Followers

Thursday, 11 July 2013

Pulau Pinang Semakin Berubah !!!


Terserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini. Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan “favouritisme” atau apa juga sebab yang selalunya menyebelahi kita.

Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya secara total; “from nothing to something”, menjadi rakyat yang celik politik.

Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau, tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya nanti.

Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo 2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini.

Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama, mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. “Si Kerbau Pendek” dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan.  Tidak perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur.

Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut. Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka telah sebati di hati sanubarinya.

Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik “Ini Penang cina yang punya, you mesti mau cakap bahasa Cina”. Seperti dipalu halilintar gegendang telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis.  Pilu hatinya mendengar “penghinaan” itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah rakyat Malaysia.

Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi?

Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang, sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi.

Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat Dato’ Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya.

Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama seperti beliau.sumber 

Jika diikutkan hati rasanya dah lama Pulau Pinang jadi medan tempur namun mungkin kerana  orang Melayu masih mampu mengawal perasaan maka ianya kekal begitu.Cumanya MMI yakin air sejuk lama-lama akan jadi suam dan lepas suam tu sudah pasti panas dan bila mana panas tu tak tau lah apa jadi !!

Pesanan MMI kepada kaum Cina di Pulau Pinang jangan kurang ajar sangat !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels