Huh apa mamat ni buat di Perak pula dah ? Kalau di ikutkan nyah yang suka main air mata ni makin galak dengan puak pembangkang sana noo..Dah tu dia ni pandai main tangkap leleh punya kalau tidak tak ada lah adegan air mata tersesak-esak dengan Umi Hafilda ari tu.
Oklah sebenarnya MMI bukan nak cita tentang Azwan ni tapi tentang Khairul Azwan Harun atau Azwanbro Ketua Pemuda Negeri Perak yang hari ini menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Untuk makluman inilah orangnya yang bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bersama-sama Datuk Seri Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak hari ini yang sudah pun menunjukkan keupayaan mereka berdepan dengan pasukan pembangkang sewaktu krisis politik di bumi Perak dulu.
Pasti ramai di kalangan kita tahu tentang insiden baring di jalanraya dan bagaimana kucar-kacirnya sidang DUN Perak dek kerja buat puak-puak pembangkang yang tak dapat menerima hakikat mereka hilang kuasa untuk menubuhkan kerajaan.
Dalam masa yang sama , bukan satu tugas mudah bagi Khairul Azwan Harun selaku Ketua Pemuda Negeri Perak untuk memastikan anak-anak muda khususnya di bumi Perak terus bersama UMNO dan BN.Malah paling penting usaha untuk memastikan anak-anak muda ini di daftarkan sebagai pengundi seterusnya mampu memberikan undi kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Untuk makluman selepas dilantik menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan menjadi Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak, antara langkah pertama yang dilakukan oleh Azwan adalah mendaftarkan pengundi-pengundi muda khususnya ahli-ahli pemuda UMNO termasuk ahli-ahli pemudi parti-parti komponen BN di Negeri Perak.
Beliau telah mengarahkan kesemua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Bahagian seluruh Negeri Perak memandang penting perkara tersebut sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13.
Hasilnya, seramai 14 ribu pengundi muda terdiri dari kalangan ahli-ahli pemuda UMNO dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional telah berjaya didaftarkan sebagai pengundi yang sah.
Bayangkan betapa ruginya Barisan Nasional seandainya anak-anak muda yang menganggotai dan menyokong BN tetapi tidak boleh mengundi bagi membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan pada Barisan Nasional PRU-13 yang lepas.
Terbukti, hasil usaha yang dilakukan oleh Azwan, Perak berjaya mencapai kemenangan biarpun tidak menepati sasaran 2/3, namun UMNO berjaya kekal memerintah Negeri Perak. Saluran 2 dan 3 yang terdiri dari kalangan pengundi orang-orang muda menunjukkan peningkatan.
Dan ini jelas membuktikan pembohongan pembangkang bahawa anak-anak muda menolak UMNO dan Barisan Nasional.
Bagi MMI ini merupakan antara kejayaan besar dilakukan oleh WanBro di bumi Perak dan tak salah rasanya kita memberikan ruang dan peluang kepada beliau untuk menjadi orang nombor dua dalam kepimpinan pemuda UMNO Malaysia.
MMI
No comments:
Post a Comment