Followers

Monday, 3 June 2013

Jangan Buang Masa Dengan Politik Berlebihan ~ NAJIB Komited Teruskan Agenda


Setelah keputusan PRU13 diumumkan oleh SPR dan serentak dengan itu Barisan Nasional yang di ketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat mandat pertamanya bagi menubuhkan kerajaan.Walaupun sedikit kecewa kerana tidak mendapat 2/3 majoriti seperti mana yang di harapkan , kejayaan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi 133 di Parlimen , sudah cukup untuk Barisan Nasional sekali lagi meneruskan agenda tranformasinya.

Dalam beberapa perkara kejayaan Barisan Nasional pada PRU13 ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak sama ada dari mereka yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

MMI tidak nafikan kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi. 

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. 

YAB Datuk Seri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara. 

Tsunami politik kaum Cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihan raya yang sangat jelas bahawa kaum Cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada Pembangkang.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi Cina 88%, Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting. Sangat jelas terasa sokongan Cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman yang sering ditiup oleh DAP. Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi majoriti pengundi Cina atau marginal, kebanyakan kawasan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang bukan Melayu. 

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan Mat Merapu mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.  

Jika dikaji secara lebih terperinci, lihatlah demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali. PP menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS (satu kerusi sahaja).UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu dari PAS atau PKR. Sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .

Kata-kata Perdana Menteri sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU13 yang bakal mengundang bahaya jika tidak ditangani dengan segera serta secara bijaksana oleh kerajaan BN pimpinan UMNO.

Seperkara yang harus diingat dalam usaha kerajaan memacu negara sudah pasti kekangan dan pelbagai halangan khususnya gerakan-gerakan daripada pihak pembangkang yang saban hari melakukan segala dakyah dan tohmahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya boleh mengganggu-gugat kerajaan yang kini memerlukan formula tambahan bagi memastikan misi negara khususnya dalam soal perpaduan yang kini dilihat sedikit terjejas kerana politik keterlaluan yang dimainkan oleh pembangkang sepanjang 5 tahun yang lalu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan bukan sesuatu yang mustahil untuk di lakukan.Apa yang penting adalah usaha berterusan daripada pihak kerajaan tanpa menidakkan keputusan PRU13 yang rasanya sudah cukup untuk kerajaan jadikan sebagai rujukan.

Seperti yang pernah MMI katakan sebelum ini keputusan PRU13 sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dan kerajaan kerana kaum Cina sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.Malah gerakan pembangkang yang terdiri daripada DAP,PAS dan PKR juga sebenarnya sudah dapat diduga dan kita sebenarnya mempunyai kelebihan dalam merencanakan segala dasar dan juga pelan-pelan tindakan selepas ini.

Apa yang penting adalah pasukan yang bersama dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menempuh 5 tahun yang akan datang perlu benar-benar dapat membantu malah memberikan idea-idea serta sumbangan terbaik mereka tanpa meminggirkan mana-mana saluran.

Berdasarkan ucapan daripada YAB Datuk Seri Najib pagi tadi , MMI percaya kita mampu melakukannya.

PUTRAJAYA 3 Jun - Pilihan raya sudah selesai dan rakyat tidak harus menoleh ke belakang serta membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan (excessive pilitics).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara sebaliknya perlu bergerak ke hadapan dan kerajaan perlu menumpu perhatian kepada usaha menunaikan amanah yang diberikan rakyat.

"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.

"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,'' katanya berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - UTUSAN

Psst Apakah laungan 1 Malaysia akan masih kedengaran selepas ini ????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels