Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan 'U' terhadap cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.
"Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
"Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.
Sebelum itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.
Tegas Zuraida, semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.
Pada 7 Jun lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.
Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu membuat pendirian yang sama dengan DAP dan Ahli Parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.sumber
Kihkih dah kata dah , mana berani puak-puak ni ... Anwar macam mana ? Macai sendiri pun tak nak dengar cakap dia macam mana nak jadi perdana menteri ? rasa-rasa ketua pembangkang kali ni bukan Anwar sebab dia nak boikot parlimen kan ? kan ? kan ?
Baca juga di SINI
MMI.
ermmmmm.... nak berak la kejap
ReplyDelete