Followers

Thursday, 29 August 2013

Betul Ka Maliki Sekarang Dah Besar Kepala ??


Terkejut MMI apabila mendengar berita tentang Maliki Presiden Majlis Belia Malaysia ni , setakat yang MMI kenal beliau bukanlah seorang pemimpin yang suka membawa masalah kepada sesiapa malah sikap beliau yang komited dalam menguruskan segala aktiviti dan perancangan melibatkan program-program MBM tidak ada masalah sebelumnya.

Namun rungutan daripada belia Putrajaya tentang Maliki seolah-olah beliau kini sudah besar kepala apatah lagi sebagai presiden MBM sudah pasti ianya memberikan impak yang cukup besar bukan sahaja kepada Maliki tetapi juga barisan jawatankuasa MBM sendiri.

Sejauh mana kebenaran berita ini MMI sendiri kurang pasti mungkin tuan punya diri perlu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.Apa pun ikuti rungutan yang di buat terhadap Maliki di bawah ..

Dikhabarkan beliau ada ditanya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Seri Aseh tentang keadaan belia-belia dalam Putrajaya. Korang tau apa respon si Maliki ni, dia kata dia tak boleh buat apa-apa sebab Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) tak memberi sokongan kepada MBM.

Apa maksud dia dengan MBKPj tidak memberi sokongan kepada beliau. Sokongan macam mana yang beliau maksudkan. Sokongan undi ka sokongan dari segi program dan aktiviti. Gua bertanya atas kapasiti gua sebagai belia Putrajaya yang terlibat secara langsung dengan MBKPj sejak dari penubuhannya sehingga sekarang. Berpuluh program dan aktiviti gua "involved" tak kira sama ada besar atau kecik. Gua juga pernah pergi mesyuarat peringkat Wilayah dan Kebangsaan.

Dia kaitkan MBKPj dengan memberi contoh MBKPj yang tidak memberi sokongan ketika program PM turun melawat ke Pasar Ramadan anjuran MBM. Eh! Gua nak tanya lu sikit la Maliki, lu turun untuk program tu ada inform dengan MBKPj dulu tak pasal program tu. Ada tak wakil si Maliki ni bermesyuarat dengan barisan kepimpinan MBKPj untuk bersama-sama menjayakan program PM melawat Pasar Ramadan. Ada tak? Jawapannya : MANA ADA.

Dah la masuk kampung orang main terjah jer lepas tu kutuk plak orang kampung. Lu tak ada adap ker. Lu pandai-pandai buat "arrangement" ngan Perbadanan Putrajaya, bila tak berjaya nak salahkan orang lain pulak. Sejak dari penubuhan MBKPj dari awal hingga ke hari ini cuba lu senaraikan apa sumbangan MBM kepada MBKPj dalam membantu bagi menjalankan sesuatu program atau aktiviti.Selanjutnya 

Huh marah betul mereka-mereka di Putrajaya ! Kenapa perlu sampai begitu sekali caranya , Bagi MMI hal ini boleh di selesaikan dengan Maliki perlu segera turun bertemu dengan MBKPj.Sebagai ketua yang dipilih untuk menerajui para belia di Malaysia , Maliki perlu berlapang dada untuk menyelesaikan isu ini.

Pada pandangan MMI , Maliki sebagai presiden MBM seharusnya merujuk kepada mereka-mereka di kawasan jangan main terjah sahaja dan lagi satu kenapa perlu membelakangkan belia itu sendiri ? 

Bukan soal siapa benar dan siapa salah sebagai kepimpinan nombor satu belia di Malaysia Maliki harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Jalan mudah Maliki perlu turun padang bertemu MBKPj untuk selesaikan masalah ini bukan dengan terus-terusan menuduh mereka dengan pelbagai tuduhan yang mampu memecah-belahkan lagi belia di Malaysia.

Ingat hari ini sudah ada belia yang memilih untuk bersama mereka-mereka yang memilih untuk memberontak sampaikan sistem beraja di Malaysia pun mahu di hapuskan.

Psst pemimpin belia ni pun kadang-kadang over sangat , sampaikan segala benda nak rembat..Dah tu siap pasang cita-cita untuk berpolitik pula ! Oklah MMI akan ceritakan di artikel seterusnya tentang bab belia berpolitik dan rembat-merembat ni..Arios.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels