Followers

Showing posts with label #PRKKuala Besut. Show all posts
Showing posts with label #PRKKuala Besut. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Media Pro Pembangkang Sudah Akui Kemenangan BN Di #PRKKuala Besut


Dengan masa yang berbaki tak lebih dari 15 minit lagi untuk keputusan rasmi PRK Kuala Besut diumumkan oleh SPR , media pro pembangkang nampaknya sudah mula menerima hakikat yang Barisan Nasional kekal menang di Kuala Besut.

Merujuk kepada laporan dalam Malaysiakini ..
Tak Rasmi : BN kekalkan DUN Kuala Besut
Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.
Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.
Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.
LANGSUNG
8pm: BN mendahului dengan hampir 2,600 undi
PAS 5283
BN 7882
Majoriti 2599
Undi rosak 93
Manakala blog pro pembangkang Addin pula melaporkan ..

Berdasarkan keputusan awal yang diperolehi, Barisan Nasional (BN) dijangka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bahkan boleh menambahkan majoritinya.

Keputusan awal yang diterima bilik gerakan parti masing-masing menunjukkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berada di depan berbanding calon PAS, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira. ~the malaysian insider

MMI

#PRKKuala Besut Memperlihatkan Betapa BODOHnya Puak Pembangkang !!


Penyokong pembangkang  cuba mencetuskan provokasi apabila merempuh masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu apabila mereka mengesyaki kereta yang sebenarnya membawa pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk membuat tinjauan,  membawa peti undi untuk diseludup masuk ke pusat mengundi di situ.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang juga berada di situ berharap agar penyokong pembangkang tidak mencetuskan provokasi dan huru hara,  serta menasihati kesemua penyokong pembangkang  supaya bertenang dan membiarkan proses pengundian berjalan dengan lancar

“Apa yang didakwa oleh mereka itu tidak benar dan apa yang saya difahamkan, kereta itu sebenarnya membawa Timbalan Pengerusi SPR untuk melawat ke kawasan-kawasan pengundian di sekitar kawasan DUN Kuala Besut. Dalam hal ini, Timbalan Pengerusi SPR sememang berhak untuk melawat di mana saja kawasan mengundi.

“Tetapi penyokong pembangkang telah merempuh masuk dan mengerumi kereta yang membawa Datuk Wan Ahmad termasuk kereta yang mengiringinya, seterusnya memaksa kereta tersebut untuk keluar dari pusat pengundian tersebut kerana menyangkakan kereta tersebut membawa peti undi,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.


Menurut beliau, mungkin para penyokong itu tidak mengetahui bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR berhak untuk keluar masuk dan melawat ke mana-mana pusat pengundian di kawasan ini.

“Pegawai SPR memang berhak untuk melakukan tinjauan di mana-mana  kawasan mengundi. Hanya orang-orang biasa seperti kita saja yang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan mengundi kecuali untuk mengundi,” jelasnya.

Dalam kejadian tersebut, para penyokong pembangkang berhimpun di hadapan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu sebaik saja kereta yang membawa timbalan pengerusi SPR, Tan Sri Wan Ahmad masuk untuk melakukan tinjauan di pusat pengundian tersebut.


Keadaan bertambah gawat apabila beberapa penyokong pembangkang mula melakukan provokasi dan seterusnya merempuh masuk ke dalam kawasan mengundi dan bertindak mengerumuni kereta pegawai SPR serta memaksa mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menenangkan keadaan dan keadaan bertambah terkawal apabila Timbalan Pengerusi SPR dibawa keluar dari kawasan tersebut dengan diiringi oleh pegawai SPR dan pihak polis.sumber 

Nak tau kenapa MMI kata puak-puak macai ni bodoh ? Sebabnya kalau benarlah SPR dan mana-mana pihak yang nak buat kerja menipu seperti mana yang puak pencacai ni kata , lebih baik SPR bawa kenderaan mereka sendiri dan sudah pasti dengan logo SPR yang tertera di kenderaan terbabit akan memudahkan mereka untuk terus masuk ke pusat pengundian.

Betul tak ? BODO PIANG !!!

MMI

TERKINI KEPUTUSAN Tidak RASMI Semua PDM #PRKKuala Besut


Berikut adalah keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya kecil Kuala Besut setakat jam 7 malam ..

1. Seberang Barat luar - BN 1007 - PAS 274 (tak rasmi )

2. Kg Baru - BN 748 - PAS 478 (tak rasmi)

3. P.Perhentian - BN 398 - PAS 187

4. Seberang Barat - BN 544 - PAS 176 (tak rasmi)

5. Bukit Puteri - BN 967 - PAS 946

6. Kg Nangka - BN 524 - PAS 510

7. Tok Saboh - BN 1543 - PAS 956

8. Kg Nail - BN 822 - PAS 523


Untuk makluman TPM kini berada di Kuala Besut dan di beritakan akan bersama-sama dengan calon dan para penyokong Barisan Nasional pada jam 10.00 malam nanti untuk mendengar pengumuman rasmi keputusan PRK Kuala Besut.

Sama-sama kita nantikan..

MMI

Keputusan Awal BN Menang Di Pulau Perhentian !!


Getaran menantikan keputusan pilihan raya kecil N01 Kuala Besut di nantikan oleh semua pihak apatah lagi keputusan ini bakal menentukan pola politik di Terengganu kerana sehingga kini kerusi yang di miliki oleh BN adalah 16 dan pembangkang pula 15.

Maka sudah tentu kerusi N01 Kuala Besut menjadi semakin panas apabila ianya bakal di tentukan oleh rakyat setelah wakil rakyat sebelum ini meninggal dunia.

Walaubagaimanapun kem BN sedikit ceria apabila keputusan awal menunjukkan satu pusat mengundi Pulau Perhentian menang dengan majoriti 275 apabila pengiraan undi dibuat pada jam 4.00 petang tadi.

BN = 454
PAS = 179
Jumlah= 633
Rosak= 4
MAJORITI = 275

Pada PRU 13 lalu, BN memperolehi lebihan majoriti 269 bermakna pertambahan 6 undi sahaja bagi PRK kali ini bagi Pulau Perhentian.sumber 

MMI

#PRKKuala Besut 79.76% Keluar Mengundi


Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada jam 5 petang ini. 

Pusat pengundian itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut; 

Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut; SK Alor Peroi; SK Kampung Nangka, SK Kampung Nail, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.

Pusat pengundian di Pulau Perhentian iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ditutup pada 3 petang. Kesemua pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini. 

Keputusan rasmi PRK Kuala Besut dijadual diketahui selepas pukul 10 malam ini bagi memberi peluang kepada pemimpin serta penyokong parti bertanding menunaikan solat Tarawih.

Sementara itu sehingga jam 5 petang tadi menyaksikan seramai 13,188 pengundi atau 79.76 peratus sudah keluar mengundi.

MMI

Tuesday, 23 July 2013

#PRKKuala Besut PAS Makin Terdesak RASUAH , SABOTAJ Jalan Terakhir ?!!


Memandangkan hari ini merupakan hari-hari terkahir siri kempen di PRK Kuala Besut secara tiba-tiba PAS yang selama ini menyembunyikan wajah sebenarnya kini mula mendedahkan segala-galanya.Barangkali dengan tempoh masa berbaki sehingga ke tengah malam ini mungkin PAS dan jenteranya merasakan masa yang di berikan selama ini tidak cukup dengan kepura-puraan dan ianya perlu lebih agresif.

Wajah yang selama ini menunjukkan tahap warak yang mampu mengundang simpati orang-orang Islam kini sudah tidak lagi kelihatan mereka semakin galak dan kerana galak itulah PAS lupa untuk mengingatkan kepada jentera dan juak-juaknya supaya mematuhi arahan pengarah.

Apabila arahan pengarah tidak lagi menjadi asas kepada lakonan di Kuala Besut maka hari ini sahaja kita dapat menyaksikan beberapa tindakan yang jauh berbeza daripada apa yang dilaungkan oleh PAS selama ini.

Tindakan melekatkan "sticker" BN di salah satu masjid di Kampung Tok Saboh dengan jelas sekali merupakan satu tindakan SABOTAJ terhadap BN kerana di maklumkan masjid ini merupakan masjid yang di pelopori oleh PAS dan berada dalam kawasan kubu kuat PAS.

Mungkin akan ada yang berkata sejauh mana kita boleh mengesahkan yang ianya adalah tindakan sabotaj oleh macai-macai pembangkang ? Jangan ribut dulu sahabat blog MPP ada jawapannya...


Cuba bayangkan, macam mana stiker politik macam tu boleh dilekatkan di mimbar dan juga dinding masjid tersebut? Adakah ianya disengajakan ataupun sabotaj oleh pihak-pihak tertentu?

Melalui hasil tinjauan gua pada pagi tadi di masjid berkenaan, stiker politik tu dah pun dibuang. Macam biasalah beb.., semua yang berkenaan disitu menyalahkan Umno diatas apa yang berlaku..

Kata seorang pakcik yang enggan didedahkan identitinya kepada gua, Umno disini dah terdesak untuk menang.. Pasal tu lah mimbar masjid pun dah jadi medan untuk berpolitik secara jijik.., katanya.

Dan setelah gua selidik, masjid ni merupakan masjid "Pas" dan terletak didalam kawasan kubu kuat Pas.. Agak mustahil jugak la ada jentera Umno sanggup risikokan dirinya untuk lekat stiker macam tu di mimbar masjid kannn...

Gua dimaklumkan, Masjid Hj Yaakub di Kampung Tok Saboh ni juga tak mendapat pengiktirafan dari Jabatan Hal Ehwan Agama Terengganu (JHEAT).

So.., pada pandangan gua.., kejadian lekat stiker politik di mimbar masjid ni adalah permainan kotor Pas sebenarnya didalam usaha dorang menawan semula Dun Kuala Besut.

Modus operandi dorang adalah untuk memburukkan Umno disini dan meraih keuntungan dari kemarahan rakyat dikawasan sekitar dengan apa yang terjadi..Baca Selanjutnya 

Nampakkan ? Begitulah wajah sebenar PAS , mereka suka bersembunyi dalam gelap dan ketawa apabila UMNO di herdik dan di caci oleh mana-mana pihak tetapi mengaku TIDOR apabila sahabat sendiri melakukan ONAR !! Dasar PENGKIANAT !!!

Baca juga artikel ini PAS Mula Merasuah !! 

MMI

Calon PAS Che Long MERINTIH Dalam SMS #PRKKuala Besut


Ish ish apa kena pula dengan calon PAS di Kuala Besut ni ? Tiba-tiba saja di khabarkan merintih tak tentu pasal , mungkin kerana tekanan dalam PRK ni kot ... kadang-kadang tekanan boleh menyebabkan mana-mana pihak jadi jem sekejap.Tapi tak pastilah pula rintihan Che Long ni kerana tekanan politik atau tekanan daripada puak sendiri !!



Kalau benarlah ini SMS dan rintihan calon PAS di Kuala Besut memang dia kena goreng habislah dengan puak-puak gurka PAS tu.."Pitih ambo demo nok" hahaha MMI nak bagitau kat ampa puak-puak ni kalau bab pitih lagi deraih cita dia !!! Ingat lagi PRK Permatang Pasir puak-puak kaki lalak PAS beratur panjang nak ambil duit hahaha jangan buat-buat lupa plak !!

MMI

PANASS PAS Mula MERASUAH Pengundi Di #PRKKuala Besut HABIH MODAI KEMPEN DAH !!!


Sekali lagi PAS membuka aib sendiri apabila menganjurkan program memberikan petrol secara percuma kepada rakyat.Bukan MMI nak pertikaikan tentang pemberian tersebut kerana ianya cukup baik malah jika di lakukan berterusan pun rasanya lebih ramai rakyat di luar sana SETUJU.

Namun program sebegini dan di anjurkan oleh PAS jelas sekali membuka aib mereka sendiri kerana selama ini UMNO sering saja di tuduh sebagai pengamal rasuah dan sentiasa menggunakan wang ringgit bagi mencapai satu-satu tujuan.

UMNO di hina dan di caci kononnya inilah sebenarnya dalang dalam segala tindakan menjurus kearah kesesatan.

KINI dengan pemberian petrol percuma pada ketika PAS sedang berkempen di Kuala Besut bertanding menentang calon UMNO , JELAS lagi NYATA PAS sedang sedang menghalalkan cara dan tindakan KEMPEN RASUAH mereka bagi mendapatkan sokongan.


Jangan pula selepas ini di war-warkan kononnya pemberian petrol percuma itu di taja oleh orang-orang korporat atau mana-mana dermawan kerana jik aitu berlaku maka PAS sekali lagi berbohong kepada rakyat kerana jelas program tersbut di taja oleh Pemuda PAS.


Seperkara lagi sekiranya masih lagi ada pihak yang mengaku menjadi penaja kepada program pemuda pencacai pakatan haprak tu MENGAPA buat di Stesen Minyak Kg Nail, Kuala Besut ??? Banyak tempat lain lagi , di Kelantan pun boleh buat juga !! 

Duit parti tu bro !! Guan untuk RASUAH pengundi di Kuala Besut ... PAS Ptuihhhh !!!

MMI

Monday, 22 July 2013

GEMPAR Hadi Awang Kena LUDAH Dengan Nik Ajiz Di #PRKKuala Besut ??!


Berlaku satu insiden yang agak mengejutkan MMI di Kuala Besut pada ketika kempen parti-parti politik bertanding semakin rancak di jalankan.Malah jika di teliti insiden ini sebenarnya mengundang pelbagai persepsi yang mungkin tidak di lihat kebanyakkan rakyat khususnya mereka-mereka yang masih lagi mengekalkan taat setia kepada parti PAS yang kini di biarkan keseorang dalam kempen tanpa mendapat sokongan padu daripada sahabat sesyurga mereka PKR dan DAPigs.

Semuanya bermula apabila Hadi Awang dalam ceramahnya dengan begitu bersemangat dan penuh tawaduk menyatakan sekiranya PAS di berikan peluang untuk memenangi kerusi DUN Kuala Besut maka pentadbiran negeri Terengganu akan di serahkan kepada UMNO.

Fuh sekali dengar sahaja sudah cukup untuk membuatkan macai-macai pembangkang tersenyum dan rasanya mungkin kelam kabut untuk di canangkan di serata pelusuk kampung kononnya PAS dan presidennya cukup ikhlas dalam perjuangan kali ini.

HAHAHAHA kenyataan yang cukup menggelikan hati MMI kerana ianya jelas sekali memperlihatkan betapa terdesaknya PAS sampaikan presidennya membuka aib sendiri.

Dalam masa yang sama pengundi Kuala Besut diingatkan supaya tidak terperangkap dengan helah PAS yang mendakwa parti itu tidak berminat menjadi Menteri Besar sekiranya berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mustahil bagi pembangkang untuk tidak menimbulkan kekecohan jika mereka berjaya mewujudkan situasi 'DUN tergantung'.

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu.

"Jangan terjebak dan termasuk dalam perangkap itu kerana mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika kedudukan kerusi DUN berada dalam keadaan 16:16," katanya.

Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengundi di Kuala Besut perlu memahami implikasi jika berlakunya situasi DUN tergantung di Terengganu.

Katanya, situasi berkenaan hanya akan menggugat kestabilan politik di negeri ini terutama dalam menentukan pihak mana yang berhak membentuk kerajaan.

"Pengundi Kuala Besut cukup penting bagi menentukan masa depan Terengganu kerana kalau kerajaan tergantung, kerajaan tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan mengenai siapa boleh bentuk kerajaan kerana masing-masing mempunyai kerusi yang seimbang.

"Sebab itu saya menyeru dan merayu pengundi supaya jangan terjebak dengan kempen-kempen yang berbentuk sebegini, berikan kepercayaan kepada BN bagi menentukan kerusi yang ke-17," katanya.Baca Seterusnya  

Itu kata Datuk Seri Zahid , dan ada benarnya kenyataan tersebut kerana selama ini PAS sering kali tidak pernah menunaikan kata-kata mereka khususnya perkara-perkara yang merujuk kepada gerak kerja bersama UMNO.

Namun ada seperkara yang MMI rasa perlu di ketahui oleh semua apabila kenyataan oleh Hadi Awang di buat.

Memberi laluan kepada UMNO atau BN untuk menerajui Terengganu sekiranya PAS menang di Kuala Besut MEMBUKTIKAN bahawa Hadi Awang secara tidak langsung MENGAKU bahawa perpaduan diantara PAS dan UMNO sebenarnya boleh dilakukan.

Persoalannya mengapa dalam pilihanraya kecil ini PAS SANGGUP tetapi TIDAK semasa usaha perpaduan diantara UMNO dan PAS satu ketika dulu ? Malah ada di antara pemimpin PAS sendiri yang di panggil mengadap jawatankuasa disiplin kerana isu tersebut ?

Seperti kata Datuk Seri Zahid , hati-hati dengan kenyataan sebegitu kerana ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu.

SEPATUTNYA PAS perlu mengambil tindakan terhadap Hadi Awang kerana beliau sudah memulakan semula bibit-bibit perpaduan di antara PAS dan UMNO kerana itu adalah pantang larang dalam PAS malah Nik Ajiz rasanya hampir pasti akan meludah muka Hadi Awang kerana punya impian sebegitu.

Kesimpulannya apakah kita mahu meletakkan kepercayaan kepada PAS khususnya dalam kempen di Kuala Besut hari ini ??? MMI serahkan kepada pengundi untuk tentukan...

MMI

Semakin Sepi & Lesu #PRKKuala Besut


Pas mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk merampas kembali kerusi DUN Kuala Besut yang pernah dimenangginya pada tahun 1999. Ia berdasarkan gerak kerja kempen dan ceramah yang dilakukan dilihat semakin sepi dan kurang mendapat sambutan yang mengalakkan.

Sebagai contoh bertempat di UPU Kampung Nangka ceramah parti itu pada malam tadi memperlihatkan penurunan sokongan yang semakin merosot.

Ahli Parlimen Pas dari Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi terpaksa bercakap dihadapan kira-kira 20 orang penonton sahaja yang rata-rata merupakan petugas parti itu yang dibawakan khas untuk membantu jentera kempen.

Memandangkan permit ceramah telah diluluskan, program yang diadakan pada malam itu  terpaksa diteruskan juga bagi mengelakkan isu tersebut digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai modal kempen.

Tambah menyedihkan, ucapan wakil tunggal Dewan Muslimah Pas itu seperti hilang arah apabila berulang kali tersalah sebut sehingga terpaksa meminta para hadirin membantunya untuk menghidupkan suasana.

Dia yang ingin menceritakan kononnya masjid dan surau di Terenganu seolah sepi disebabkan pemerintahan kerajaan BN, seperti kehilangan ayat apabila terpaksa berhenti berulang kali.

“Di terengganu ni masjid dia cantik-cantik, tapi.. tapi.. tapi..  Apa tu.. Apa namanya tu.. Apa yang orang panggil bila ramai orang pergi masjid” soalnya kepada para hadirin.

Malah isu yang dibawa juga lebih menjurus kepada perihal ‘kehebatan’ kerajaan Selangor yang diperintah oleh pakatan.

“Saya minta tuan-tuan pergi Selangor.. Masjid dipenuhkan.. Kita memerintah sejak 2008 dengan rakan dari DAP” katanya.

Menurut salah seorang penyokong Pas tegar yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Pok Suh, 63 mengatakan peluang parti itu untuk merampas kembali kerusi DUN Kuala Besut dijangka sukar

“Payah Pas nak nak menang kat sini, BN agak kuat. Tapi mungkin boleh kurangkan majoriti.

“Che Long ada masalah dengan orang Pas kawasan. Dia dilihat lebih cenderung dengan kumpulan liberal berbanding kumpulan ulama” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang lain, program penerangan Pas yang diadakan di Kampung Alor Pisang juga turut gagal menarik sokongan pengundi. Dianggarkan hanya sekitar 35 orang sahaja yang kelihatan hadir ketika ahli Parlimen Pas, dari Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ceramahnya.

Tambah menarik, isu-isu yang dilontarkan juga lebih menjurus kepada isu nasional berbanding isu dan permasalahan rakyat di kawasan.sumber 

MMI

Sunday, 21 July 2013

PAS Jilat Ludah Sendiri Di #PRKKuala Besut


Sebut sahaja parti PAS sudah pasti kita tahu inilah parti politik yang tidak mengaku mereka parti politik kerana beranggapan PAS adalah pejuang Islam.Hebat ! Mendengarnya sahaja sudah cukup untuk meloyakan anak tekak sesiapa sahaja yang tahu cerita sebenar.

Untuk itu MMI nak berkongsi dengan semua pendedahan menarik tentang sikap PAS yang suka menuding jari kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama mereka lupa empat jari lain sebenarnya menghala kepada diri sendiri.

Jika selama ini UMNO dan BN di tuduh menggunakan segala kemudahan kerajaan bagi tujuan kepentingan politik kini rasanya PAS dan seluruh safnya bolehlah menerima kenyataan yang mereka kini sudah MENJILAT LUDAH SENDIRI !

PRK Kuala Besut menjadi BUKTI bagaimana puak-puak yang mengaku pak lebai ini sebenarnya hanyalah PAS Lebai kaki putar belit.Malah mungkin kerana beranggapan merekalah yang paling maksum dalam soal agama Islam maka setiap perkara yang dilakukan oleh mereka itu dianggap 100% HALAL !! 

Alo brader , ni MMI nak bagitau sikit kalau cakap tak serupa bikin rasanya perkataan MUSIBAT amat sesuai untuk PAS dan puak-puak macainya.

Tak Percaya ???





Kelihatan pelajar dari Pusat Kesihatan Kampus Kesihatan USM datang untuk membantu jentera PAS yang dianggarkan 20  orang termasuk lelaki dan perempuan yang berada di Masjid Hj. Hussein. 

Mereka memakai baju berwarna oren dengan tulisan sukarelawan USM. memang dah dari PRU 13 lagi mereka ini telah di perkudakan oleh Pensyarah mereka dengan ugutan tidak diberi pointer yang baik jika mereka ingkar dengan arahan. 

Kebanyakan mereka didalangi oleh kebanyakan pensyarah dan orang kuat U yang menjadi penyokong kuat kepada PAS dan pakatan rakyat.

Betullll !! Tak percaya ?? Tengok kat bawah tu ...


Sebenarnya mereka sudah lama kudakan pelajar umtuk berkempen untuk mereka, diugut oleh Pensyarah jika tidak mahu ikut arahan akan gagal dalam ujian nanti,PATUT KA ??

Memang dasar KAMJAT !! Baca Selanjutnya 

MMI

Saturday, 20 July 2013

Abby Mula Menggedik Di Kuala Besut Dengan Laki Baru


Tentunya antara yang jadi tumpuan dalam PRK Kuala Besut ni adalah pasangan hot yang baru kahwin Abby Abadi yang dikatakan mula usung suami mudanya ke pentas ceramah Pas di Kuala Besut malam semalam. Semua dah tau yang suaminya si Farhan berasal dari Kelantan tu dah sah bergelar suami Abby. Bagus la Abby dah ada jurugambar peribadi sendiri ehh hihi .. 

Tapi rasanya tak perlulah si Abby tu menayangkan suaminya walaupun dalam pentas politik nanti orang jelek dan menyampah pulak , bukan apa tak nak pulak nanti orang cakap suami turut cakap isteri .. hrnnn ..

Lagi satu yang tak sedap dengar tapi tak tahu kesahihannya dikhabarkan MP Kuala Terengganu juga ada cuba memikat Abby tapi mendapat tentangan dari isteri mudanya yang juga seorang artis iaitu Noryn Aziz ? betul ke benda ni ?? khabar bertiup kencang jugak di katakan Abby saja bawa suami baru ke Besut kerana nak tayangkan suaminya pada MP tu dan orang-orang yang cuba dekatinya dulu , hurnnn Wallahualam benda khabar angin ni .. sumber 

Psst bulan posa ni macam-macam hal...

MMI

Tuan Ibrahim Tuan Man Nak Hisap JARI ??? #PRKKuala Besut



Tu dia aih !! sampai jadi lagu tu..Habih pikiaq dah ka ?? Baru semalam rasanya SPR dah buat demo tentang penggunaan dakwat kekal untuk PRK Kuala Besut.Siap buat penambahbaikkan lagi celup basuh pun ada lagi.Malah kalau diikutkan penggunaan dakwat untuk pastikan ianya menjadi sebahagian daripada proses pengundian dan jangan lupa senarai nama,kad pengenalan,agen-agen wakil parti,pegawai SPR yang ada dalam bilik mengundi tu untuk apa ??

Kalau ada penipuan maknanya wakil agen pembangkang pun turut menipu sama la brader !!! Memang patut isap jarilah dia ni...

MMI

Friday, 19 July 2013

PAS KELIRU ~ Kuala Besut Ni Kelantan Ka Terengganu ??!! #PRKKuala Besut


Penyokong Pas di Terengganu khususnya di Besut tertanya-tanya ke mana menghilangnya pemimpin Pas Terengganu dalam kempen PRK Kuala Besut kali ini. Kelibat kewujudan mereka hanya dapat dilihat hanya ketika awal-awal sahaja iaitu selepas mengetahui kerusi DUN Kuala Besut diumumkan kosong oleh SPR.

Namun selepas tiba hari kempen selepas pengumuman dan penamaan calon pemimpin utama Pas Terengganu boleh dikatakan langsung tidak menunjukkan batang hidung mereka. Dalam jadual ceramah sepanjang tempoh kempen ini, langsung tidak kelihatan nama pemimpin utama Pas Terengganu yang turun berceramah. Nama-nama yang dapat dilihat hanyalah penceramah dan juga pemimpin Pas dari luar sahaja.

Di mana, ke mana dan kenapa situasi ini boleh berlaku. Umum mengetahui bahawa Pas Terengganu dari ini boleh dikatakan mendominasi kepimpinan Pas Pusat tetapi yang turun berkempen adalah pemimpin Pas daripada luar.

Apakah benar desas-desus dan berita yang dikhabarkan bahawa Pas Terengganu dan Pas Kelantan sedang berbalah sesama sendiri? Adakah pemimpin Pas Terengganu tidak berpuas hati dengan perlantikan Husam sebagai pengarah PRK Kuala Besut?

Antara rungutan yang paling panas yang dapat didengar oleh penyokong Pas Terengganu ialah Kuala Besut ini milik siapa sebenarnya? Adakah ia milik Terengganu atau milik Kelantan sehingga begitu ramai jentera kempen Pas datangnya dari kelantan sedangkan jentera kempen dari kawasan lain dari Terengganu boleh dikira dengan jari. yang lebih menyakitkan hati ialah kelibat Presiden Pas, Hadi Awang langsung tidak kelihatan di mana-mana ceramah besar yang dianjurkan Pas. Bukankah Hadi Awang itu orang Terengganu manakala Pesuruhjaya Pas Terengganu telah pergi menunaikan umrah dikala kempen PRK tengah rancak berjalan.

Jika berjalan-jalan di sekitar DUN Kuala Besut ini, tiada satupun banner yang menunjukkan kewujudan jentera kempen Pas yang datangnya dari Terengganu. Adakah kerana dialek orang di sini sama seperti orang Kelantan maka mereka beranggapan orang Kuala Besut sama macam orang Kelantan? Kuala Besut milik siapa… Terengganu atau Kelantan??? - Terengganu Today

Komen MMI kalau dah sampai orang tempatan pun tak ada fungsi dan mengharapkan orang luar ja apa cita ni ??? Huh nampak sangat dah celaru terok puak-puak ni .. Kepada orang di Kuala Besut tak payah pikir banyak sangat lah baca kat bawah ni kemudian pangkah ja BN nanti yee..


Terbaik !! 

MMI

Tengku Zaihan PERLU COOL #PRKKuala Besut


TERKADANG kita berasa cukup tenang apabila melihat orang tersenyum kepada kita. Ada orang kata, senyuman pengubat segala masalah.

Namun bukan semua orang mampu tersenyum setiap masa kerana lumrah manusia, kalau hidup dibelenggu masalah, mula lah ada yang tarik muka!

Tapi kehidupan sebagai Yang Berhormat (YB), menuntut semua itu dikorbankan. Namun itu jugalah resepi kejayaan

"Biar senyuman yang menjadi penambat hati rakyat. Itulah resepi kejayaan utama yang perlu ada pada setiap calon," demikian kata balu kepada Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu.


Nasihat itulah yang dititipkan Azizah Nik Omar, 53, kepada calon BN untuk PRK Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi memulakan langkah awal jika memenangi kerusi itu menggantikan arwah suaminya.

Azizah yang turut terlibat di dalam aktiviti Persatuan Srikandi Isteri Wakil Rakyat Terengganu turut mengingatkan calon muda itu supaya "cool" dalam apa jua masalah yang akan dihadapi setelah bergelar "orang politik".

"Dalam dunia politik ini, banyak cabaran dan dugaannya. Rakyat akan datang jumpa kita buat aduan walaupun isu kecil, jadi pemimpin ini kena sabar.

"Perlu bijak guna psikologi," katanya.

Bagaimanapun, sifat ramah dan murah dengan senyuman kekal menjadi resipi utama untuk membentuk hubungan yang baik dengan rakyat.

Perlu banyak belajar

Beliau turut mengimbau sifat Allahyarham yang sentiasa dihormati rakyat kerana sikap pemurah dan ramah mesra sehingga akhirnya diangkat menjadi wakil rakyat.

"Tengku Zaihan orang muda, saya tengok dia memang rajin senyum, eloklah itu.


"Tapi dia perlu banyak belajar, hati rakyat itu yang penting perlu ditambat, kalau kita baik, ramah, pandai ambil hati, macam mana sentimen politiknya pun kita akan dihormati," katanya lagi.

Tambahnya, kehadiran isteri Tengku Zaihan yang menceburi bidang pendidikan untuk membantu suami juga penyumbang kepada kejayaan.

"Isteri Tengku Zaihan juga kena bantu suaminya, baru orang tengok kedua-duanya baik.

"Demo keno turun kenal ore kampung," katanya dalam loghat daerah Kuala Besut.

Sementara itu, cahaya matanya yang bongsu Najihah A. Rahman, 19 turut mengakui Tengku Zaihan yang gemar tersenyum sama seperti arwah bapanya.

"Saya tengok dia suka tersenyum, sama macam ayah.

"Harap dia pun suka turun padang layan rakyat," katanya.sumber 

MMI

#PRKKuala Besut Mana Perginya Puak-Puak Artis Ni ??


Pada PRU-13 lepas umum mengetahui ada sekelompok artis yang sudah hilang seri popularitinya terlibar secara aktif membantu kempen parti pembangkang seperti PAS dan PKR. Jumlahnya boleh dikira dengan jari tapi bagi pembangkang kehadiran artis-artis ini dikira satu publisiti murahan untuk kempen mereka.

Antara artis yang terlibat itu termasuklah bekas pelawak yang dikenali sebagai Bob Lokman yang kini menjadi ostad jadi-jadian serta Leman Raja Lawak, pelakon filem seperti Hairie Othman, Pak Jambit, Mustapa Kamal dan Abby Abadi serta penyanyi Faisal Tahir, Aisyah dan Dayangku Intan.

Dua daripada mereka yakni Aisyah dan Dayangku Intan telah diangkat sebagai calon PAS dan PKR tetapi tewas, namun ia tetap satu peningkatan taraf berbanding sebelumnya hanya berceramah, manakala yang lainnya menjadi penceramah jemputan sebagai satu daya tarikan yang tak berapa nak menarik.

Di antara kesemua mereka ini, Abby Abadi boleh dikira paling kontroversi kerana tangan gatalnya yang gemar tweet sana sini dengan komen separa masak dan tak cerdik, sementara Bob Lokman pula diingati ramai disebabkan pernah mengkafirkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura.

Samada Abby mahupun Bob Lokman, kini kedua-duanya sudah tenggelam selepas berakhirnya PRU-13, semacam sudah hilang peranan dalam PAS seolah-olah habis madu sepah dibuang atau lebih tepat lagi selepas diperalatkan oleh PAS masing-masing kini hidup umpama kain buruk yang terbuang.

Malah menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 untuk PRK DUN Kuala Besut juga sampai kini nama mereka langsung tak kedengaran, kecuali Aisyah yang ada juga satu dua slot berceramah tapi yang lain-lainnya senyap sunyi macam sudah ghaib dari dunia politik yang baru setahun jagung mereka kenali.

Barangkali PAS tahu nasibnya dalam PRK DUN Kuala Besut amat kelam dan tak mustahil jurang perbezaan undi majoriti yang memihak kepada BN akan lebih besar berbanding sebelumnya, mungkin itu faktor utama kenapa PAS terpaksa melupakan selebriti artis yang bukan kepalang upah khidmat bakti mereka.

Tapi kot iya pun dah tahu kemungkinan besar akan kalah teruk, setidak-tidaknya bagilah peluang semua artis pro pembangkang yang malang itu beberapa slot ceramah, supaya ada juga sekupang dua wang poket buat meringankan bebanan kehidupan.

Tapi inilah hakikat politik terutama sekali melibatkan PAS, waktu masih baru dan fresh bukan main lagi diusung ke sana ke mari sampai tak cukup tidur dibuatnya mengelilingi negara demi menabur bakti untuk parti, alih-alih kain buruk juga jadinya.

Itulah agaknya sebab utama yang mengakibatkan bekas pelakon filem Leftenan Adnan melenting tak keruan baru-baru ini apabila kehidupannya selepas PRU-13 terumbang ambing sehingga terpaksa merayu meminta simpati PAS supaya prihatin dengan nasib yang menimpa dirinya.

Dulu-dulu sewaktu menjadi artis sepenuh masa, baik Hairie mahu pun artis yang lain adalah juga kerjanya mencari rezeki walau tak kerap menerima tawaran berlakon atau undangan menyanyi sekurang-kurangnya tidaklah sampai mati kutu dibuatnya macam sekarang terbiar tanpa pembelaan selepas selesainya PRU-13.

Kasihan, tapi dah nasib badan akibat mudah tertipu dengan propaganda PAS, terima sajalah. Harapnya tak usahlah para artis yang pernah tertipu dengan janji manis PAS sebelum ini terlalu melayan sangat rasa kecewa.

Tak dapat cari makan melalui PAS atau di negeri yang ditadbir PR tak mengapalah. Manalah tahu kot selepas ini dek kerana pernah berkhidmat bersama PAS dulu kemudiannya mendapat pembalasan menerima ‘kunci syurga’ bukankah berbaloi namanya tu, tak gitu? sumber 

MMI

Thursday, 18 July 2013

PAS Lakukan Kesilapan Besar Di #PRKKuala Besut


PAS sememangnya telah melakukan satu kesilapan besar di PRK Kuala Besut apabila membiarkan Mat Sabu Timbalan Presiden parti turun berceramah dan membantu jentera parti berkempen.Bukan menidakkan soal jawatan yang Mat Sabu pegang hasil daripada lantikan dan undian para perwakilan PAS dari seluruh negara tetapi PAS lupa rakyat kenal siapa Mat Sabu sebenarnya.

Malas dah nak cerita tentang Mat Sabun ni rasanya ramai yang tau tentang cerita dan cerita tentang beliau sebelum ini dan rasanya kerana itulah kempen PAS di Pulau Perhentian semacam serba tak menjadi.

Pulau Perhentian ada 734 pengundi berdaftar.Oleh kerana PAS dapat lebih 250 undi di situ pada PRU 13, sudah tentu pulau peranginan itu tidak terlepas sasaran kempen jentera itu bagi memenangkan calon mereka Azlan Yusof pada pilihanraya kecil Kuala Besut.

Tentunya PAS menjangkakan dapat tambah undi di pulau itu jika menghantar Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkempen dengan Azlan atau dikenali sebagai Che Long di situ Selasa malam.

Apatah lagi rombongan ke pulau yang dihubungkan dengan perjalanan bot kira-kira 30 minit dari jeti Kuala Besut turut  ditemani penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang tewas kepada Tan Sri Isa Samad di kerusi Parlimen Jempol pada PRU lalu.

Berkobar-kobarlah jentera PAS ke pulau itu sejak tengahari sebelum ketibaan Mat Sabu, Azlan dan Aishah pada petangnya.

Kempen mereka ‘walkabout’ rumah ke rumah bertemu penduduk di situ memperkenalkan calon, merayu undi dan menjemput mereka mendengar ceramah selepas solat Isyak dan Terawih.

PAS siap bawa kumpulan Dikir Barat bagi memulakan kempen.

Lagu  tukang karut memang menarik tetapi malangnya hanya kanak-kanak yang bergoyang kepala mendengar persembahan tersebut.

Ingatkan penduduk akan berduyun-duyun untuk mendengar ceramah Mat Sabu, Aishah dan calon mereka namun bilangan mereka yang datang boleh dikira dengan jari.


Itu cerita jurugambar bebas Minaq Jinggo yang ikut serta dalam kempen PAS di Pulau Perhentian.

Dia sendiri ‘malu’ nak beritahu jumlah sebenar yang hadir dengar ceramah tersebut.

Selepas diasak, Jinggo dedahkan angka yang dengar ceramah tidak sampai 100 orang.

Bagi kempen di sebuah pulau, jumlah itu boleh dikira ramai tetapi yang boleh jadi gelak apabila Jinggo jelaskan, 100 orang itu termasuk rombongan jentera kempen dan kumpulan dikir barat yang dianggarkan kira-kira 80 orang yang datang dari Kuala Besut.

Pecah juga tembelang PAS. Sebab itu Harakah dalam laporannya tidak sebut angka mereka yang dengar ceramah PAS di Pulau Perhentian.

Pada ceramah itu, Azlan hanya memperkenalkan diri dan minta penduduk pulau itu menyokongnya.

Katanya,sewaktu berumur 18 tahun sudah biasa berada di Pulau Perhentian dan mempunyai kawan rapat, malah penduduk di situbukannya asing dengan beliau.

Che Long tidak ceritakan di kawasan mana di pulau itu beliau habiskan masa remajanya adakah di Long Island – pantai yang jadi tempat pelancong Mat Salleh melepak menjemurkan diri atas pasir dengan separuh pakaian atau di tempat lain.


Mat Sabu pula dengan cerita-cerita politik semasa yang sudah basi manakala Aishah syok cerita pasal kisah hidupnya dari zaman artis hingga sertai PAS.

Ada wartawan yang ke pulau itu beberapa hari lalu bergosip sesama sendiri – adakah Long Island itu milik Che Long? Sebab nama Long itu sama.

Habis kempen dan ceramah lain pula ceritanya.

Ini yang buat Jinggo dan beberapa petugas media kecut perut kerana mereka balik ke Kuala Besut menaiki sebuah bot yang kapasitinya hanya untuk 60 orang tetapi disumbat hampir 80 orang.

Sahihlah cerita Jinggo yang ramai dengar ceramah adalah orang luar pulau. 

Pada mulanya petugas media tidak dibenarkan naik bot itu atas alasan tidak muat.

“Mana boleh, kami ikut buat liputan,” kata Jinggo yang akhirnya sama-sama belayar dalam gelap meninggalkan pulau itu ke Jeti Kuala Besut.

Dalam bot, Jinggo bertambah kecut perut kerana belayar dalam gelap dan berulangkali beliau istiqfar khuatir berlaku apa-apa kerana bot bukan saja sendat tetapi belayar tanpa lampu.

Bagaimanapun, rombongan bot itu selamat sampai ke jeti selepas tengah malam.

Kemungkinan besar bot yang digunakan itu adalah bot persendirian.Tiada bot penumpang ulang alik ke pulau itu dari Kuala Besut waktu malam.Lagipun bot penumpang cuma muat antara 12 hingga 14 penumpang sahaja.

Menurut Jinggo, PAS tidak pernah berkempen ke pulau itu sebelum ini.

Ini diakui Mat Sabu ketika ditanya media tetapi kerana yakin dapat tambah undi dalam PRK Kuala Besut, jentera PAS cuba nasib dengan harapan dapat tambah undi.

Jom tengok Mat Sabun cakap omputeh hihi..



Kelakar juga kisah benar dialami Jinggo dan rombongan jentera PAS ke situ.

Cuma nasib baik Mat Sabu tak keluar kenyataan, ramai pelancong asing di pulau itu turut tertarik dengan ceramah PAS padahal parti itu bawa orang luar untuk dengar dan nak tunjuk penonton ramai. –Agendadaily

MMI

FITNAH ~ PAS Di Tempelak Warga Tok Saboh #PRKKuala Besut


Parti Pas sekali lagi menangung malu di PRK Kuala Besut apabila fitnah mereka memburuk-burukkan BN ditempelak sendiri oleh warga Kampung Lay Out, Tok Saboh. Kuala Besut.

Yang memalukan ialah kerajaan Pas negeri tahun 1999 - 2004 telah membahagi-bahagikan lot di kawasan itu kepada penyokong Pas tanpa geran daripada pejabat tanah !

Dan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin, kata Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said.


Ahmad menjelaskan, sebenarnya pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah.

Walau pun menyalahi undang-undang, beberapa notis dikeluarkan dan ganti rugi tetap dibayar oleh kerajaan BN negeri Terengganu kepada keluarga yang terlibat.

Begitu rakus sekali kerajaan Pas Terengganu tahun 1999 - 2004 di Terengganu ! Lihat pendedahan di dalam video di bawah :




















Sampai macam tu sekali PAS sanggup bertindak , kerana ketaksuban untuk berkuasa mereka sanggup meggadaikan prinsip perjuangan sendiri lihatlah bagaimana FITNAH kini menjadi sebahagian daripada gerak kerja kempen PAS di Kuala Besut.

MEMALUKAN !!!

sumber Dr MiM 

MMI

Labels