Penyokong pembangkang cuba mencetuskan provokasi apabila merempuh masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu apabila mereka mengesyaki kereta yang sebenarnya membawa pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk membuat tinjauan, membawa peti undi untuk diseludup masuk ke pusat mengundi di situ.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang juga berada di situ berharap agar penyokong pembangkang tidak mencetuskan provokasi dan huru hara, serta menasihati kesemua penyokong pembangkang supaya bertenang dan membiarkan proses pengundian berjalan dengan lancar
“Apa yang didakwa oleh mereka itu tidak benar dan apa yang saya difahamkan, kereta itu sebenarnya membawa Timbalan Pengerusi SPR untuk melawat ke kawasan-kawasan pengundian di sekitar kawasan DUN Kuala Besut. Dalam hal ini, Timbalan Pengerusi SPR sememang berhak untuk melawat di mana saja kawasan mengundi.
“Tetapi penyokong pembangkang telah merempuh masuk dan mengerumi kereta yang membawa Datuk Wan Ahmad termasuk kereta yang mengiringinya, seterusnya memaksa kereta tersebut untuk keluar dari pusat pengundian tersebut kerana menyangkakan kereta tersebut membawa peti undi,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Menurut beliau, mungkin para penyokong itu tidak mengetahui bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR berhak untuk keluar masuk dan melawat ke mana-mana pusat pengundian di kawasan ini.
“Pegawai SPR memang berhak untuk melakukan tinjauan di mana-mana kawasan mengundi. Hanya orang-orang biasa seperti kita saja yang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan mengundi kecuali untuk mengundi,” jelasnya.
Dalam kejadian tersebut, para penyokong pembangkang berhimpun di hadapan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu sebaik saja kereta yang membawa timbalan pengerusi SPR, Tan Sri Wan Ahmad masuk untuk melakukan tinjauan di pusat pengundian tersebut.
Keadaan bertambah gawat apabila beberapa penyokong pembangkang mula melakukan provokasi dan seterusnya merempuh masuk ke dalam kawasan mengundi dan bertindak mengerumuni kereta pegawai SPR serta memaksa mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya menenangkan keadaan dan keadaan bertambah terkawal apabila Timbalan Pengerusi SPR dibawa keluar dari kawasan tersebut dengan diiringi oleh pegawai SPR dan pihak polis.sumber
Nak tau kenapa MMI kata puak-puak macai ni bodoh ? Sebabnya kalau benarlah SPR dan mana-mana pihak yang nak buat kerja menipu seperti mana yang puak pencacai ni kata , lebih baik SPR bawa kenderaan mereka sendiri dan sudah pasti dengan logo SPR yang tertera di kenderaan terbabit akan memudahkan mereka untuk terus masuk ke pusat pengundian.
Betul tak ? BODO PIANG !!!
MMI
No comments:
Post a Comment