Followers

Friday 6 September 2013

Wow Nik Ajis BUKTIKAN Kerajaan PERPADUAN Sebenarnya Boleh Berlaku Tapi .....


Selama ini Nik Ajis adalah taikun utama yang menyebabkan idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tidak dapat di laksanakan.MMI yakin dan pasti tidak ada mana-mana orang Islam di Malaysia yang mahu menolak perpaduan seumpama ini melainkan mereka-mereka yang telah di doktrin oleh pemain-pemain politik songsang.

Jangan nafikan kenyataan MMI di atas kerana sekiranya ia tidak berlaku sudah tentu Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa tidak akan di kenakan tindakan oleh parti PAS.Apa saja alasan yang di berikan ianya bermula daripada isu dan idea menubuhkan kerajaan perpaduan.

MMI yakin ramai masih ingat apa yang pernah di lontarkan oleh Nik Ajis berkaitan usaha perpaduan ini dan UMNO sering kali di persalahkan seolah-olah pemimpin PARTI pas itu terdiri daripada orang-orang yang maksum.

Bukan soal mahu mengungkit tetapi kenyataan terbaru daripada Nik Ajis sendiri sebenarnya membuktikan bahawa perpaduan sesama UMNO dan PAS mampu di realisasikan.Malah kenyataan Nik Ajis itu sendiri membuktikan pemimpin PAS itu adalah seorang pedendam yang langsung tidak menunjukkan sifat seorang ulama.

Bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir agar kerajaan berjimat sebenarnya membuka pekung Nik Ajis yang selama ini berlindung di sebalik perjuangan politik songsang dan dendam.

“Saya sokong saranan Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan kerajaan berjimat bagi menurunkan defisit negara.

Bekas Menteri Besar Kelantan yang kini masih menjalani rawatan susulan berkata, berjimat bukan hanya kerana defisit naik atau kerana perbelanjaan meningkat tetapi kerana ia suruhan agama.

“Ia (saranan) bagus namun agak lewat tetapi lewat itu lebih baik daripada langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip better late then never (biar lambat asalkan dapat dibuat). Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam,” katanya, semalam.Selanjutnya 

Rasanya anda sendiri nampak apa yang di maksudkan oleh Nik Ajis dan untuk makluman semua sekiranya isu berkenaan ekonomi melibatkan rakyat dan negara Nik Ajis boleh bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir , mengapa dalam soal perpaduan sesama Islam Nik Ajis boleh bertindak sebaliknya ?

Antara kata-kata beliau "walaupun lewat tetapi itu lebih baik daripada langsung tiada" sudah cukup untuk membuktikan bahawa Nik Ajis sebenarnya boleh sahaja bersetuju untuk memastikan perpaduan sesama UMNO dan PAS di laksanakan.

Soalnya mengapa sehingga ke hari ini Nik Ajis tetap dengan pendiriannya untuk menolak sebarang usaha perpaduan di antara UMNO dan PAS ? 

Jika soal defisit dan perbelanjaan Nik Ajis boleh merujuk kepada agama dan bersetuju dengan pemimpin UMNO , adakah usaha kearah perpaduan sesama Islam melibatkan UMNO dan PAS itu bukan soal agama ?

Nik Ajis tidak mahu perpaduan dan adakah itu sifat seorang pemimpin yang mengaku pejuang Islam ??

Anda tentukan ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels