Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.
"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online Klik Sini
Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.
Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.
"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?
"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.
Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.
Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut.
"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.sumber
Seperti yang pernah MMI catatkan sebelum ini jika di teliti dan di perhalusi ianya sememangnya benar dan telah pun berlaku.Anwar sebenarnya sudah GAGAL bukan sahaja dari sudut kepimpinannya malah tindakannya yang sering berubah-rubah sehinggakan rakyat menyamakan beliau dengan raja putar alam.
Malah dalam satu perkara Anwar sudah melakukan tindakan yang cukup berbahaya kepada negara apabila terlalu banyak memberikan ruang serta peluang kepada rejim DAPigs untuk menguasai pentas politik sehinggakan ada beberapa insiden tertentu Anwar sendiri pun terpaksa akur kepada kemahuan sahabat rejimnya.Baca Sini
Mudah bicara kerana impian untuk menjadi perdana menteri dan dendam yang cukup menebal dalam dirinya Anwar sudah melakar jalan yang penuh dengan ranjau dan beliau sendiri akan menangis sekiranya perlu melalui jalan tersebut.
Percayalah manusia seperti ini sebenarnya sinonim dengan mereka yang mengalami masalah mental dan Anwar semakin mental apabila banyak pihak di luar sana sudah mula memberikan isyarat bahawa ANWAR IBRAHIM semakin GAGAL dan kita tidak lagi memerlukan beliau.
Kepada Anwar Ibrahim ingatlah masanya akan tiba bila mana kamu tidak lagi akan di sembah dan di julang oleh mereka-mereka yang telah kamu korbankan.Pada ketika itu Malaysia akan terus bergerak sebagai sebuah negara berdaulat dan nama kamu sudah pasti akan tenggelam dalam arus kepesatan negara dan dunia politik baru.
PASTI !
MMI.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web di
Produk Muslim Ads Network
Baru dilancarkan.. daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...
Terima kasih