Followers

Wednesday 24 July 2013

Media Pro Pembangkang Sudah Akui Kemenangan BN Di #PRKKuala Besut


Dengan masa yang berbaki tak lebih dari 15 minit lagi untuk keputusan rasmi PRK Kuala Besut diumumkan oleh SPR , media pro pembangkang nampaknya sudah mula menerima hakikat yang Barisan Nasional kekal menang di Kuala Besut.

Merujuk kepada laporan dalam Malaysiakini ..
Tak Rasmi : BN kekalkan DUN Kuala Besut
Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.
Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.
Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.
LANGSUNG
8pm: BN mendahului dengan hampir 2,600 undi
PAS 5283
BN 7882
Majoriti 2599
Undi rosak 93
Manakala blog pro pembangkang Addin pula melaporkan ..

Berdasarkan keputusan awal yang diperolehi, Barisan Nasional (BN) dijangka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bahkan boleh menambahkan majoritinya.

Keputusan awal yang diterima bilik gerakan parti masing-masing menunjukkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berada di depan berbanding calon PAS, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira. ~the malaysian insider

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels