
Dato’ Arif Shah
(BN)
15,671

2013
PRU-13
Ketua Pembangkang
PKR
Dr. Mazlan
(BN)
11,721


Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada Barisan Nasional. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon PAS Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.

Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.

Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.

Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 telah dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding dibawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding didalam Pilihanraya Kecil dibawah lambang Satu-mata PKR.

Anwar memenangi PRK tersebut pada bulan Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato’ Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-09 (1995).

Dalam PRU-13 pada 05.05.2013, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan sebanyak 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan sebanyak 11,794 undi berbanding dengan PRU-09 semasa bertanding sebagai calon BN.

Apa makna semua ini?

Maknanya undi popular Anwar sendiri dikerusi tradisionalnya makin merosot dan merudum. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR.

Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak-sah pembangkang telah menang undi popular untuk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!

4. UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT

Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Dato’ Sri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 (1999) dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.

PARLIMEN P.80 – PEKAN

PRU
PARTI
JAWATAN
MAJORITI

2004
(PRU-11)
BN
Timbalan Perdana Menteri
22,922
2008
(PRU-12)
BN
Timbalan Perdana Menteri
24,464
2013
(PRU-13)
BN
Perdana Menteri
35,613


Mengikut carta diatas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11 (2004).

Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)!

Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum dan merosot!

Saya cukup yakin kalau diadakan pemilihan Perdana Menteri berdasarkan undi popular, rasanya Anwar Ibrahim kalau tidak hilang deposit pun, mungkin jatuh merudum jumlah undi yang diperolehi berbanding Najib!

5. SISTEM PILIHANRAYA YANG SAMA

Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan Sistem Pilihanraya yang sama telah digunakan semasa Anwar didalam Barisan Nasional.

Sistem Pilihanraya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sistem Pilihanraya yang sama yang menjunjong Anwar selama 16 tahun didalam Barisan Nasional sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!

Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem Pilihanraya Malaysia, mahupun SPR?

Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan Sistem Pilihanraya Malaysia?

6. ANWAR DITOLAK PAS

Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dikalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan.

Ini adalah jelas apabila Majlis Syura’ PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari.

Malah Muktamar Agong PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!

RUMUSAN

Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang memenangi PRU-13 dan sekaligus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.

Pertama, sistem pilihanraya Malaysia ,enggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk Kerajaan.

Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.

Kedua, Malaysia, saperti juga di negara maju lain didunia saperti Britain, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihanraya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-PAS adalah tidak menasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan symbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesame mereka dibeberapa kerusi!

Keempat, undi popular Dato’ Sri Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popularAnwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum dan merosot sejak terkeluar daripada BN dan bertanding menggunakan lambang Mata-Satu!

Kelima, sistem pilihanraya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya semakin lama makin jauh!

Keenam, parti komponen terbesar pembangkang iaitu PAS sendiri menolak Anwar sebagai bakal calun Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot dan merudum, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggiri dan diketepikan.

Apa yang merbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih secara telus, transparen dan jelas oleh rakyat dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini!

Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit, jijik dan kotor ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin oleh Dato’ Sri Najib dibawah Kerajaan Barisan Nasional.

Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar Ibrahim memang seorangpembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!

Pembohong – Anwar berjanji akan berundur dan bersara daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!

Putar belit – Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu ‘undi popular’ sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

Kepada Anwar, hentikan politik pembohongan dan putar-belit ini! Berundurlah secara terhormat sebelum dihalau oleh rakyat secara tidak terhormat!

Wallahua’lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Isnin
17 Rejab 1434
27 Mei 2013

#Seperkara yang harus kita ingat adalah Zulkifli Nordin merupakan antara orang kepercayaan Anwar Ibrahim satu ketika dulu dan beliau tahu bagaimana Anwar menggunakan orang lain demi mancapai cita-cita politiknya.Malah Anwar mempunyai kemampuan kewangan yang cukup hebat malah jika di hitung kedudukan kewangannya sudah pasti jauh melebihi dari gaji seorang perdana menteri.

Persoalannya mengapa Anwar masih mahu menjadi perdana menteri ?? 

Hati-hati dengan setiap yang anda dengar kerana di sebalik manusia bernama Anwar , berdirinya pelbagai jenis wajah lain yang hanya menanti masa terbaik untuk bertindak.

MMI.

Wednesday, 15 May 2013

Zul Nordin CABAR MELAYU BANGSAT !!


Nampaknya isu Melayu bangsat yang dah lupa asal usul dan adab budaya orang Melayu masih belum selesai.Orang besar Air Asia ini rasanya dah melampau kerana tindakannya bukan sahaja mengguris hati ramai orang Melayu di luar sana tetapi membuktikan beliau adalah produk yang tersilap acuan.Kesilapan itu kerana acuan yang sedia ada di tinggalkan demi sebuah perjuangan yang kononnya lebih sofistikated maka lahirlah Azran , Melayu yang kononnya berjaya dan maju tetapi jauh tertinggal dan lupa sejarah asal usul sendiri.Baca Sini 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di akhbar tersebut melalui akaun Twitternya.

Sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘

Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta lain,’’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.

Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut mempertahankan laporan tersebut.

Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis.  

‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.

Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.

‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan fitnah,’’ katanya.sumber 

Psst semalam sahaja sudah semakin ramai mereka-mereka diluar sana yang sudah pun mengaku untuk memboikot Air Asia selagi mana manusia bernama Azran masih lagi terlibat dengan mereka.Kepada Tony dan sesiapa saja dalam Air Asia sendiri mau ingat !!

MMI.

Monday, 18 March 2013

Lagi Gambar & Video Pencacai PKR Merusuh Di Permatang Pauh !!


Suasana di Guar Perahu Permatang Pauh ibarat pilihanraya kecil semalam , MMI yang turut berada di lokasi menyaksikan sendiri bagaimana cai-cai PKR bertindak agresif mengganggu program ceramah yang membariskan Naib Presiden PERKASA,  YB Datuk Zulkifli Nordin & Musyidul Am TIBAI  Sdr Zahid Mat Arip.

Jelas apa yang dilakukan oleh cai-cai PKR ini merupakan isyarat jelas kepada seluruh rakyat dan negara bahawa beginilah sikap dan tindakan yang bakal mereka lakukan sehinggalah selesai proses pilihanraya.

Tindakan cai-cai PKR semalam membuktikan mereka juga tidak menghormati kebebasan bersuara seperti mana yang mereka laung-laungkan selama ini.Malah sepanjang kejadian tersebut berlaku juga tindakan menendang kenderaan polis dan mengakibatkan seorang lelaki di tangkap.


Kehadiran cai-cai PKR di mulakan dengan tindakan liar menyerbu ke dalam dewan tempat ceramah tersebut diadakan beserta dengan balingan telur busuk bagi menghentikan ceramah yang sedang berjalan.

Penyokong-penyokong PKR kemudiannya berhimpun di luar kawasan ceramah dan melakukan aksi-aksi provokasi serta boo kepada kenderaan yang keluar dari tempat ceramah.


Dari pemerhatian MMI sendiri , apa yang berlaku semalam sebenarnya telah dirancang terlebih awal dan kumpulan yang berhimpun itu turut disertai rakan-rakan mereka dari luar kawasan Permatang Pauh seperti Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Selain dari itu terdapat dikalangan pencacai yang hadir semalam terdiri daripada para wanita dan anak-anak gadis yang rasanya belum pun layak mengundi.









Kesimpulannya adalah juak-juak pembangkang kini benar-benar terdesak dan mereka tahu rakyat semakin menolak mereka.Apabila Permatang Pauh sendiri menolak pembangkang maka strategi baru perlu dirancang.

Percaya atau tidak pentas-pentas pembangkang kini semakin lengang maka untuk mendapatkan kembali rentak , kekacauan di program-program sebegini harus dilakukan supaya ianya menjadi panas seterusnya pembangkang mendapat kredit.

MMI nak kata sori bro !! Tindakan sebegini sebenarnya memberikan kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana sikap dan tindakan yang ditunjukkan bakal diadili oleh rakyat diluar sana.

Baca selanjutnya di blog GPB dan Dr MiM.

Ikuti ulasan dari YB Datuk Zulkifli Nordin & Musyidul Am TIBAI  Sdr Zahid Mat Arip.

 


Tak perlu berdemo , tak perlu mencaci dan tak perlu berbohong cukup sekadar kita menepati janji insyaallah rakyat adalah penentunya.

MMI.

Saturday, 15 December 2012

Zul Bersuara Lagi , PANAS Lah Cerita Dia !!


Macam biasa bila si Zul ni buka mulut sudah pasti juak-juak Pakatan Haprak khususnya puak PAS tu PANAS tak tentu hala.Ada sorang kenalan MMI yang dulunya menyokong PAS bagitau bila Zulkifli Nordin buka mulut PANAS tu terasa sampai ke jantung.

Betul ker ? Jom kita terjah apa kata Zul..

Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah, dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah dominasinya!

Itulah yang berlaku kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan Nasional, maka UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan dan menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela dan memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!

Dan UMNO telah membuktikan status dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.

Daripada mendapatkan kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara, meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!

Dan penghormatan parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.

Sewaktu MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham  Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA! Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA kembali bersatu!

Sewaktu MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.

UMNO tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan Nasional!

Dan sewaktu UMNO menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih secara sementara kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamed!

Itu maknanya UMNO parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!

Sekarang PAS mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang! Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!

Persoalannya, benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!

Mari kita kupas dan huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!

Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki menimbulkan satu polemik yang lebih besar!

Teman menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.

Teman cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?

Teman juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!

Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!

Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!

Jangan kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS, demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!

Teman melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja! Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!

Bertambah sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!

PANAS dak ? Ada sambungan lagi..Jom tambah cili lagi Klik Sini

MMI.

Tuesday, 11 December 2012

Tu Dia Selepas Zahrain Kini Zulkifli Nordin Pula ?!


Pasti ramai yang sudah mengetahui Tsunami yang baru melanda Pulau Pinang baru-baru ini.Tsunami yang MMI maksudkan bukanlah ombak besar yang pernah meragut nyawa seperti kejadian sebelum ini tetapi tsunami politik apabila YAB Datuk Seri Najib hadir dalam lawatan kerjanya ke Pulau Mutiara ini menyaksikan puluhan ribu rakyat menyambut dan bersama beliau dalam program yang disusun.

Malah penyerahan borang keahlian UMNO daripada Zahrain dan lebih dari 300 orang bekas penyokong Pakatan Haprak antara yang hangat di perbincangkan sehingga juak-juak Pakatan Haprak membuat pelbagai andaian serta ulasan mereka.

Dalam masa yang sama dikhabarkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali juga melahirkan minat beliau untuk bersama UMNO sekiranya di pelawa.Bagi MMI walaupun ianya hanyalah sebahagian dari rencah dalam dunia politik tetapi dalam satu sudut ianya membuktikan bahawa perjuangan UMNO bersama Barisan Nasional berada dilandasan yang terbaik.

Zulkifli Nordin juga kini antara nama-nama yang di sebut bakal bersama UMNO namun sehingga entri ini ditulis beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas yang menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Apa yang perlu anda ketahui adalah walaupun Zulkifli Nordin tidak bersama UMNO namun tindakan dan gerakan yang dilakukannya sudah cukup untuk membuatkan Pakatan Haprak gentar dan gerun dengan perkembangan yang berlaku.

MMI menghormati pendirian Zulkifli Nordin apabila menyatakan tidak semestinya menyertai UMNO kerana sebagai Ahli Parlimen BEBAS beliau menganggap sokongan dan perjuangannya sudah boleh dikira sebagai penyokong dan pendokong perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Zulkifli Nordin ada benarnya , lihat saja video dibawah juak-juak Pakatan Haprak semestinya tak senang duduk apabila beliau membuka mulut.

  

Kepada semua jangan terlalu obses untuk melihat Zulkifli Nordin menyertai UMNO tetapi lihat kepada gerak kerja beliau dalam membongkar keceluparan dan kesongsangan Pakatan Haprak yang kini terkinja-kinja mahu mendapatkan Putrajaya.

Percayalah usaha bersama untuk menyedarkan rakyat bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasionallah yang terbaik mengemudi negara perlu diteruskan demi kelangsungan perjuangan membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

Ayuh semua pertahankan PUTRAJAYA !

MMI.

Saturday, 1 December 2012

Anwar BENGANG Dengan Dia Ni !!


Siapa yang tak kenal dengan Zulkifli Nordin bekas orang kuat yang sanggup bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim satu ketika dulu.Namun semenjak beliau mengumumkan keluar dari Pakatan Haprak , nama Zulkifli Nordin seolah-olah menjadi igauan ngeri kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya Anwar Ibrahim.

Pelbagai pendedahan telah pun dibuat oleh Zulkifli Nordin sehingga cerita-cerita yang masuk ke dalam kain Anwar namun yang peliknya sampai kini tidak ada satu SAMAN pun yang pernah beliau terima dari Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Mengapa agaknya ? MMI tinggalkan persoalan tersebut untuk dijawab oleh anda semua..

Terkini Zulkifli Nordin sekali lagi mengeluarkan kenyataannya merujuk kepada isu panas yang dimainkan oleh si anak rintik Nurul Izzah dan semestinya si bapa juga turut menerima tempias yang MMI rasakan bukan saja perit tetapi ngeri.

Ngeri kerana perkataan WAJIB menghapuskan golongan songsang dan luar tabi'e yang dipergunakan jelas merujuk kepada Anwar Ibrahim.
Mungkin ada suara sumbang diluar sana akan mendakwa mengapa bangsa Melayu didiskriminasikan hak untuk memilih agama! Mungkin juga ada suara songsang diluar sana yang akan memfitnah bahawa hak Melayu memilih untuk Islam atau tidak dibenarkan oleh Al Quran - la iqro hafiddin - kata suara sumbang dan songsang ini!

La iqro hafiddin - Al Baqarah 256: tiada paksaan dalam beragama! Nah, bukankah begitu jelas kata para sumbangsat dan songsangsat ini bahawa ALLAH sendiri yang memberi kebebasan untuk bangsa Melayu memilih atau menukar agama selain Islam. Kata para sumbangsat ini, orang Melayu tidak wajar dipaksa memilih atau kekal sebagai Islam! Itu melanggar hak asasi, itu bercanggah dengan kebebasan sejagat!
Kalau kita menggunakan sedikit akal yang ALLAH beri, kita akan dapati hujah itu jelas songsang dan sumbang! Rasionalnya? ALLAH menurunkan Al Quran kepada Rasulullah saw untuk menyampaikan satu risalah tauhid; iaitu memperbetulkan aqidah manusia yang sudah sesat daripada mensyirikkan dan memberhalakan ALLAH kepada menyembah ALLAH Yang Maha Esa melalui agama Islam!
Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!
Jadi dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama lain yang mematungkan ALLAH!
Langsung tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan luar tabi'e!
Apa pun, kita bangsa Melayu wajib bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kita bangsa Melayu ni'mat dan anugerah keistimewaan wajib beragama Islam; sehingga diperuntukkan didalam Perlembagaan dan undang-undang! Ni'mat dan keistimewaan yang tidak ALLAH beri kepada bangsa lain, hatta bangsa 'Arab itu sendiri!
Sebab itu wajib bagi orang Melayu menentang golongan yang cuba memperjuangkan hak kebebasan bangsa Melayu untuk memilih agama selain Islam! Orang Melayu wajib menghapuskan golongan songsang dan luar tabi'e ini! Orang Melayu wajib mencegah golongan songsang dan sesat ini termasuk rakan sekongkol dan sebantal mereka! Wajib! Baca Seterusnya 
Jika diikutkan kenyataan di atas jelas Zulkifli Nordin mengherdik malah mengutuk si anak dan si bapa khususnya dalam konteks isu kebebasan beragama.Timbul persoalan dimana akidah dan pegangan agama kedua-dua beranak ini ? Barangkali Zulkifli Nordin mahupun anda di luar sana mampu menjawabnya.

Kepada si anak dan si bapa tak nak SAMAN Zulkifli Nordin ker ?

MMI.

Labels