Terkini sudah ada suara-suara yang mula mempertikaikan tentang pengundi kaum Cina yang memiliki 2 kerakyatan yang di kesan bersepah pada hari mengundi baru-baru ini.Persoalan mudah apakah undang-undang negara kita membenarkan mereka yang mempunyai 2 kerakyatan mengundi ?
Berdasarkan apa yang MMI tahu , pihak SPR akan menasihatkan mereka-mereka ini untuk membatalkan mana-mana satu taraf kerakyatan yang di miliki untuk membolehkan mereka mengundi sebagai warganegara Malaysia.Itupun sekiranya individu terbabit memilih untuk mengekalkan kerakyatan sebagai warga Malaysia.Betulkan MMI sekiranya kenyataan ini salah.
Apa pun sekiranya maklumat ini benar maka hampir pasti sesuatu perlu segera di lakukan oleh pihak yang berwajib kerana di Pulau Pinang sahaja sudah ada ADUN yang memiliki 2 kerakyatan sebelum ini.Malah beliau yang MMI maksudkan adalah Phee Boon Poh ADUN Sungai Puyu.
Mungkin ramai yang lupa , sebelum ini sudah pun di dedahkan tentang Phee Boon Poh yang memiliki 2 kerakyatan malah sudah pun di lantik menjadi exco kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Guan Eng pada 2008 yang lalu.Baca Sini
Sekiranya Phee Boon Poh pada ketika itu bertanding sebagai ADUN Sungai Puyu kemudiannya mengundi dan di pilih pula sebagai exco negeri apakah kemenangannya dan perlantikannya itu sah di sisi undang-undang ?
Pihak berkuasa khususnya pihak imigresen dan SPR sendiri seharusnya jangan mengambil mudah tentang perkara ini kerana pihak pembangkang saban hari mencanangkan kononnya BN sudah pun membawa masuk 40 ribu warga bangla untuk mengundi pada PRU13 baru-baru ini.
Rasanya jika undang-undang menyatakan mereka yang memiliki 2 kerakyatan tidak sah untuk diiktiraf sebagai pengundi maka bagaimana pula status Phee Boon Poh serta kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini ?
MMI.
No comments:
Post a Comment