Followers

Saturday, 24 August 2013

2X Ganda Kenaikan Surjac Air Di Pulau Pinang MUSIBAT Guan Eng !!


Musibat cauvinis ni makin lama dah makin besar kepala , tindakan menaikkan surjac air di Pulau Pinang sehingga 2X ganda membuktikan betapa Guan Eng bukanlah seorang pemimpin mahupun ketua menteri yang cerdik.

Musibat ni sejak 2008 yang lalu sering sahaja mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan negeri di bawah pimpinannya dapat membuat perbelanjaan berhemah jika nak di bandingkan dengan Barisan Nasional.Malah dengan penuh bangga mengaku merekalah yang dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri dengan nilai juta-juta.

Sejak itu MMI sering saja bertanya ke mana perginya kos yang di jimatkan itu ? Adakah ianya masih kekal dalam kantung kerajaan negeri atau ianya telah pergi jauhhhhhh dari bumi Pulau Pinang ? 

Ok lah itu satu bab ! Lagi satu dalam keadaan terkini apabila PBAPP mengumumkan untuk menaikkan surjac pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 September ini , mengapa agaknya kerajaan negeri pimpinan Guan Eng yang selama ini berbangga dengan penjimatan kewangannya tidak mahu membantu PBAPP dengan menanggung kos tersebut ?

Bukankah ianya lebih baik daripada membiarkan PBAPP mengembalikan beban itu kepada rakyat di Pulau Pinang ? Di mana slogan amalan CAT yang sering di war-warkan tu ?

Sementara itu Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan.

"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi di negeri ini dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan, bagaimanapun Pulau Pinang sebuah negeri yang kekurangan air dan kita perlu fikirkan masa hadapan.

"Kedah juga telah memberi amaran untuk mengenakan bayaran air mentah dan kerajaan persekutuan belum memulakan kerja Projek Bekalan Air (Mentah) Sungai Perak, oleh itu kita perlu memulihara air dari sekarang untuk memastikan kita mempunyai bekalan mencukupi menjelang 2020," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PBAPP sudah tidak mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik yang telah mencapai tahap tertinggi per kapita iaitu 302 l/k/h sehingga 30 Jun 2013 berbanding hanya 294 l/k/h pada 2012.

Mustahil kerajaan negeri tidak mampu membantu , kan kewangan mereka antara yang terhebat di Malaysia !! Itu belum kira hasil dari kemasukan pelabur-pelabur dari luar negara yang melabur di Pulau Pinang lagi !!

Wahhh kalau diikutkan sebenarnya Guan Eng dan kerajaan negeri MAMPU selesaikan kos bil air tu , tak payah bebankan rakyat pun ..Tapi kenapa mereka tak buat ??? 

Hahahaha sebabnya puak-puak ni banyak BOHONG !! MUSIBAT ,,

MMI

5 comments:

  1. Kalau tak tipu bukan Cina, ada betoi ke ?. Lim Guan Eng cuba main sandiwara baru nak menyalahkan orang melayu UMNO kerana kenaikan surcas air adalah disebabkan baru baru ini kerajaan Kedah nak kenakan bayaran air mentah yang disaluran dari negeri Kedah. Naik surcas jari telunjuk Guan Eng akan diarahkan kepada salah UMNO. Lu fikir lah sendiri.Apa jenis manusia ni.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH RAKYAT PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI. ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK DAN TEPAT DALAM PRU 13 DULU. SIKIT SAHAJA...TAK KAN LAH MEMBEBANKAN, KOT !!!!!!

    ReplyDelete
  3. Isu kenaikan surcharge bil air Pulau Pinang.

    Apa yg Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kata: WCS (surcaj pemuliharaan air) tidak memberi kesan kepada 72% pengguna air domestik negeri ini yang menunjukkan seramai 332,103 daripada 460,966 pengguna tidak dikenakan surcaj itu.

    So jom kita tgok kiraan bil baru dan bil lama:

    Purata penggunaan air bg rakyat malaysia= 203 liter/person/day
    Purata saiz isi rumah bg setiap rumah di malaysia adalah 4-5org per rumah (Sumber Jabatan Perangkaan)
    So kita assume 6org per rumah

    Sebulan penggunaan air bg setiap rumah adalah=203x6x30=36 540 liter=36.54m3

    Pulau pinang (tarif rm0.31/m3 untuk 35m3, surcharge rm0.24/m3 untuk setiap 1m3 berikutnya)
    35m3 x 0.31=rm10.85
    1.54m3 x 0.24=rm0.37
    Jumlah bil=rm11.22

    Sekiranya surcharge pulau pinang naik menjadi rm0.48/m3
    35m3 x 0.31=rm10.85
    1.54m3 x 0.48=rm0.74
    Jumlah bil=rm11.59

    Maka kenaikan 37sen jika surcharge yang baru dikenakan..

    Untuk jumlah penggunaan air yang sama bagi negeri:

    Selangor (tarif rm0.77/m3, percuma 20m3)
    36.54m3 - 20m3 = 16.54m3
    16.54m3 x 0.77=rm12.74
    Jumlah bil=rm12.74

    Negeri Sembilan (tarif rm0.68/m3)
    36.54m3 x 0.68=rm24.85
    Jumlah bil=rm24.85

    Kesimpulan bagi jumlah yg sama (16.54m3), jumlah bil:
    Penang (surcharge lama) = rm11.22
    penang (surcharge baru) = rm11.59
    selangor = rm12.74
    negeri sembilan = rm24.85

    Kenaikan surcharge ini didapati tidak membebankan majoriti penduduk Pulau Pinang, tetapi hanya mempengaruhi bil air pengguna yg menggunakan air secara berlebihan yang rata-ratanya pengguna yg bergaji besar seperti yg mempunyai kolam renang dan sebagainya.

    Kita tggu pula kadar kenaikan bil elektrik dan try kira mcm ni nnti..

    ReplyDelete
  4. Majoriti ? tak membebankan ? Tok cai ang anon 17.31 soalnya ada kenaikan .. Jgn dok spin sgtlah

    ReplyDelete
  5. tu ak dh tunjuk kiraan secara detail, xpaham gak mmg ak kesian kat hg la.. cuba tgok bil air hg, brapa isipadu penggunaan sebulan, brapa plak kena charge!

    ReplyDelete

Labels