Followers

Wednesday 31 July 2013

BONGKAR : PENDEDAHAN 9 Kes FITNAH PENGUNDI HANTU PRU13 Part 2


Pembangkang semakin GAGAL dalam usaha terdesak mereka untuk terus-terusan menjadikan PRU13 sebagai medan untuk mereka menimbulkan sebanyak mungkin perkara-perkara yang mampu menarik perhatian rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional melakukan penipuan dalam proses pengundian tempoh hari.

Fitnah kononnya 40 ribu warga Bangla di terbangkan ke Malaysia semata-mata untuk menjadi pengundi bagi memenangkan Barisan Nasional hanyalah sebuah cerita rekaan pemimpin dan macai-macai pembangkang yang terdesak untuk mengambil alih Putrajaya.

Seperti yang di janjikan MMI akan mendedahkan FITNAH seterusnya berkaitan pengundi bangla atau hantu yang di lalakkan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia sebelum ini.

4. PAKISTAN WARGANEGARA MALAYSIA


Sekeluarga warganegara Malaysia berketurunan Pakistan juga menjadi mangsa dituduh Pengundi Hantu. Sekumpulan lelaki berbangsa Cina cuba menghalang keluarga tersebut beratur untuk mengundi di SMK Tropicana dan mendesak mereka untuk menyanyikan lagu Negaraku sebagai pengesahan warganegara.

Namun, kumpulan tersebut tersentak apabila ada ahli keluarga tersebut boleh bertutur Bahasa Kantonis .Malah ada jiran yang mengenali keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah tinggal di kejiranan tersebut lebih 3o tahun!


#Kes Keempat Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

5. SUAMI ANGGOTA PDRM TURUT DITAHAN


"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. 

Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Kejadian berlaku di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya yang berketurunan India-Muslim.

Katanya, kumpulan itu datang ke arahnya dengan menjerit-jerit dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan miliknya. Mereka terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepadanya walaupun beliau puas  menafikan, namun langsung tidak diendahkan. Kumpulan terbut mula bertindak ganas apabila menendang dan memukul dadanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

Beliau merupakan suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir. Tajudeen berharap kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. 

#Kes Kelima Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

6. SAYA BUKAN BANGLA!

Seorang pemuda ditangkap oleh sekumpulan yang menyamar sebagai polis menuduh beliau sebagai Pengundi Hantu. Beliau didesak untuk menunjukkan kad pengenalan oleh pihak tersebut.

Apabila menyedari mereka TERSALAH tangkap, kumpulan tersebut berpecah dan ada yang melarikan diri. Ahli kumpulan yang sempat ditahan memohon maaf atas ketelanjuran mereka.

Pemuda berkenaan mendakwa beliau membesar, bekerja dan bersekolah di kawasan berkenaan dan rata-rata penduduk di situ mengenali beliau.  Laporan polis telah dibuat sejurus kejadian tersebut berlaku.


#Kes Keenam Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

7. JPN SAHKAN RAMEISH WARGANEGARA


Pihak pembangkang sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila menggangap Rameish warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu ini pada laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai ‘Bangla’ dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Semakan pada rekod JPN mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang.

Psywarriors difahamkan bahawa lelaki tersebut dan keluarganya telah membuat laporan polis tentang fitnah pembangkang terhadap diri beliau.

#Kes Ketujuh Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

8. GAMBAR LAMA DIMANIPULASI


Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu. 

Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.

#Kes Kelapan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 

9. SALAH TAFSIR GAMBAR


Gambar ketibaan sekumpulan warga asing berbaris di KLIA dimanipulasi Harakahdaily dengan status di facebook "Lagi VVIP BN dilihat di lapangan terbang memasuki negara".

Walaubagaimanapun, pembaca iaitu Mohd Bukhari menafikan dakwaan tersebut dan tindakan beliau dipuji dan dianggap jujur. 

Komen beliau "Maaf, sy tkut bnda ni akn jd fitnah, jd sy nk kongsikn skit..sy tau ni d mana n sy bkerja d situ...sykt pnerbagn tu mmg ade penerbangan daily dri kathmandu Nepal ke k.l.....setiap hari...mmg penumpng dri Nepal rmai cmni...dri Awal pnerbangan ktm-kul thun lps...mereka akn bbaris pnjg cmni smbil pgang tngn ikut leader dri agensi pkerjaan...sblm leader tu nk msuk ambil pas kslmtn dulu n tnjukkn dokumen dri agensi tu......"

#Kes Kesembilan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 


Berdasarkan 9 Kes yang dinyatakan terbukti pembangkang GAGAL menangkap Pengundi Hantu yang hanya dinilai  berdasarkan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status. Sedangkan umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan. 

Sebaliknya mereka perlulah merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Jadi, dimanakah bukti dakwaan wujud 40,000 Pengundi Hantu oleh Ketua Pembangkang sebelum ini??

Seperkara yang MMI mahu semua pihak fikir dan nilai-nilaikan adalah apakah kemenangan calon-calon pembangkang khususnya di Selangor dan Pulau Pinang yang mencecah puluhan ribu undi itu benar-benar terdiri daripada undi rakyat Malaysia ?

Perlu di ingat Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan jumlah kaum Cina yang cukup tinggi khususnya di kawasan bandar dan sejauh mana mereka-mereka itu adalah warganegara Malaysia ???? Hahahaha...

Part 1 Klik SINI  

kredit to psywarriors 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels