Tindakan yang semakin menggila daripada sebahagian kecil anak-anak muda berbangsa Melayu ini kadang kalanya membuatkan MMI termenung sendirian.Termenung bukan hanya kerana tindakan bodoh lagi bangang yang dilakukan oleh mereka tetapi memikirkan mengapa sampai ke tahap itu.
MMI yakin dan percaya mereka yang kononnya berani ini sebenarnya jauh lebih pengecut dari mereka yang hanya memerhati dari jauh.Malah kadang-kalanya tindakan mereka turut memberikan impak negatif kepada bangsa Melayu itu sendiri khususnya di bumi Malaysia.
Terbaru kenyataan menyamakan Harun Taib dengan para nabi jelas membuktikan sudah jauh mereka-mereka ini terpesong.Malah sehingga entri ini di tulis tidak pula mana-mana pemimpin khususnya yang berada bersama-sama beliau hadir dan tampil untuk memberikan teguran.
Apakah tindakan dan kenyataan anak muda ini sebenarnya di sokong oleh mereka yang bernama pemimpin dalam Pakatan Haprak ?
Mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam ? Apakah mereka masih lagi sibuk membelek sample kuih raya yang kini sudah mula melimpah di mana-mana ruang pejabat ? Atau mereka menantikan laporan dari orang awam yang mahukan kenyataan ini di siasat ? Malang sekali kerana kita terlalu mengikut peraturan hinggakan para nabi kini sudah di jadikan bahan mainan.
Rasanya cukup sekadar ini MMI memberikan ulasan sekurang-kurangnya MMI bersuara.Apa nak jadi ???
MMI.
No comments:
Post a Comment