Seolah-olah mengotakan apa yang dihebohkan sebelum ini, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang hadir taklimat ahli Dewan Rakyat hari ini.
Majlis taklimat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi menyaksikan hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir ke upacara rasmi itu.
Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, " hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".
Pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.
Sementara itu DAP menegaskan akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa kerana melanggar disiplin parti ekoran hadir ke taklimat Parlimen yang diboikot PR, hari ini.
Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubungan kehadirannya pada taklimat pagi tadi.
"Kita akan paggil dia secepat mungkin, dalam tempoh dua tiga hari ini.
"Dia telah langgar disiplin, kita akan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Pagi tadi, Teck Hwa telah menghadirkan diri pada taklimat tersebut dengan alasan beliau mahu mendengar syarat-syarat yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Teck Hwa juga menegaskan, kehadirannya kerana merasakan sesi hari ini adalah penting.
Dalam pada itu, apabila ditanya kemungkinan Teck Hwa tidak dimaklumkan, Loke yang juga ahli Parlimen Seremban menolak kemungkinan tersebut.
"Kita sudah putuskan memang kita boikot hari ini," katanya.sinar harian
Hihihi nampak sangat makin merapu dah puak-puak ni pun..MMI tak sabar nak tunggu 24 Jun ini ada teloq ka dak puak-puak pembangkang ni..
MMI.
No comments:
Post a Comment