Followers

Tuesday 10 September 2013

Pemberontak KIRAM Tahan 15 Tebusan !!


MANILA - Dua orang dilaporkan terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila lebih kurang 100 anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menceroboh tiga buah kampung di Zamboanga City, pada subuh hari ini.

Seorang komando Tentera Laut Filipina yang menyusup masuk ke kawasan itu dilaporkan turut terbunuh selepas bertempur dengan pihak pemberontak.

Jurucakap tentera, Lt. Kol. Ramon Zagala berkata, anggota elit tentera laut yang maut itu bertempur dengan kumpulan MNLF di atas sebuah bot besar di pesisiran pantai kampung Rio Hondo.

Menurutnya lagi, pemberontak MNLF turut memasuki kampung-kampung di Sta. Barbara dan Lustre, bunyi tembakan tutut dilaporkan berlaku di sana.

Pasukan tentera dan pihak polis dikerahkan membuat kawalan di kawasan Rio Hondo, Sta. Barba dan Lustre. Pemberontak MNLF dikesan diketuai oleh Haber Malik yang dikaitkan punya hubungan dengan bekas gabenor ARMM Nur Misuari.

Beliau berkata, pemberontak MNLF telah menawan seramai 10-15 orang untuk dijadikan tebusan. Ada diantara tebusan turut tercedera terkena tembakan.

Sementara itu, Datuk Bandar, Ma. Isabelle Climaco-Salazar mengarahkan semua presmis perniagaan ditutup.

Bandar Zamboanga City turut diisytiharkan sebagai 'zon larangan terbang' oleh pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina.sumber 

MMI

1 comment:

  1. Tak dapat nak buat onar di malaysia akhirnya puak puak ni buak kecoh dinegara sendiri . katanya nak istihar kemerdekaan . baguslah tu ... kita pun tak mau campor... cuma nak bagi ingat ..kalau masuk sempadan malaysia sah kita kasi letop puak puak kiram ni... malaysia tak akan bagi muka...

    ReplyDelete

Labels