Huh tercemar lagilah Malaysia apabila berita menyatakan bekas Miss Malaysia ni sekarang jadi pelacur jalanan pula.Bukan itu sahaja selain dari jadi pelacur Miss Malaysia ni turut jadi mak ayam sekitar Kuala Lumpur.Tu dia aih bukan setakat di jalanan pusat-pusat karaoke pun dia balun.
Aktres dan penyanyi jelita Soo Wincci mengakui dia telah menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke sekitar Kuala Lumpur demi menjiwai watak pelacur dan mak ayam sebelum menjalani penggambaran filem "Sindiket".
Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, bekas Ratu Malaysia ini memberitahu watak yang bakal dipegangnya itu mencabar kewibawaannya sebagai pelakon dan disebabkan itu dia perlu melakukan 'kerja rumah' sebelum menjayakan filem terbaru arahan Bade Haji Azmi itu.
"Watak ini memang mencabar bagi saya. Kerana kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Namun kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam," ujarnya.
Wincci pernah meminta rakannya untuk membawa ke lokasi seperti di Jalan Chow Kit dan pusat karaoke KTV sekitar Kuala Lumpur bagi membolehkannya melihat sendiri golongan mereka itu bekerja.
"Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat kerja rumah ini betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan lelaki. Saya menyuruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah," katanya lagi.
"Sindiket" yang mengisahkan isu perdagangan manusia turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.
Hahaha jangan marah na biasa gang malam-malam ni kita santai sikit , cuma MMI nak kongsi dengan semua 2 perkara.
Pertama kalau dah si Wincci ni boleh buat latihan dekat tempat-tempat maksiat tu dan mengakui di situ adanya ayam-ayam maka pihak berkuasa tunggu apa lagi ? Pi lah cari Wincci dan soal dia kat mana dan sebagainya supaya tindakan boleh di buat.Tapi MMI pun tak pastilah sejauh mana kat belah Selangor dengan Kuala Lumpur ni sebab PKR perintah.Dulu Hasan Ali nak cegah bab arak pun kena sailang.
Keduanya Wincci pi buat latihan sebab dia nak berlakon tapi ada sorang lagi dia bukan buat latihan dan dia bukan berlakon...dia balun kaw-kaw punya siap ada rakaman video lagi..Emmm sapa aaaa ????
MMI.
perkara yg pelik bro..
ReplyDeleteorang awam lebih tahu dari pehak berkuasa..
atau..ade ape2..