Semalam secara rasminya PRK DUN Kuala Besut memasuki fasa berkempen setelah selesai proses penamaan calon yang menyaksikan wakil BN iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan menerima tentangan dari PAS yang diwakili Azlan Yusof dalam pertembungan satu lawan satu.
Menariknya penyertaan PAS dalam PRK kali ini berlaku tatkala PAS dan sekutunya dalam PR masih sibuk mencanang propaganda bahawa SPR tidak memiliki kewibawaan kononnya kerana terlibat dalam penipuan serta tidak telus dalam PRU-13.
Bila mana ia berlaku sedemikian, makna kata pucuk pimpinan PAS secara sedar atau sebaliknya masih mengiktiraf kewibawan SPR serta tetap menaruh kepercayaan terhadap kredibiliti dan keberkesanan badan itu dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.
Syabas kita ucapkan kepada pemimpin PAS di atas pengiktirafan tersebut dan SPR juga wajar berterima kasih kepada pemimpin PAS kerana membantu membersihkan namanya dari propaganda jahat yang pernah dan sedang dilakukan oleh PR.
Namun begitu kita jangan sesekali lupa, selain dari PAS ada lagi individu lain yang turut berhak menerima penghargaan sedemikian. Orang yang penulis maksudkan ialah Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang merangkap bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Kehadiran Kit Siang semalam semasa proses penamaan calon semalam sesungguhnya satu manifestasi keyakinan pemimpin veteran DAP itu terhadap ketelusan proses pilihan raya Malaysia dan ia nyata bercanggah dengan saranan boikot oleh anaknya pada 1 Julai 2013.
Guan Eng menyebut tindakan boikot itu perlu sebagai satu tindakan protes membantah SPR yang didakwa tidak telus dalam menjalankan tanggungjawabnya. Tapi dalam sibuk-sibuk si anak memburukkan SPR boleh bapa kandungnya tampil memberi sokongan untuk PAS untuk menjayakan PRK DUN Kuala Besut yang dikendalikan oleh SPR.
Penjelasan logik untuk meleraikan percanggahan si anak dan bapa ini amat jelas, yakni segala dakwa-dakwi pertikaian terhadap kredibiliti SPR dan persoalan mengenai keputusan PRU-13 hanyalah satu propaganda murahan semata-mata. Jika itu bukan jawapannya, maka sah sudah Guan Eng sengaja dimalukan oleh bapa sendiri.sumber
Paling tak boleh blah gambar kat bawah ni ...
Poyo ja mamat ni , apa yang di tenungnya tu semacam tak puas ati ja ?? Hahaha ....
MMI
No comments:
Post a Comment