Followers

Thursday 12 September 2013

Geng 36 DI TEMBAK Mati Tahniah @PDRMsia


BANDARAYA MELAKA - Dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 ditembak mati oleh polis di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Cheng, Melaka Tengah kira-kira jam 9.30 pagi tadi. 

Polis menumpaskan kumpulan perompak dalam kejadian tembak menembak berhampiran TESCO, Cheng Melaka. 


Laporan yang belum di sahkan dari sumber mengatakan 6 penjenayah menaiki dua kenderaan, salah satunya Myvi yang mengekori van security membawa wang disyaki ingin melakukan rompakan. 

Pihak Polis terserempak dengan penjenayah tersebut dan cuba menahan mereka tetapi salah seorang penjenyah telah melepaskan tembakan ke arah Polis. Lalu pihak Polis berbalas tembakan dengan suspek tersebut.


Dua suspek ditemui mati ditempat kejadian. Polis menjumpai 2 pucuk pistol di dalam kenderaan berkenaan satu di kaki penumpang dan satu dibelakang badan pemandu.

Empat orang yang lain dikatakan dapat melarikan diri dan dipercayai ada antaranya telah ditangkap di Ayer Keroh Melaka. Operasi sekatan jalanraya besar-besaran diadakan di seluruh negeri Melaka.


Tahniah MMI ucapkan kepada semua anggota pasukan Polis yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan rakyat Malaysia.Teruskan gerak kerja sebegini kerana rakyat semakin yakin dengan pasukan Polis.

Kepada Timbalan Menteri Hindraf Waythamoorthy ada nak komen apa-apa ?? 

MMI

3 comments:

  1. Tak salah kalau tembak penjenayah.memang kami pun nak begitu.tapi jgn pilih kasih.kami nak semua penjenayah dihukum.

    ReplyDelete
  2. seorang penjenayah tidak akan merompak dengan memakai kain pelikat sembayang,betul ke itu penjenayah....macam org ke kuil saja....perompak bodoh saja pakai kain pelikat......

    ReplyDelete

Labels