Gambar Hiasan |
Demam !! Rasanya semua orang dah alami benda ni sejak dari kecil lagi , malah dalam beberapa keadaan demam itu mampu menyebabkan kita tertekan.Mana tidaknya ketika inilah batuk , selsema , sakit kepala , sakit badan sampaikan aktiviti harian berubah.
Berubah bukan sahaja dari pemakanan tetapi turut mengheret kita menjadi lebih sensitif daripada biasa.Maka sudah pasti tidur adalah pilihan utama dan terbaik.
Dalam masa yang sama demam itu mengajar kita supaya lebih sayangkan tubuh badan sendiri.Benar setiap yang berlaku itu adalah kuasa Allah SWT namun dalam masa yang sama kita juga adalah penyumbang kepada apa yang berlaku.
Menyebut tentang demam , suka untuk MMI nyatakan di sini selain daripada demam selsema dan yang seangkatan dengannya ada juga demam-demam lain yang selalu menyerang orang-orang kita.Demam ini rasanya jauh lebih bahaya daripada demam biasa kerana ia bukan sahaja mampu merosakkan diri sendiri tetapi juga bangsa Melayu itu sendiri.
Dalam beberapa keadaan demam ini sudah menjadi virus yang paling bahaya khususnya kepada anak-anak muda kita hari ini.Apakah demam yang MMI maksudkan ?? Baca kenyataan di bawah ..
Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.
Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.
Gambar Hiasan |
Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.
Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.
Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.
Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.
Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.
“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.
Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.
“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.
“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.
Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.
Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.
Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.
“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.sumber
Demam !! Kalau macam nilah sikap anak-anak muda kita hari ini agaknya apa yang akan berlaku dalam tahun-tahun mendatang ?
MMI
No comments:
Post a Comment