Followers

Saturday, 24 August 2013

PANAZZ Siapa Curi Basikal Altantuya ? Puak Macai Pembangkang Kena BACA !!


Kalau dah jenis nak berputar belit, memang macam-macam cara yang mereka lakukan!

Sebaik-baik sahaja Sirul dan Azilah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan, para pecacai Pakatan segera menimbulkan persoalan seolah-olah mereka bengap, bodoh dan tidak tahu membaca. Para pecacai Pakatan atau lebih tepat lagi, para penjilat Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan, SIAPA BUNUH ALTANTUYA.

Selagi boleh mereka cuba untuk mengaitkan mana-mana nama yang telah disebut oleh Anwar Ibrahim selama ini!

Perbicaraan telah membuktikan bahawa pembunuhan tersebut dijalankan oleh kedua-dua anggota polis tersebut. Daripada keterangan mereka, kedua-duanya telah tersalah memahami arahan yang dikeluarkan oleh Abdul Razak Baginda, kekasih Altantuya Shiiribu yang sudah tidak tahan lagi dengan peras ugut wanita tersebut dan gangguan ke atas keluarganya yang dilakukan oleh si mati.

Pendakwaraya telah berjaya mensabitkan kesalahan membunuh ke atas kedua-dua pegawai dan anggota polis tersebut dalam perbicaraan biasa. Tetapi sistem perundangan di Malaysia mempunyai beberapa lapis proses perundangan yang lain sebelum kedua-duanya dibunuh di tali gantung kerana sabit kesalahan yang dilakukan.

Abdul Razak Baginda yang merupakan orang yang mengeluarkan arahan, dibebaskan dan tidak didakwa lagi di mahkamah apabila Peguam Negara selaku pendakwaraya enggan membuat rayuan membatalkan keputusan mahkamah.

Sirul dan Azilah meneruskan proses perundangan dengan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Mereka dibebaskan DENGAN ALASAN TEKNIKAL sekalipun mereka telah didapati bersalah membunuh Altantuya Shiiribu.

Bahagian mana yang para pecacai Pakatan tak faham sehingga perlu mengeluarkan pertanyaan siapa yang membunuh Altantuya?

Dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan, tidak bermakna tidak bersalah dan tidak melakukannya. Sama dalam kes Anwar Ibrahim, dia meliwat dan segala bukti serta keterangan saksi memang menunjukkan dia melakukan perbuatan berkenaan. Tetapi atas sebab TEKNIKAL, mahkamah memutuskan dia bebas dan pihak pendakwa sedang dalam proses rayuan untuk mengenepikan keputusan berkenaan.

Kalau bab Anwar Ibrahim, keputusan mahkamah boleh diterima, mengapa pula dalam kes Azilah dan Sirul, para pecacai Pakatan susah sangat nak faham?

Atau mereka sebenarnya faham, cuma mereka enggan bertanya mengapa Peguam Negara menjalankan tugasnya secara sambil lewa sehingga banyak keputusan mahkamah membebaskan suspek hanya kerana masalah TEKNIKAL.sumber 

Baca juga artikel ini Klik Sini 

Oh ya , siapa bunuh Altantuya dia tanggung dosa membunuh, siapa fitnah najib membunuh Altantuya dia tanggung dosa fitnah...Orang yang meliwat ketawa terbahak-bahak yg diliwat pula sedih.... Ohh keadilan.....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels