Followers

Sunday 14 July 2013

Jamil Bidas Kenyataan Duta Vatican


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas Duta Vatican City ke Malaysia kerana membuat kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Beliau berkata, kenyataan oleh Biskop Joseph Marino itu boleh menimbulkan kegelisahan awam dan seterusnya menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

“Saya ingin menyatakan bahawa tindakan beliau tersebut adalah tidak sepatutnya berlaku kerana telah menimbulkan kegelisahan awam dan tentunya boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

“Kenyataan tersebut adalah amat tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebagai langkah menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan media.

Jamil Khir berkata, sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh mana-mana pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia.

Katanya, pandangan Malaysia jelas dan tegas melalui keputusan para ulama di negara ini dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan bahawa kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam dan tidak wajar disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Malah, kata beliau, perkara itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan, justeru semua pihak dinasihati tidak mempolemikkan isu kalimah Allah sehingga ia diputuskan di mahkamah.mynewshub

Sekurang-kurangnya bagi pihak kerajaan Jamil sudah bersuara dan ianya membuktikan desakan serta suara pihak-pihak di luar contohnya barisan NGO yang memberikan tekanan terhadap sikap bangsat duta vatican mendapat perhatian.Baca Sini 

Puak yang mengaku Islam dan tuduh orang lain kafir pula macam mana ? Dok sibuk di Kuala Besut kot ?

MMI

1 comment:

  1. Apa bidas2 ni Datok. Ambil tindakan halau saja di keluar dari Malaysia. Tegas lah sikit, jangan lembek sangat.

    ReplyDelete

Labels