Followers

Sunday 14 July 2013

Kuala Besut ~ Calon BN Bukan Anak Tempatan ???


PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.

Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini...cuma keluarganya ada di sini.

"Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Bharu di sini, Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya.

Nampak sangat terdesak teruk puak-puak PAS ni sampaikan isu remeh macam ni pun nak di jadikan bahan kempen.

Alo brader Nurul Izzah tu orang Lembah Pantai ka ? Guan Eng tu orang Bagan ka ? Mat Sabu tu orang Pendang ka ? Hahahaha agak-agak lah...

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Ku Abd Rahman menolak sekeras-kerasnya dakwaan PAS berhubung kesahihannya sebagai anak tempatan Kuala Besut sekaligus menegaskan tuduhan tersebut tidak tepat.

Tambahnya lagi, beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selama lima tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.

"Saya adalah kelahiran kampung Nail, Kuala Besut. Telah berkhidmat lima tahun di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.

"Baru dua bulan sahaja pindah ke Kuala Lumpur. Jadi isu bukan anak tempatan adalah sangat tidak tepat," tegas beliau.sumber 

Bagi MMI mudah asalkan calon dan pemimpin itu benar-benar layak untuk berkhidmat kepada rakyat dah cukup sebenarnya , jangan pula cari calon yang belum jadi wakil rakyat lagi dah janji akan lantik orang lain untuk buat kerja wakil rakyat..kalau macam tu anak tempatan pun tak guna brader !!

MMI

1 comment:

Labels