Followers

Wednesday, 3 July 2013

Datuk Seri Reezal Nafi Tuduhan


Sebelum ni heboh di laman-laman media berita yang menyatakan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal melangsungkan perkahwinan ketiganya dengan Mas Anizan dan MMI pun pernah mengeluarkan artikel berkenaan gosip tersebut Baca Sini

Namun seperti yang MMI nyatakan sejauh mana kebenaran gosip tersebut tidaklah dapat MMI sahihkan sehinggalah baru-baru ini Datuk Seri Reezal Merican mengeluarkan kenyataan menafikan berita dan gosip tersebut.

Orang putih kata, 'lies would have travelled half-way around the world before truth put its boots on'. Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal  Merican kena tanggung.Ini gara-gara tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.

Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.

“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya  itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi  tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.

“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.

Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.

Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.

“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya,” sumber 

Kepada semua yang kat luar sana kita sudah mendapat pengesahan dan jawapan dari tuan tubuh sendiri.Jadi muktamad Datuk Seri Reezal Merican tetap dengan statusnya.

Apa pun tahniah MMI ucapkan kepada Datuk Seri Reezal kerana mendepani isu ini dengan bersahaja tanpa melenting tak tentu pasal , bagi MMI ianya adalah sebahagian daripada rencah politik apabila Datuk Seri di tabalkan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas.

Teruskan usaha dan berkhidmatlah kepada rakyat khususnya di Kepala Batas dengan bersungguh-sungguh.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels