Followers

Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

Air Asia ~ Anak Emas Kerajaan ??


Peningkatan kos pembinaan lapangan terbang tambang murah KLIA2 kepada RM4 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini, antaranya untuk memenuhi permintaan syarikat tambang murah AirAsia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AirAsia sebagai operator terbesar KLIA2 antara lain meminta penambahan keluasan dan peningkatan infrastruktur termasuk memanjang dan melebarkan landasan, menambah bilangan pintu ketibaan dan pelepasan, pengendalian bagasi automatik selain diadakan 'premium airport lounge'.

Syarikat itu juga mahu hotel miliknya iaitu Tune Hotel dan ibu pejabatnya didirikan di dalam kawasan lapangan terbang itu.

"Banyak perkara yang kita tampung permintaan daripada AirAsia yang saya kira macam 'anak emas' untuk tingkatkan spesifikasi (di lapangan terbang itu), dan ini menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan.

"Permintaan AirAsia itu perlu diambil kira kerana ia berdasarkan keperluan baru yang wujud selain perkembangan drastik industri penerbangan negara," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata antara penambahbaikan telah dibuat termasuk memanjangkan landasan daripada 2.5km ke 4.4km dan dilebarkan kepada 2.2km, bertujuan menampung pesawat yang lebih besar seperti Airbus A380.

Ia juga melibatkan penambahan keluasan terminal daripada 150,000 meter persegi kepada 250,000 meter persegi dan jumlah pintu pelepasan dan ketibaan kepada 68 berbanding 55 dalam perancangan asal.

Penambahbaikan itu juga bertujuan untuk menampung pertambahan kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun.

Jawapan Abdul Aziz menyebabkan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangkit mempersoalkan apakah kelebihan AirAsia sehingga diberi pelbagai keistimewaan.

"Kenapa kerajaan asyik layan AirAsia, siapa AirAsia sehingga perlu diberi keistimewaan begitu?" soalnya.

Menjawab soalan Bung Moktar, Abdul Aziz berkata kebanyakan permintaan syarikat itu dipenuhi kerana ia berdasarkan 'commercial logic' dan sebagai operator terbesar, pandangan syarikat itu harus diambil kira. Kepada jawapan itu Bung Moktar sekali lagi mencelah: "Bukan kerana dia buaya besar?" katanya yang mencetuskan ketawa anggota Parlimen lain.

Terdahulu Abdul Aziz berkata kos pembinaan KLIA2 masih dianggap termurah berbanding di negara-negara lain kerana ia hanya melibatkan RM89 bagi setiap penumpang.

"Di Jerman, kos pembinaan bagi setiap penumpang ialah pada kadar RM478 dan melibatkan pembinaan selama enam tahun walaupun kapasiti terminalnya sama dengan KLIA2.

"Begitu juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang melibatkan kos RM2,143 (seorang penumpang) dan Lapangan Terbang Changi, di Singapura membabitkan RM2,906 bagi seorang penumpang. Jadi dalam banyak-banyak pembinaan lapangan terbang di dunia, terminal KLIA2 antara yang termurah dan paling cepat dibina setakat ini," katanya.

Persidangan dewan bersambung, Khamis. - BERNAMA

Psst Sorry MMI tetap tolak Air Asia MUKTAMAD !!

MMI

Wednesday, 5 June 2013

AIR ASIA Buat GILA Lagi ?!!

Gambar Hiasan
SEORANG penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk ‘mengejar masa’.

Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.

Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan ‘tekanan’ yang terhasil di dalam kabin.

Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya

Ini membuatkan yang dia percaya yang juruterbang pesawat itu menerbangkan pesawatnya dengan laju untuk mengejar masa.

Wong berkata telinganya mula berdarah ketika tiba di rumah.

Beliau memberitahu akhbar itu beliau telah pergi ke klinik di mana dia telah diberikan antibiotik, namun terpaksa merujuk kepada pakar setelah keadaannya tidak banyak berubah.

“Doktor berkata gegendang telinga kanan saya telah cedera kerana tekanan udara dan saya perlu dirawat selama setengah tahun, untuk melihat sama ada ia akan sembuh dengan sendiri. Jika tidak, saya perlu menjalani pembedahan,” katanya .

Sehingga kini, menurut Wong, dia tidak dapat bekerja dan terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit dan pil tidur setiap malam.

Katanya, beliau juga telah dinasihatkan agar tidak menggunakan pengangkutan udara selama enam bulan, dalam erti kata lain, beliau ‘terlepas’ peluang untuk bercuti di Bali, Phuket dan Taiwan seperti mana yang telah dirancang.

” Saya harap AirAsia boleh membayar pampasan kepada saya, sama ada untuk bil perubatan saya atau kesan psikologi yang disebabkan oleh kejadian itu,” kata Wong, 59, sambil menambah bahawa dia telah meminta bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Tiew Way Keng kerana dia tidak mempunyai apa-apa insurans penerbangan.

Dalam pada itu, AirAsia dilaporkan telah menerima aduan Wong.

Menurut jurucakap syarikat itu, mereka mengalu-alukan penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama dalam penerbangan tersebut untuk menyediakan butiran lanjut mengenainya.sumber 

Komen MMI .... Emmm tak ada apa nak komen cuma kompom Air Asia bukan pilihan lagi.

MMI.

Saturday, 25 May 2013

Sah Air Asia PEMBOHONG !!!


Selepas insiden penganiayaan Air Asia terhadap penumpangnya sendiri , puak-puak jahanam ni bukan sahaja tidak reti untuk memohon maaf malah boleh pula mengeluarkan kenyataan mempersoalkan tentang keterlibatan jururawat dan doktor yang kebetulan bersama-sama penumpang malang sewaktu di Vietnam tempoh hari.

Ianya tidak berakhir di situ sahaja malah kenyataan media daripada Air Asia tentang insiden tersebut sekali lagi diibaratkan sebagai kurang ajar dan lepas tangan.Rakaman di bawah adalah bukti apa yang dilakukan oleh Air Asia adalah tindakan yang langsung tidak berperikemanusiaan.



Dalam masa terdekat ni dah 2 kali MMI terbang dan sorry to say Air Asia tak ada dalam senarai...

MMI.

Wednesday, 22 May 2013

AIR ASIA Tak Ada LESEN ?!! Jom BONGKAR Lagi !!!


Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.

Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.-Utusan Online

Alo Tony , dah berapa lama Air Asia ni beroperasi ? Memang sahlah Air Asia hanya mementingkan keuntungan semata-mata.Kalau bab perkhidmatan semacam ni pun langsung tak menjadi keutamaan kepada Air Asia ampa dok bercakap tentang servis apa ? 

Nak guna Air Asia lagi ???

MMI.

Tuesday, 21 May 2013

SYABAS Malaysia Airlines Rakyat Malaysia Terharu Dengan Komitmen Anda Semua !!!

Gambar Hiasan
Sebelum ini MMI ada mencatatkan satu kisah bagaimana seorang ibu dan anaknya yang terkandas di Vietnam akibat sikap tidak berperikemanusiaan kakitangan Air Asia hingga mengakibatkan kedua-dua beranak tersebut di halang dari menaiki pesawat untuk pulang ke tanahair.Baca Sini 

Namun segala kepayahan dan kesulitan yang dialami oleh kedua-dua beranak tersebut telah mendapat perhatian dan kerjasama yang amat baik dari kakitangan MAS dan membuktikan betapa Air Asia bukanlah syarikat penerbangan yang harus dijadikan sebagai pilihan oleh rakyat Malaysia untuk menuju kemana-mana destinasi.

MMI amat terharu dengan usaha yang dilakukan oleh pihak MAS dan kakitangannya memberikan segala bantuan kepada dua beranak tersebut walaupun usaha itu seharusnya dilakukan oleh pihak Air Asia.Malah sehingga tindakan yang dilakukan oleh pihak MAS sekalipun pihak Air Asia masih lagi berdiam diri malah lebih berbangga dengan tindakan seorang pegawai besarnya yang lupa daratan.

Berikut merupakan kronologi usaha yang dilakukan oleh pihak MAS bagi membantu ibu dan anaknya yang telah dinafikan haknya sebagai seorang pemegang tiket Air Asia yang berbayar.

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.

2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.


4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.

5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.

6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).

8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."

9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.

10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.

SYABAS dan tahniah buat semua kakitangan MAS kerana anda sudah membuktikan semangat kenegaraan dan perikemanusiaan itu menjadi amalan dan tanggungjawab anda dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam jadi kepada mana-mana pihak yang mahu ke sana gunakan Malaysia Airlines.sumber 

Air Asia SUCKS !!!

MMI.

Monday, 20 May 2013

HARAM JADAH Punya AIR ASIA !!!


Kisah yang bakal MMI catatkan di bawah ini merupakan kisah bagaimana kejamnya sebuah syarikat penerbangan yang selama ini di banggakan oleh rakyat Malaysia.Malah rata-rata dari kita merasakan inilah lambang kemegahan dan kemajuan negara apabila berjaya membuka mata dunia yang kita juga mampu berada di mana-mana saja di dunia setanding dengan negara-negara maju lainnya.

Namun seperti yang MMI pernah catatkan sebelum ini , segalanya berubah setelah Air Asia syarikat penerbangan yang kononnya terbaik di Malaysia ni mula lupa diri.


Walaupun kisah si Azran Melayu biadap yang lupa asal usulnya sudah menjadi sebahagian daripada rasa amarah sebilangan besar rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu , MMI masih lagi cuba untuk melupakannya dan cuba untuk menganggap ianya adalah pendirian peribadi seorang manusia tongong yang lupa bahawa kemewahan yang beliau miliki hari ini adalah hasil perjuangan orang-orang yang sebangsa dengannya.

Pasti dan amat pasti Air Asia harus SEGERA di BOIKOT kerana jelas mereka langsung tidak mempunyai rasa perikemanusiaan yang seharusnya menjadi sebahagian daripada prinsip dan etika dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai sebuah syarikat yang turut membawa nama Malaysia di persada dunia.

Baca dan selami apa yang MMI maksudkan...


Kisahnya bermula apabila ibu malang( Izan Suhaila) itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya.

Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."

Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.

"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.Lagi gambar dan berita baca Selanjutnya.



Kepala hotak ampa !!!

MMI.

Thursday, 16 May 2013

Air Asia X ~ Wanita UMNO Desak Rafidah JAWAB !!


Isu Azran Melayu bongkak dalam Air Asia X kini mendapat perhatian daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia apabila satu kenyataan rasmi telah pun di keluarkan.Berikut kenyataan rasmi tersebut...

Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Komen MMI , tolong jawablah sebelum ni bukan main kan..semua pihak nak tahu sekarang..Macam biasa selagi si Azran tu ada Air Asia kita BOIKOT !!!

MMI.

BANGSAT Bersuara Lagi ANGGAP Ianya REMEH & DIPERBESARKAN !!


Setelah pelbagai rungutan daripada banyak pihak berikutan kenyataan beliau terhadap Utusan Malaysia kini suara dari orang yang sama berkumandang lagi.Bagi MMI sebagai seorang manusia yang mengaku Melayu dan sudah tentu beragama Islam seharusnya beliau memohon maaf atau diam dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan rasa benci terus meluap-luap.Baca Sini 

Namun manusia ini ternyata ego dan langsung tidak menghiraukan sensitiviti sebahagian besar orang-orang Melayu yang melihat Utusan Malaysia sebagai salah satu daripada bukti perjuangan orang Melayu semenjak sebelum merdeka.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani berpendapat bahawa pandangannya tentang akhbar Utusan Malaysia telah dibincang dan diperbesar-besarkan.

"Perkara ini telah diperbesar-besarkan," kata Azran ringkas sewaktu dihubungi Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan pihak-pihak lain yang menyanggah pandangannya itu.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.

Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit..sumber 

Ya Azran barangkali menuduh orang Melayu lainnya berfikiran sempit dan langsung tidak mencerminkan Melayu yang kononnya jauh lebih ke depan memang mudah namun beliau ternyata lupa tentang satu perkara.

Perkara penting tentang dari mana Azran datang dan asal usulnya.

Azran mungkin sudah berjaya namun percayalah kejayaan itu tidak akan datang sekiranya negara Malaysia tidak aman dan makmur seperti mana yang kita miliki hari ini.

Mungkin Azran ingat kestabilan dan kemakmuran yang beliau miliki hari ini adalah sama dengan negara-negara lain di dunia.Setakat mempunyai rakan serta kenalan dari bangsa lain yang sama-sama mahu melihat Malaysia terus maju juga TIDAK CUKUP !!!! 

HALO Azran kalau ada masa baca sejarah dan fahami senario politik terkini sikit sebab ianya tidak sama seperti mana kamu berada di Air Asia...Guna otak sikit BANGSAT !!!

Psstt Air Asia bakal menerima akibatnya selagi mana si Azran ini masih bersama mereka INGAT TU !!

MMI.

Wednesday, 15 May 2013

Zul Nordin CABAR MELAYU BANGSAT !!


Nampaknya isu Melayu bangsat yang dah lupa asal usul dan adab budaya orang Melayu masih belum selesai.Orang besar Air Asia ini rasanya dah melampau kerana tindakannya bukan sahaja mengguris hati ramai orang Melayu di luar sana tetapi membuktikan beliau adalah produk yang tersilap acuan.Kesilapan itu kerana acuan yang sedia ada di tinggalkan demi sebuah perjuangan yang kononnya lebih sofistikated maka lahirlah Azran , Melayu yang kononnya berjaya dan maju tetapi jauh tertinggal dan lupa sejarah asal usul sendiri.Baca Sini 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di akhbar tersebut melalui akaun Twitternya.

Sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘

Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta lain,’’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.

Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut mempertahankan laporan tersebut.

Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis.  

‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.

Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.

‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan fitnah,’’ katanya.sumber 

Psst semalam sahaja sudah semakin ramai mereka-mereka diluar sana yang sudah pun mengaku untuk memboikot Air Asia selagi mana manusia bernama Azran masih lagi terlibat dengan mereka.Kepada Tony dan sesiapa saja dalam Air Asia sendiri mau ingat !!

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

BAHLOL ! NYAWA Penumpang Terancam Akibat Nak JIMAT Minyak ?!!!


Sebuah pesawat Air Asia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Banda Acheh malam tadi.Pesawat bernombor AK 1254 itu dalam penerbangan dari Chennai ke Kuala Lumpur terpaksa mendarat cemas kerana kekurangan bekalan minyak.

Aikkkk! Minyak lupa nak isi ke der? Kemalangan paling dasyhat kemalangan udara lah. Mereka tak isi minyak di india kerana minyak di situ mahal. Mereka kita-kira minyak cukup untuk sampai ke KL.Oleh kerana penjalanan dalam keadaan cuaca buruk minyak makan banyak sebab tu lah tak cukup. 

Tu lah nak jimat sangat sampai nyawa penumpang pun terancam. Tau nak buat untung ja !!! sumber 

MMI kata jangan naik Air Asia lah kalau macam ni punya kelaku...Sebelum ni dia punya orang besar pun biadap juga Baca Sini 

MMI.

Now Everyone Can BOIKOT !!!


Agaknya mungkin puak ni lupa kot sapa sebenarnya yang membantu mereka untuk berada di tahap sekarang.MMI cukup pantang dengan puak-puak yang tak reti berterima kasih ni apatah lagi kalau yang musibat tu orang melayu sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani diingatkan tidak bongkak sehingga tergamak mengkritik perjuangan Utusan Malaysia dalam memartabat maruah kaum Melayu.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, tindakan itu memperlihat seolah-olah Azran lupa tanpa kuasa orang Melayu seperti yang diperjuang Utusan Malaysia, beliau mungkin tidak mampu memegang jawatan seperti hari ini.

Malah, Abdul Rahman turut menyifatkan ahli korporat Melayu baharu itu bukan sahaja angkuh tetapi menafikan hakikat kedudukannya diperoleh hasil perjuangan pemimpin Melayu yang mempunyai kuasa politik.


"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?

"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya baru-baru ini memperlekeh Perkasa dengan menuduh fikiran sempit pertubuhan itu menyebabkan orang Melayu ketinggalan.

Ahli korporat baharu itu juga secara terbuka menyatakan perasaan meluatnya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.

Abdul Rahman berkata, perjuangan Perkasa mempertahan kuasa politik Melayu bertujuan membela nasib dan hak-hak kaum itu serta menyedarkan kumpulan liberal Melayu mereka sedang diperkuda pihak tertentu.

Tambah beliau, Perkasa sentiasa memperjuang supaya profesional Melayu mendapat tempat dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan sangat berbangga dengan kejayaan anak Melayu seperti Azran.


"Walau bagaimanapun, melihat kepada sikap sebenar Azran, tidak hairanlah ramai juruterbang Melayu mengadu kepada Perkasa kesukaran mendapat tempat di syarikat penerbangan AirAsia itu.

"Ingatlah, sekali hilang kuasa politik Melayu, maka hilanglah kedudukan Azran dan jangan bermimpi jawatan itu akan kekal sama ada kepadanya atau mana-mana orang Melayu selepas itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman mengingatkan Azran tidak sesekali 'menyentuh' Utusan Malaysia kerana akhbar itu merupakan satu-satunya wadah mempertahan hak orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

"Bagi kami, usik Utusan Malaysia bermakna usik Perkasa. Marilah berjumpa kami dan lihat sendiri apa yang ditulis akhbar-akhbar Cina. Saya pasti Azran akan tahu siapa yang rasis," katanya.

Dalam masa sama, Abdul Rahman menuntut penjelasan Pengerusi Air- Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tindakan Azran menarik balik iklan syarikat itu di Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai membunuh kepentingan orang Melayu.sumber 


Orang Melayu ka si Azran ni bro ?? Rasanya orang Melayu tak buat benda-benda macam kat atas tu !! MMI cari dalam internet ja..Susah apa boikot ja Air Asia tu senang cita...

Psst baru plan nak terbang dengan Air Asia pi bercuti sekejap CANCEL sebab mamat musibat cakap pandai ni !!

MMI.

Labels