Followers

Wednesday 17 July 2013

Jangan Cabar Kesucian ISLAM ~ TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencabar dan mempersendakan kesucian Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin berkata, perbuatan mempersendakan Islam seperti yang dilakukan pasangan Alvin Tan dan Vivin Lee baru-baru ini, semakin timbul kebelakangan ini yang dikhuatiri mencetuskan kemarahan umat Islam sekali gus menjejaskan hubungan kaum di negara ini.

"Kedudukan Islam tidak boleh dipersoal kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan negara. Saya bimbang kalau hal ini (persenda) berlaku sepanjang masa dan menjadi trend sehingga orang Islam tidak boleh bersabar lagi," katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau parlimen berkenaan, di Masjid Jamek Paya Redan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Puan Sri Norainee Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Adun Bukit Serampang Ismail Mohamed.

Beliau berkata, perbuatan kedua-dua pasangan itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan segera untuk mendakwa mereka perlu dilakukan memandangkan sudah ada bukti yang mencukupi.

Menurut Muhyiddin beliau amat menyokong tindakan segera terhadap mereka atau sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan seumpama itu kerana ia tidak boleh dibiarkan.

"Kita mesti tunjuk prinsip kita dalam mempertahankan kesucian agama. Kita mahu pastikan Islam tidak boleh dinodai oleh sesiapa," tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri juga perlu mendidik orang ramai bagi membendung perbuatan sama daripada berulang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan negara memandangkan ada pihak menuduh sistem pendidikan negara sebagai punca tercetusnya perbuatan kedua-dua pasangan terbabit.

Kedua-dua pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan’ di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. - BERNAMA

MMI

4 comments:

  1. dah berakar umbi baru dengar suara TPM konon mempertahankan Islam. benda dah lama berlaku, sebelum PRU lagi. nak dekat PAU nih ramailah pemimpin Melayu yang bersuara. lepas tuh hilang. agama Islam, bangsa Melayu, Raja Raja Melayu semuanya telah dicabar, kenapa baru sekarang nak bersuara? baru sekaranglah pemimpin Melayu nak tunjukkan telur, kenapa tak dari dulu lagi? semua nih nak hambat hari ahli UMNO pada PAU hujung tahun. pooooraaaaahhhhh!!!! itu pun takat amaran ajer.

    ReplyDelete
  2. Tak payah nak amaran lagi...

    Dah melambak orang pig buat... masih nak amaran jugak... Ini maknanya pemimpin tak ada telor !!!

    ReplyDelete
  3. si bangsat cinabeng dua ekor ni menyalahgunakan logo halal JAKIM untuk sup babi.

    Adakah JAKIM tak sedar, tak nak masuk campur atau tak nak susahkan diri menyaman si bangsat cinabeng ini atas kesalahan tersebut.

    Atau JAKIM sendiri kecut telur dengan cinabeng

    Atau dalam JAKIM sendiri banyak puak munafik fuckatan yang sengaja tak mau usik puak-puak DAPig. Sebab Hadi atau Nik Ajiz tak benarkan tindakan diambil...

    Orang JAKIM tolong jawab !

    ReplyDelete
  4. Lihat perkembangan yang amat merbahaya untuk Orang Asli miskin ini, termasuk yang Islam. NGO, yang disyaki dari puak Kristian Zionis DAP/PKR dan sekutu Barat-Israelnya, mensasarkan 8, 000 rumah orang Asli dari lebih 800 kampung, kononnya untuk di'TOLONG' dalam segala hal, dalam masa LIMA tahun (bukankah masa ini untuk pilihanraya akan datang)! Bahkan saya dulu ada berjumpa dengan Orang Asli yang makin diKristiankan oleh puak Kristian Zionis ini, dan terus dihasut untuk membenci orang Melayu/Islam/Umno, serta untuk menyokong PKR/DAP. Sepatutnya pihak ATM dan NGO Melayu/Islam bekerjasama erat yang boleh membantu Orang Asli miskin membina rumah yang selamat selain dari menjaga kebajikan mereka.

    Sila lihat di http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/07/18/30-volunteers-join-forces-to-build-a-house-for-orang-asli-family.aspx:

    Epic Homes was initiated by four friends back in 2010 to help orang asli families in Hulu Selangor.
    The current house is the sixteenth Epic Homes has helped to build but this was the first time GE Malaysia and AirAsia Bhd collaborated with the former for such a project.

    GE Asean chief executive officer Stuart Dean said the whole idea was to contribute to less-privileged communities…….

    People-Powered Project
    Epic Homes co-founder John-Son Oei said bringing more corporations into the Epic Homes programme was a significant achievement.

    The whole aim of the project is to empower ordinary people as the solution to rural development, he said.

    …….The underlying idea was not just to build homes, but to provide an avenue to help the orang asli community.

    “There are many underlying issues that need to be tackled, not only concerning poverty but matters such as microfinance, education and medical facilities.

    “Building homes gives us the chance to forge a relationship with the community and help outsiders mingle and establish ties with the locals,” said Oei.
    Volunteers range between 18 to 60 years of age and come from diverse backgrounds.

    They undergo basic training and are elevated to ‘master-builder’ status once they complete three to five houses.

    The system trains individuals to become project managers, including how to raise funds for the project…….

    …..Epic Homes target is to build housing for 8,000 orang asli families from 834 villages in the country over the next five years…...

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    ReplyDelete

Labels