Followers

Thursday 12 September 2013

Ops Cantas Perlu Di Perluaskan Dalam Perkhidmatan AWAM !


Ops Cantas yang di gerakkan oleh pasukan Polis semakin menampakkan hasilnya.Operasi bersepadu ini telah berjaya memberkas serta menumpaskan anasir-anasir jahat yang selama ini bermaharajalela di negara kita.

MMI amat bersetuju dengan operasi yang dijalankan apatah lagi setelah begitu lama pasukan Polis mahupun keselamatan negara kita di hujani dengan pelbagai cacian serta makian daripada puak-puak pembangkang yang tidak bertanggungjawab hinggakan pesalah dan penjenayah pun mahu di bela oleh mereka.

Keberkesanan Operasi Cantas perlu di teruskan dan MMI rasakan mungkin sudah sampai masanya Operasi ini di perluaskan bukan sahaja bagi mengesan pesalah dan penjenayah tetapi turut melibatkan kakitangan awam yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Barisan Nasional.

Bagi memudahkan operasi ini di jalankan rasanya pihak kerajaan perlu segera mewujudkan satu pasukan khas bagi mengesan mereka-mereka yang selama ini bertalam dua muka yang langsung tak reti berterima kasih apatah lagi bersyukur.


Mungkin Ops Kikis adalah nama yang boleh diguna pakai bagi menjayakan misi ini dan MMI percaya banyak pihak di luar sana yang akan menyokong tindakan seumpama ini.

Buat apa kita simpan mereka yang menjadi duri dalam daging ! KIKIS mereka supaya hala tuju dan gerak kerja kerajaan untuk rakyat dapat berjalan dengan lancar.

Untuk makluman banyak lagi mereka-mereka yang setia dengan kerajaan boleh sahaja menggantikan tugas mereka-mereka yang di KIKIS itu.

Rambut pun kalau panjang sangat lama-lama boleh sakit kepala jadi elok kalau kita KIKIS sikit rambut tu.Panjang pun kalau tak ada manafaat buat apa ?

Amacam ?? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels